Saturday, December 15, 2012

METODOLOGI MENTAFSIR AL-QURAN


Tafsir merupakan ilmu yang memperincikan mesej al-Quran.Berhubung dengan ini Imam Zarkasyi dalam al-Burhan fi Ulum al-Quran berkata,"Tafsir adalah ilmu untuk memahami kitab Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.Ia menjelaskan makna-maknanya serta mengeluarkan hukum-hakam serta hikmah-hikmahnya."

METODOLOGI TAFSIR ALQURAN
Tafsir al-Quran tidak boleh dilakukan secara semborono.Secara ilmiah,terdapat tiga cara tafsir yang diperkenalkan.Pertama,tafsir bersandarkan riwayat yang diiktiraf(tafsir bi al-riwayah),kedua,tafsir menggunakan hujah pemikiran(tafsir bi al-dirayah),dan ketiga ,tafsir berdasarkan ilham(tafsir bi al-isyarah).

Tafsir bi al-Riwayah.Dalam at-Tibyan fi Ulum al-Quran,Syeih Muhammad Ali as-Sabuni mendefinisikan tafsir bi al-riwayah sebagai "(tafsiran al-Quran) yang menggunakan ayat al-Quran,Sunnah Nabi SAW,atau merujuk kepada pandangan para sahabat Nabi".

Tafsiran yang terbaik ialah tafsiran yang di ambil daripada al-Quran sendiri.Jika perincian maksud sesuatu ayat tidak diperoleh daripada al-Quran ,Sunnah perlu dirujukuntuk memahami maksudnya.Jika selepas merujuk kepada al-Quran dan Sunnahmaksud sesuatu ayat masih belum jelas,kita perlu merujuk kepada perkataan para sahabat Nabi.Tafsiran mereka boleh diterima dengan syarat sumber riwayatnya adalah sahih.

Tafsir bi al-Dirayah.ia juga dikenali sebagai tafsir bi ar-ra'yi atau tafsir al-ijtihadi.Dalam at-Tibyan fi Ulum al-Quran,Syeikh Muhammad Ali as-sabuni menjelaskan,"Ia dikategorikan demikian kerana ahli tafsir menggunakan ijtihadnya(pandangannya)untuk mentafsirkan ayat -quran...tanpa disandarkan kepada,contohnya,kenyataan sahabat atau tabiin...ia tidak pula bermaksud tafsir ini dilakukan berasaskan pandangan peribadi atau menurut kehendak hawa nafsu semata-mata."

Secara dasarnya,tafsiran al-quran menurut kehendak nafsu,atau berasaskan pandangan peribadi semata-mata adalah haram.Hal ini adalah berdasarkan hadis nabi yang diriwayatkan Imam Tirmizi,an Nasai dan abu Daud yang bermaksud,"sesiapa yang mentafsirkan al-Quran dengan menggunakan akal semata-mata ataupun berdasarkan sesuatu yang tidak difahaminya,sila ambil tempatnya dalam neraka."

Namun jika tafsiran dilakukan menggunakan cara atau metodologi yang kukuh,ia tidaklah dilarang.Justeru,dalam at-tibyan fi ulum al-Quran oleh Muhammad Ali as-sabuni,tafsir bi al-Dirayah dibahagikan kepada dua:
  • Tafsir yang terpuji(mahmud)
  • Tafsiryang tercela(mazmum)
Berhubung dengan perkara ini,Dr Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah,dalam Israiliyyat dan hadis Palsu Dalam kitab-kitab Tafsir,berkata,"harus mentafsirkan al-Quran menggunakan pendapat serta ijtihad jika pentafsirnya memiliki kelayakan serta ilmu yang mantap.Jika kita melarang mentafsir al-Quran dengan menggunakan ijtihad akan luputlah makna tadabbur(membuat penelitian)yang digalakkan Allah dalam al-quran.Akibatnya banyak hukum,adab serta pelbagai jenis ilmu pengetahuan akan lenyap begitu sahaja."

