Showing posts with label Kem Harapan Sapura. Show all posts
Showing posts with label Kem Harapan Sapura. Show all posts

Sunday, June 14, 2009

Seperti Namamu


Team Urusetia, Fasilitator & pegawai penyelaras SPMM USIM

Alhamdulilah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan Rabbul Jalil di atas kekuatan yg diberikan kpd diri ini utk berhadapan dengan satu program yg amat mencabar tetapi still enjoy !! Kelmarin baru sahaja selesai mengendalikan KEM HARAPAN SAPURA anjuran Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia & Universiti Sains Islam Malaysia (Sekretariat Pendakwah Muda M'sia) di bawah tajaan SAPURA.


Memandangkan masa dalam kem tu bawak kamera tapi tak sempat nak ambil gambar2 (sibuk jd k.fasi kononnya) jadi tunggu ana grab & collect gmbr dr rakan2 dulu nanti ana uploadkan ke blog ni. ( sila lihat gambar-gambar di, baru update )

Cerita Suka

Bersama-sama rakan2 seperjuangan (Abg Syahril, K.Janah, Shu, Huda, Nasuha & ramai lagi yg mmg minta maaf tak sempat nak tulis di sini namun kalian tetap tertulis di hati ini ) selama 3 hari 2 mlm berkampung di Nilam Court memang meninggalkan satu kenangan yg cukup memberi kesan dlm kotak pemikiran. Walaupun program ini dtg secara mengejut tetapi kita bersama-sama dpt mengendalikan dgn penuh profesional shgg diiktirah oleh ramai pihak. I.allah semoga program2 akn datang kita terus bersama.

Kedatangan para peserta daripada seluruh kawasan di Negeri Sembilan cukup menggamatkan suasana. Pada awalnya, para fasi & urusetia amat ''gentar'' melihat riak muka adik2 lelaki & perempuan yg ''macho-dek muka ganasnya'' tetapi setelah bersama2 melalui setiap modul ternyata luaran bukan judgement yg sebenar. Benar Islam Is For All . An berpendapat para muslimin & muslimat yg bergelar pendakwah bkn sahaja perlu mengislahkan org Islam itu sendiri tetapi berusaha meng''Islam''kan / berdakwah kepada bukan muslim kerana di dalam kem ini ternyata memberi makna ''1Malaysia'' kerana disertai oleh pelbagai bangsa di Malaysia & ternyata ''kabinet bayangan'' yg an tubuhkan di kalangan para peserta memang menarik.


Di dalam kesibukan sebagai ketua fasilitator tidak menjadi alasan utk an bersama2 adik2 group an (group 2 PEACE!!).Walaupun diorg mengeluh ''Abg selalu jer tak ada, sibuk memanjang''(maaf adik2ku sekalian)tetapi ternyata dengan masa yang terhad itu an cuba memaksimumkan pendekatan hati ke hati sehingga mereka dapat memanfaatkan pelbagai pesanan untuk kehidupan mereka. Sedikit perkongsia, setelah pulang daripada program, an terus dapat msg daripada adik2ku (group2). Ternyata kerinduan mereka memeng tak dapat dibendung lagi, dgn ayat2 rindu hiperbolanya & dengan panggilan yg mereka ungkapkan (jgn salah anggap perempuan yg hantar, adik lelakila,- Hakim & Fitri ) kepada an mmg menunjukkan mereka memerlukan seorang ''pembimbing & motivator'' kpd mereka. I.allah jemputan utk datang ke rumah akan disambut tidak lama lagi.


Ana & Imran

Cerita Duka
Kalau ada suka mesti ada duka, sepertila kita buat modul Life Line (Tanya pada yg tahu). An mmg tak boleh buang sifat panas baran. Kebetulan mlm pertama program, adik2 ni buat hal (buat onar, hingar bingar) maka terbitlah sifat ''Incredible Hulk'' an yg mmg dah jadi darah daging sejak sekolah menengah. Tapi mujurlah sahabat2 seperjuangan yg mmg dah kenal perangai ana ni tahu nak buat apa. Maka tahap kepanasan 100'c dh turun kpd 37'c (normal).Hu2..maafla kenkawan yer. Tapi mlm tu mmg para fasi & urusetia kena buat hirasah (berjaga malam mengikut shif) sehingga ke pagi.


Ucapan Resolusi K. Fasi



Seperti namamu - Kem Harapan Sapura- Harapan yg begitu tinggi daripad para fasilitator & urusetia kem ini kepada adik2 sekalian, ukhuwah yg terjalin di dlm kem takkan terputus selagi ikatan yg tak bertali (akidah & silaturrahim) antara kita semua terjalin. Kepada semua urusetia & fasilitator tahniah atas pengorbanan kalian yg sanggup mendidik anak2 Malaysia- generasi pewaris kepimpinan negara masa hadapan, jadikan pengalaman berdakwah & mengislah ini sebagai ikrar kita bersama untuk menjadikan ISLAM SEBAGAI PEMIMPIN PERUBAHAN & pembentuk acuan Legasi Pewaris Generasi Profesional Negara Malaysia akn datang.


p/s :
Syukran jazilan juga kpd En.Syafful Syarani Pen. Pendaftar Pusat Perhubungan Korporat & Strategik juga Penyelaras SPMM USIM atas peluang yg diberikan kpd ahli2 Sekretariat Pendakwah Muda USIM utk menabur jasa di dlm program sebegini. Ada program lagi bolehla ajak kami.

....boringla kalo xder program camni, an ni jenis tak suka duduk diam hu3.....
tapi tak apa kerana program Konvesyen Pendakwah Muda Kebangsaan akan datang pasti tiba!!!...

Anak-anak buahku (Depan : Ikmal, Hakim, Fitri )

Peserta membalas dendam kpd k.fasi..sabar je la