Tafsir bi-al-Isyarah.Syeikh Muhammad Ali as-sabuni,dalam kitabnya at-Tibyan fi Ulum al-quran,mendefinisikan tafsir ini sebagai,"Penafsiran al-Quran dengan mentakwilkan ayat tidak menurut zahirnya.hal ini disebabkan terdapat pada ayat itu petunjuk-petunjuk yang tersirat dan hanya diketahui oleh sebahagian ulama,atau hanya diketahui oleh orang yang mengenali Allah melalui latihan kerohanian..Kefahaman ini tidak dikurniakan kepada semua orang.Ia hanya dikurniakan kepada orang yang dibukakan hatinya oleh Allah,disinari jiwanya dengan petunjuk-Nya,serta dari kalangan mereka yang solihin.Ia seperti mana yang dikurniakan Allah kepada nabi Khidir(seperti yang disebutkan dalam surah al-kahfi)."

Antara hujah yang diutarakan mengharuskan tafsir bi al-isyarah ialah yang diriwayatkan Imam Bukhari berhubung sahabat Abdullah ibn Abbas.Beliau telah mantafsir surah an-Nasr berbeza dengan tafsiran sahabat-sahabat Nabi yang lain.Riwayat ini jelas menunjukkan kefahaman sahabat Abdullah ibn Abbas lebih mendalam serta berbeza dengan para sahabat yang lain.Inilah bentuk tafsir bi al-isyarah yang di ilhamkan Allah kepada hamba-Nya.

Walau bagaimanapun tafsir bial-isyarah mempunyai bahayanya.Berhubung dengan ini,Dr Muhammad Bin Muhammad Abu Syahbah dalam Israiliyyat dan hadis Palsu Dalam Kitab-kitab tafsir berkata,"Antara tafsiran yang sesat ialah tafsir batil golongan Mazhab batiniah(dari aliran Syiah),para pengikut Rafidah(juga dari aliran Syiah),sesetengah ahli sufi dan golongan Mulhid(yang menolak konsep ketuhanan)."

SAINS DAN AL-QURAN

al-Quran merupakan kitab yang diturunkan Allah ke atas Nabi s.a.w ia adalah wahyu Allah dan diturunkan sebagai petunjuk agar manusia dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil.

Allah juga merupakan Pencipta bagi alam semesta.Di dalam al-Quran terdapat lebih daripada 750 ayat yang menceritakan tentang kejadian alam semesta serta fenomena-fenomena yang berkaitan dengannya.Jelas sekali kitab al-Quran dan alam semesta datang daripada sumber yang sama,iaitu,Allah.

Allah mahu umat islam mengkaji al-Quran.Allah berfirman dalam surah an-Nisa' ayat 82:

"Apakah mereka tidak mahu memikirkan isi-isi al-Quran?"
Allah juga mahu umat islam mengkaji alam.dalam surah ali Imran ayat 190 Allah berfirman:
A191
"Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

Kajian al-Quran mempunyai cara dan metedologinya.Kajian alam juga mempunyai cara dan metedologinya.Pada hari ini cara dan metedologinya untuk mengkaji alam diistilahkan secara umum sebagai sains.Melalui sains proses kejadian alam serta fenomena berkaitan denganya dapat disingkap.Allah mahu kedua-dua ini,iaitu al-Quran dan kajian tentang alam(menggunakan sains),didekatkan.bukan dipisahkan.Inilah yang dinyatakan di dalam al-Quran dalam surah Fussilat ayat 53:-

"Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu?"
 Dalam al-Jamik li Ahkam al-quran,Imam Qurtubi mengetengahkan pandangan Imam 'Atha dan Ibn zaid ketika mentafsirkan maksud 'bukti-bukti kebenaran di segenap ufuk (penjuru)alam'.Mereka berkata,"(ia adalah bukti-bukti) di penjuru langit dan bumi merangkumi matahari,bulan,bintang-bintang,kejadian malam dan siang ,angin,hijan,guruh,pohon-pohon,gunung-gunung,lautan dan sebagainya."

Artikel asal di sini

Monday, December 3, 2012

Istiqamah bina kejayaan kecil - kunci motivasi

Apabila saya bertemu dengan pelbagai pihak di dalam program-program motivasi, soalan yang selalu timbul di kalangan peserta yang hadir ialah

'Bagaimana mahu terus kekal bermotivasi selepas program ini?'

Saya kongsikan perkara yang saya selalu amalkan ;

Sebagai seorang muslim setiap malam kita selalu disaran untuk membuat muhasabah diri sebelum melelapkan mata, kita beristighfar dan bertaubat dengan kesalahan kita pada hari berkenaan.

Pada masa kita telah membuat 'U-turn' di dalam minda kita, pada masa itulah kita perlu menanam nilai dan motif kejayaan kecil yang kita ingin capai pada keesokan hari.

Contoh ;

 'Esok aku mahu memastikan  aku tidak akan mengadap facebook selagi mana aku tidak menyelesaikan assignment diberikan pensyarah !'

Cuba kita azam dan keesokan hari setelah kita bangun sebenarnya badan kita akan terasa satu energi yang hebat! Itulah hikmah 'menanam nilai' minda bawah sedar.

Kita buat semampu boleh azam kita pada hari berkenaan dan apabila mahu tidur pada malamnya,kenangkan semula sebagai refleksi kejayaan kita pada hari berkenaan.

Okey?

Selamat Membina Kejayaan kecil anda setiap hari !!

Sunday, December 2, 2012

Santai PKK : Ukhuwah Online

Santai Pesanan Khidmat Komuniti (PKK) kali ini membawakan tema 
UKHUWAH ONLINE (^_^)


Ini ialah desain saya sendiri, sebenarnya tak terfikir pun nak buat tema apa, main tulis dan tekan-tekan sahaja pada layer adobe photoshop, niat asal nak asah skill desain dan inilah hasilnya kali ini !

Kena bangga dengan desain sendiri (^_^)V
Kejayaan kecil meningkatkan estim-diri untuk lebih berjaya akan datang !

Sunday, November 25, 2012

Hadith dan kefahamannya


     klik untuk paparan lebih jelas

Irsyad al-qariq Bi syarhi Mukhtasar Sahih Al-Bukhari Jil 1 Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri JAKIM
P231-233

Fiqh dan faedah hadith :

Antaranya :

1-Pada dasarnya hasad adalah sifat mazmumah

2-Hasad yang dibolehkan dikenali dengan iaitu bercita-cita dapat seperti kurniaan seseorang tanpa merasa untuk dihilangkan daripadanya atau dengki.

3-Ghibtah seperti ini bagi orang kaya yang sentiasa bersedekah.

4-Begitu juga lelaki yang diberi ilmu dan mengajarkan  kepada manusia.

5-Kelebihan ilmu dan ulama’. Syeikh al-Syanwani berkata : 
“Maksud hikmah ialah al-quran, al-sunnah dan juga ilmu yang memberi manfaat.”

6-Kelebihan orang kaya yang dermawan

7- Kelebihan mengajar ilmu.

8-Kelebihan bersedekah.

9-Syeikh al-Syanwani berkata : “Dikehendaki dengan hadith ini ialah bertentangan dengan tabiat seseorang dengan apa yang disukainya di mana apabila menghimpun harta adalah disukai tetapu memberi harta tidak disukai. Begitu juga belajar ilmu disukai tetapi memberinya membawa kepada kepenatan.”

10-Syeikh al-Syanwani berkata “Hadith ini hendaklah difahami bahawa harta akan bertambah dengan infaq dan tidak berkurangan  begitu juga dengan ilmu  atau hikmah akan bertambah dengan pengajaran.”

Friday, November 23, 2012

Menentukan keutamaan bahan bacaan

Perkongsian idea daripada buku

Siritual Reading : Dr.Raghib As Sirjani dan Amir Al-Madari

Bagaimanakah menentukan keutamaan bahan bacaan?

1-Al-Quran Al-Karim
2-Al-Hadis As-Syarif
3-Ilmu-ilmu Islam (Syar’i)
4-Buku-buku yang sesuai dengan pengkhususan ilmiah tertentu
5-Buku tentang analisis sejarah
6-Buku tentang politik
7-Buku tentang pendapat orang lain
8-Buku tentang Syubhat tentang Islam
9-Buku tentang pendidikan anak
10-Buku tentang hiburan


Untuk pembacaan yang lebih terperinci setiap idea di atas, boleh lihat di setiap link di bawah

Semoga menambahkan kualiti pembacaan kita !

Wednesday, November 21, 2012

~Book of Getting Things Done ; The Art of Stress Free Productivity ~

Dalam kehidupan, kita nak buat semua benda tetapi prioriti batu besar batu kecil susah sekali kita nak kategorikan.

Diagram berikut boleh membantu kita sebagai tool untuk kita STRESS daripada nak buat semua kerja.

Selamat beramal !


Tuesday, November 20, 2012

Memaknakan seorang Fasilitator

Menjadi seorang fasilitator di dalam program motivasi, program kepimpinan, dan sebagainya ibarat bonus bagi seseorang yang mencari pendapatan sampingan. Ada yang datang menawarkan diri berbekal ilmu kefasilitatoran melalui pembacaan, melalui pengalaman di sekolah dan kampus, dan ada juga datang dengan tangan kosong!

Pelbagai ragam peserta akan kita temui, tidak salah kita menghadapi peserta dengan pelbagai pendekatan tetapi amat lebih bermakna jika kita tahu cara yang tepat !

Saya kongsikan dapatan saya melalui slide presentasi Ustaz Hasrizal Abd Jamil (saifulislam.com.) Selamat membaca !

Monday, November 19, 2012

Memantap Asas Pelan Pemasaran (Marketing Plan)


SOFT-LAUNCH

Untuk yang berminat, boleh tinggalkan maklumat anda di bawah

Sunday, October 28, 2012

Majalah MARS : Bahan dakwah untuk remaja


MARS atau Majalah Remaja Sempoi adalah sebuah majalah e-book dakwah santai yang diterbitkan bersama di antara iLuvislam.com dan Flarebiz Network bermula 1 April 2010.

Konsep MARS adalah:


  • sempoi dan santai : ia bertujuan untuk menembusi golongan remaja yang kurang mengamalkan ajaran Islam
  • dakwah viral : majalah e-book yang dimuat turun akan dikongsikan bersama rakan-rakan lain dengan mudah tanpa memerlukan internet


Nama MARS dipilih ketika mesyuarat pertama di antara pihak iLuvislam.com yang diwakili oleh En. Mohd Nurul Imran Koyube (Presiden iLuvislam.com) dan En. Mohd Fitri Zainul (Head of Technology iLuvislam.com) serta wakil Flarebiz Network; En.Mohd Zhafran Mohd Ghani (IT Executive) dan Hanny Ramzy (Internet Entrepreneur).

Asalnya pihak iLuvislam.com ingin ‘outsource’ projek E-Book dakwah kepada syarikat Flarebiz Network yang terdiri daripada pakar-pakar Internet Marketing. Namun setelah perbincangan panjang, pihak Flarebiz Network ingin bekerjasama dengan iLuvislam.com dalam menyebarkan ayat-ayat cinta Allah.


Untuk mengetahui lebih lanjut ; sila layari di http://mars.iluvislam.com/

Nota penulis ; saya telah memuat turun 6 ebook daripada 8 ebook yang telah berada di laman web di atas, saya cuba memuat turun dua lagi namun tidak berjaya kerana mailing list tidak aktif.





Sunday, October 21, 2012

Memberi Makna Hidup Sebagai Seorang Muslim


Hari ini menerima secara serahan tangan, buku APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM versi BAHASA ARAB yang dipesan (order) dari seorang sahabat yang sekarang sedang belajar di Mesir. Tak silap, saya order sebelum hari raya lepas dan alhamdulilah sampai di tangan,

Ibarat pemicu api, buku ini memetik semula api semangat saya untuk menyambung kembali kajian MODUL MEMAKNAKAN HIDUP SEBAGAI SEORANG MUSLIM yang pernah saya jalankan bersama-sama TEAM SINERGI MUSLIM di kampus awal tahun ini.

Bahasa arab menjadi kecintaan saya, walaupun sekarang jarang mempraktikkannya namun kobaran untuk membelek semula mana-mana kitab sangat tinggi. Semoga Allah mengurniakan hikmahnya kepada saya untuk mencintai bahasa alquran. Insya-allah

Wednesday, July 4, 2012

Kerja sistemik dengan pembantu peribadi (P.A)

Catatan kali ini saya ingin berkongsi sedikit pemerhatian saya dengan tabiat yang menjadikan seseorang pemimpin kelab/persatuan/organisasi itu cemerlang. Fokus saya ialah kepada pelajar di Institut Pengajian Tinggi kerana saya mengambil beberapa contoh pengalaman saya di IPT dan pastinya Personal Assistant (P.A) di syarikat sedikit berlainan di IPT.

Read More...Teruskan membaca, klik pada  

Monday, July 2, 2012

Memahami Gelagat & watak dalam organisasi

Bermula dengan sebuah diskusi dengan seorang sahabat mengenai satu program tarbiyah, membawa kepada status berikut di Facebook ku.


Allah menciptakan dengan pelbagai VARIASI supaya manusia memahami bahawa CIPTAAN ALLAH itu LEMAH dan DIA yang MAHA PERKASA, maka KITA sebagai HAMBA YANG LEMAH sangat berkehendak KEKUATAN daripada-NYA untuk berkomunikasi dan bersosial dengan manusia yang lain.

SUNNATULLAHnya ialah KITA MENGUASAI ILMU KOMUNIKASI INTERPERSONAL 

SYARIATULLAHnya ialah MOGA ALLAH membantu DALAM TUTUR LISAN & GAYA KOMUNIKASI BADAN kita apabila BERINTERAKSI dengan orang lain, Moga orang itu MEMAHAMInya.

Bagus juga kita menguasai TEKNIK-TEKNIK MOTIVASI ISLAM. (Tambahan sahaja...) Jemput layari dan mengambil manfaat.


Thursday, June 21, 2012

Membina karakter "Hebat Berucap"

Setiap orang mampu bercakap dan memberi ucapan. Sejak kecil lagi kita berkomunikasi dengan orang sekitar kita bagi memenuhi keperluan kehidupan kita. Bermula dengan asas berkomunikasi untuk keperluan kehidupan sehinggalah berkomunikasi untuk sesuatu tujuan kehidupan.

Berkomunikasi yang selalu menjadi 'pengalaman ngeri' setiap orang ialah apabila diminta berucap di hadapan khalayak ramai. Ya, sangat sukar jika tidak ada keyakinan diri dan persediaan yang cukup. Pasti lutut akan menggeletar dan tuturkata yang tidak akan difahami dihamburkan apabila kita tidak biasa untuk berucap secara spontan di hadapan sejumlah audiens yang ramai.




Saya suka berkongsi tips berikut. Teruskan membaca !


Friday, June 8, 2012

Membentuk Manusia B'pandukan Modul Surah Luqman

Berinteraksi Dengan Al-Quran

Al-Quran menjadi bacaan rutin harian kita. Namun pernahkah kita memikirkan kualiti pembacaan sehari-hari kita? Saya kongsikan slide yang pernah dibentangkan Ustaz Ikmal Zaidi, pensyarah Akademi Islam di KUIS yang saya hadiri syarahannya.

Sebelum itu, saya juga suka meletakkan link berikut bagi bacaan tambahan para sahabat blogger (^^)

Bagaimana Berinteraksi Debngan Al-Quran? Perkara yang dielakkan.

http://www.kedaimakan.com/st-gallery/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=229:bagaimana-berinteraksi-dengan-al-quran-perkara-yang-dielakkan&catid=28:dakwah-tarbiah&Itemid=138


Kebangkitan Dinar & Dirham

Saya pernah terpanggil untuk menyertai satu seminar di USIM mengenai Dinar & Dirham. Satu ketika, menjadi fenomena di USIM tentang kesedaran untuk memiliki dinar & dirham sehingga ada penggerak untuk menubuhkan Kelab Dinar & Dirham (D&D). 

Saya juga berjinak-jinak dengan memiliki 19 unit dirham yang dibeli dengan harga RM 18 setiap satu dan masih lagi disimpan sehingga sekarang. Saya juga mempunyai sebuah buku terbitan Utusan Publications yang dibeli dengan harga 1 dirham.

Di dalam seminar itu, saya diberi penerangan yang panjang lebar mengenai sejarah matawang, yang mana slidenya ada di bawah ini. Saya upload ke blog sebagai perkongsian untuk rakan-rakan blogger (^_^)


Wednesday, June 6, 2012

Workbook Mensinergikan Makna Hidup Sebagai Muslim

Alhamdulilah, dalam posting blog yang lepas http://daingfadzil.blogspot.com/2012/03/makna-hidup-sebagai-seorang-muslim.html, saya menyuarakan hasrat untuk menghasilkan satu buku kerja (workbook) bersama-sama beberapa rakan-rakan yang ke Seminar Muslim 2012. 

Hasil muafakat usaha Team Sinergi Muslim (Nama kumpulan yang diberikan dalam pembikinan workbook ini), maka terhasillah workbook berikut.

kredit kepada ahli-ahli Team Sinergi Muslim


Wednesday, May 2, 2012

Tidak Cukup Hafal Sirah !


Di dalam program kepimpinan pelajar Islam yang pernah saya kendalikan, ada beberapa slot yang dirangka oleh penganjur untuk membentuk karakter peserta secara berkumpulan. Modus operandi slot ini ialah, peserta dikehendaki menjawab satu set soalan yang dipecahkan kepada set maklumat peribadi, akidah, ibadah, sirah, dan isu semasa. Perkara yang menarik perhatian saya ialah pada bahagian sirah ataupun sejarah Islam yang memerlukan peserta menulis secara ringkas sirah setiap tajuk seperti peristiwa Perang Badar dan hikmahnya.  

Thursday, April 12, 2012

Memberi Nilai Tambah Dalam Kehidupan

Apabila menyebut mengenai nilai tambah dalamn kehidupan, bukan bermaksud saya merujuk kepada tambah-nilai kepada telefon bimbit yang kita pakai atau sebarang produk komunikasi yang kita gunakan seharian. Saya cetusklan mengenai idea nilai-tambah ini sewaktu saya selesai membuat muhasabah perjalanan saya ke hadapan. Memakakan sebuah kehidupan untuk ilahi bermakna kita sedar hidup kita mesti memberi 'nilai-tambah' kepada orang lain.




Sekadar gambar hiasan



Tiada apa yang dapat diberi jika kita tidak menerima

Saya teringat dengan sebuah hadith Nabi S.A.W :

"Sebaik-baik di kalangan manusia ialah yang memberi MANFAAT kepada manusia yang lain"

Satu kaedah fiqh yang ingin saya kongsikan ialah ;

Faqidu Syai; La Yu'tih (Tidak ada sesuatu maka tidak boleh memberi)

Saya baru selesai membaca beberapa artikel di dalam beberapa buah blog dan forum yang membicarakan mengenai arahtuju selepas bergraduasi, samada ingin melanjutkan pelajaran peringkat Master atau bekerja. Pelbagai konotasi positif dan negatif terhadap dua aspek ini, pelbagai versi jawapan juga yang dapat dilihat.

Saya terlintas untuk menulis beberapa perkara mengenai perkara ini terutama apa yang ingin saya sebutkan 'Memberi makna dalam kehidupan.' Sukar untuk memberi jawapan yang tepat apabila saya juga ditanya soalan yang sama mengenai arahtuju selepas bergraduasi, walaupun saya hanya akan mula berpraktikal awal bulan Julai - November akan datang. Bagi saya, mula berfikir dan merancang lebih awal ialah idea yang terbaik untuk MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA DIRI SENDIRI.

Nilai Tambah Diri Sendiri

Analogi yang ingin saya berika ialah ;

'Apakah yang menarik perhatian seorang peminat gajet elektronik apabila ia mahu membuat keputusan mahu membeli atau tidak mahu membeli gajet tersebut?'

Saya pasti para pembaca artikel ini akan setuju, antara faktor utama ialah apakah fungsi atau nilai tambah yang akan diperolehi setelah membelinya? Begitulah manusia, mahu dipandang di mata manusia, tonjolkan apa kelebihan yang kita ada dan apa sumbangan yang boleh kita berikan. Semua ini memerlukan frasa kata ajaib iaitu KEMAHIRAN. Tanpa ada minat untuk membina kemahiran, tidak ada tambah-nilai yang kita bina untuk diri kita.

Setiap kali musim graduasi tiba, lambakan ribuan graduan yang dilahirkan oleh sesebuah universiti. Kini institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang tumbuh bak cendawan memaksa para graduan bersaing sesama mereka untuk menonjolkan diri siapa yang terbaik di antara mereka di mata para majikan yang 'liar' mencari graduan muda yang keluar daripada sesebuah universiti.

Nilai tambah seorang Hamba kepada Tuhannya

Manusia dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian. Manusia hidup di dalam beberapa fasa alam seperti gambarajah berikut ;

Klik untuk besarkan imej

Allah menghantar Malaikat Raqib dan Atid untuk mencatat amal kebaikan dan amal kejahatan yang kita lakukan sepanjang kheiudpan kita di dunia ini. Kemudian, segala kitab amal kita akan dibentangkan di mahsyar kelak di neraca mizan sebagai hitungan amal yang menentukan adakah beratnya amal kebajikan kita atau beratnya amal kejahatan kita yang melayakkan untuk berada di dalam syurga atau neraka.

Allah memberi kita banyak pilihan di dalam menambah nilai pahala kebajikan kita, antaranya melalui ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadaj khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji ialah perkara yang wajib dan sudah diketahui difahami muslim namun ibadah umum selalu dipandang kecil. Seorang muslim perlu memandang bagaiman ibadah umum yang dilakukan seharian sebenarnya 80% lebih banyak di dalam kehidupan seharian berbanding 20% ibadah khusus yang kita lakukan. Contoh ibadah umum ialah bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh integriti, belajar kerana Alalh mencapai kecemrlangan, bergaul dengan keluarga dengan cara yang baik, sahabat handai dan masyarakat. Inilah tambah-nilai yang sangat berharga yang memberatkan amalan kita di neraca mizan sekaligus melayakkan kita mengecapi syurga yang kekal abadi.

Konklusinya ialah cara pandang kita mengenai bagaimana kita mahu meletakkan aspek nilai tambah di dalam kehidupan kita akan melayakkan kita menjadi insan yang terbaik di sisi Allah dan insan yang cemerlang di dalam masyarakat. Insya-Allah.


kredit : saifulislam.com



















Saturday, April 7, 2012

Sunnatullah psikologi kanak-kanak dan remaja


Saya sudah berkecimpung dalam dunia latihan dan motivasi sejak daripada sekolah menengah sehingga menjejak dunia menara gading. Saya suka memerhatikan perilaku para jurulatih atau dipanggi trainer di dalam sesuatu program latihan dan motivasi mengendalikan peserta mereka. Trainer akan mengendalikan silibus latihan dan motivasi konsultan masing-masing berdasarkan kesesuaian pemikiran dan umur audien mereka.

Seperti mafhum hadith nabi S.A.W :

خاطب الناس على عقولهم

'Berkata-katalah kepada manusia mengikut aras pemikiran dan kefahaman mereka'

Sekolah Kehidupan

Berada di dunia kampus sangat menyeronokkan bagi saya kerana dunia menara gading bukan sahaja melambakkan kita dengan ilmu di di dalam bilik kuliah tetapi bagi saya, guru 'kehidupan' memberi pengajaran yang lebih bermakna berbanding teoretikal di dalam bilik kuliah. Di kala cuti panjang semester tahun 2011, saya mengambil kesempatan bekerja part-time sebagai guru kafa dan pentadbir. Sangat melucukan apabila mengenang kembali kisah ini.

Saya sangat berterima kasih kepada adik-adik di KAFA TAHFIZ MINDA CERAH kerana menjadi 'guru kehidupan' saya.



Saya mengakui hari pertama saya masuk ke bilik darjah mengajar mereka, emosional sangat menguasai diri mengakibatkan saya tidak dapat mengawal suasana bilik darjah pada hari berkenaan. Walaupun di dalam bidang latihan dan motivasi, saya boleh mengawal peserta yang berada di dalam lingkungan umur yang sama, namun bagi saya saya kurang menguasai ilmu sunnatullah Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.

Bidang saya di universiti ialah mengenai matematik untuk industri insurans dan perbankan namun setelah menghadiri banyak program motivasi kekeluargaan dan remaja, saya mengakui untuk mendalami ilmu luar bidang yang kita belajar iaitu saya namakan ia sebagai ilmu alat untuk kehidupan. Maka saya mengambil insiatif untuk meminjam dan berdiskusi dengan rakan sebaya dan orang yang lebih tua mengenai psikologi kanak-kanak dan remaja juga kekeluargaan.

Saya juga suka meminjam buku-buku berkenaan psikologi dan self-help daripada perpustakaan, memandangkan kebanyakan buku genre ini banyak di pasaran tapi mahal harganya maka saya lebih suka bahan bacaan yang 'percuma' daripada perpustakaan.

Alhamdulilah, berdikit-dikit memahami ilmu psikologi kanak-kanak dan remaja, suasana setiap program latihan dan motivasi dan pendidikan di dalam kelas yang saya kendalikan, para peserta dan murid yang saya kendalikan bertambah baik.

Berikut ialah antara video program kepimpinan pelajar sekolah yang telah saya kendalikan.



Santunilah kanak-kanak dan remaja kerana mereka akan menjadi guru kehidupan kita yang bermakna untuk kita.

Monday, March 26, 2012

MakNA Hidup Sebagai Seorang Muslim

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Muslim 2012 yang dianjurkan oleh Sinergi Training & Consultancy (STC) kendalian Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Banyak input yang menajamkan kefahaman saya memahami isi kandungan Kitab Maza Yakni Intimail Islam (Apa Ertinya Saya menganut Islam?) karangan almarhum Syeikh Fathi Yakan.

Di dalam Seminar Muslim 2012, kupasan demi kupasan oleh penceramah menerangkan secara interaktif isi kandungan bahagian pertama dan bahagian kedua kitab ini. Kitab ini saya telah biasa menggunakannya sebagai silibus usrah sejak di bangku sekolah menengah sehinggalah ke kampus namun pembaacan peribadi hanya terhad kepada limitasi kefahaman membelek helaian demi helaian.

Setelah pulang dari Seminar Muslim 2012 ini, saya dengan beberapa orang rakan telah bersepakat untuk berkongsi kefahaman daripada initipati seminar ini dengan membangunkan modul interaktif berteraskan buku kerja (workbook) Seminar Muslim 2012 yang lalu. Berbantukan buku rujukan 'Buku Pembinaan Modul' (salah satu rujukan sahaja) dan buku tulis yang khusus, idean yang mencurah datang dari semasa ke semasa dicatat demi memastikan idea untuk merealisasikan perkongsian pintar daripada Seminar Muslim 2012 ini dapat disebarluas kepada masyarakat.

Semoga usaha ini diberkati oleh Allah S.W.T. Insya-Allah.

Monday, January 30, 2012

Ibrah Surah Al-Kahfi [Siri 1]

Fail Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah Al-Kahfi

Alhamdulilah, baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah Al-Kahfi kendalian penceramah motivasi terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang dikenali melalui blognya di Saifulislam.com.

Ustaz Hasrizal memberikan pesanan perkataan 'Ibrah' yang bermaksud 'pengajaran' hanya akan memberi 'pengajaran' kepada individu apabila kita dapat mengaitkan nilai-nilai murni daripada cerita di dalam Al-quran (sebagai contoh peristiwa Ashabul Kahfi di dalam Surah Al-Kahfi) ke dalam kehidupan seharian kita. Apabila kita mampu membuat perkaitan dan menerapkan nilai murni tersebut maka kita mendapat IBRAH daripada kisah berkenaan.

Segala Puji bagi Allah, empat kisah utama di dalam Surah Al-Kahfi iaitu mengenai :

1-Kisah Pemuda Ashabul Kahfi
2-Kisah Pemilik dua kebun
3-Kisah Nabi Musa dan Khidir
4-Kisah Dzulkarnain

Kisah-kisah di atas sangat banyak cerita yang tersirat daripada yang tersurat yang ingin saya tuliskan dari semasa ke semasa. Cabaran yang paling besar ialah untuk terus istiqamah dalam menulis dan mengekalkan momentum kefahaman surah ini, jadi sekali lagi catitan yang dapat dikongsikan bersama ialah :

1-Apabila sudah berakhir program maka letakkan fail program di tempat yang mudah dicapai untuk dibelek-belek semula.

2-Buka kepada perbincangan (secara formal / tidak formal)

3-Menulis (Ini yang saya sedang amalkan)

4-Secara sedar (conscious), lihat kepada perlakuan di dalam kehidupan seharian kita yang memerlukan kita membuat keputusan/pilihan, lihat bagaimana kita membuat pertimbangan. Pilihan yang kita buat menggambarkan cara pandang kita selepas selesai program.

5-Ambil panduan daripada surah Hud :
- Membuat perubahan secara sedikit demi sedikit secara tidak melampau-lampau
- Jangan cenderung kepada orang yang zalim / ahli maksiat supaya kita tidak lemah
semangat.
- Pelihara solat
- Bersabar

6-Anggapkan 'naik turun' semangat selepas program ialah perkara biasa di dalam kehidupan.

Semoga sedikit catitan ini ialah pencetus untuk saya terus menulis untuk siri-siri berikutnya. I.allah. Wallahu'alam.

Menulis sebagai rasa cinta dan dakwah untuk Islam.