Sunday, November 13, 2011
V-Log : Dakwah Melalui 3C (Updated)
Saturday, December 5, 2009
TIPS MUDAH PRAKTIS DA’WAH DI KAMPUS

I.allah pada posting kali ini ana nak berkongsi dgn para pengunjung blog ini dgn bbrp tips menarik bagaiman senangnya nak jalankan kerja yg kita warisi drpd para Nabi ni. Of course ruang lingkup posting kali ini boleh diguna bukan sahaja di kampus, tp juga di sekolah, pejabat dan etc.
DALAM & LUAR KAMPUS
Senyum & sebarkan salam antara kita, pensyarah, staff, cleaner, jurujual etc.
(Salam sbg penambat hati, mudah nak berkenal2an dgn mad’u).

DALAM KULIYAH / KELAS
1. Buat slot tazkirah berkala, tengok mana2 masa kosong, (at least sekali dlm seminggu) kita ke hadapan, perdengarkan sedikit sbyk peringatan sesame kita
2. Copy mana2 artikel berunsur da’wah dlm internet (boleh juga berkala iatu ikut hari2 kebesaran Islam) pastekan, design sket2 jd menarik (simple pun boleh), phototastkan dlm bentuk mini magazine, & bahagi2kan kpd kenkwan & pensyarah.
3. Pasang video2 Islamik sblm lecturer masuk (selingan)
4. Lantik ketua / wakil utk baca doa sebelum start kuliyah.
DALAM MESYUARAT / DISKUSI ILMU
1. Lantik mana2 ahli mesyuarat utk bagi tazkirah /pengisian rohani yg ringkas (5 minit pun cukup) sebelum start mesyuarat.
2. Terangkan adab2 dlm bermesyuarat etc.

KOLEJ KEDIAMAN / ASRAMA
1. Pasang ceramah agama / bacaan alquran kuat2 (hu3)
2. Gunakan mikrofon di kolej kediaman (dgn kbnr ajk asrama) utk buat pengumuman
galakkan para penghuni turun solat berjemaah /mengetuai bacaan doa tidur jam 11pm.
3. Ziarah rumah ke rumah sbg tanda silaturrahim
4. Buat liqo’ utk bacaan almulk (sblm tidur)
5. Buat jer tazkirah kat surau tu, bukan ad org marah pun.
6. Hidupkan suasana “mengizzahkan” Islam dgn pemakaian serban, jubah (bagi lelaki..ala, kat kampus tak boleh, so kita bolehla pakai kat kolej kediaman.
PENGHUNI RUMAH SEWA?
1. Pergila surau2 rukun tetangga yg berdekatan. Tunjukkan sikit kita ni mahasiwa Islam
kpd m’kat.
2. Hidupkan solat berjemaah di dlm rumah sewa tu.
3. Buat liqo’ baca almulk, baca matsurat etc.
Rindu suasana biah Islam di sekolah menengah dulu? Aku dah berubah @ persekitaran berubah ??
Sunday, November 29, 2009
Apabila agama menjadi asing di kalangan manusiawi

Sedih, hiba & rasa ingin membantu..inilah perkataan pertama yang terpacul di mulut ini apabila mengenang episod ketika dalam perjalanan pulang daripada bumi Nilai ke Bandar Kuala Terengganu. Ana pulang ke kampung pada pagi 28Nov.09, walaupun terpakssa berhari raya di bumi Nilai namun rasa bertuah kerana Allah memberi masa kpd seorang daie utk mendekati mad’unya.
Malam raya aidil adha di Bumi Nilai
Alhamdulilah, setelah pulang daripada Masjid Bandar Baru Nilai, terdetik di hati ini utk membuat pergi ke FunFair Park berdekatan dgn Kolej Kediaman yg ana tinggal. Bukan utk pergi berseronok tapi ingin mendekati mad’u yg jauh dari rahmat & kasih saying Allah. Tepat jam 11malam, ana menaiki ‘kuda perang biru’ berpakaian jeans+ t-shirt hitam+jaket hitam utk ke sana. Walaupun pada malam raya aidiladha,suasana di funfairpark seperti malam2 biasa, walaupun tidak ramai seperti malam2 lain, tapi ana rasa sedih melihat orang Melayu-Islam mbwa keluarga masing2. Ana tak sempat berbual dgn operator yg mengendalikan funfair itu, kerana mungkin mlm itu sekadar ingin menjenguk & merancang utk strategi dakwah fardiah akn datang.
Malam pulang ke bumi Terengganu
Walaupun dalam suasana kehujanan, perjalanan ana ke KTM Nilai berjalan lancar, ketika menaiki tren, ana mencuba kaedah dakwah yg pernah digunakan Us.Hasnan Kasan dr[d UKM, iaitulah membacakan ayat2 suci alquran, ternyatalah org awam did lm masyarkat kita berasa ganjil dgn perlakuan ini.Masih lagi rasa tidak segan silu utk mbuat maksiat walaupun mdengar ayat2 Allah. Mungkin hati yang hitam tidak memasukkan nur ilahi ked lm sanubari mereke. Moga2 Allah membuka pintu hati mereka.
Apabila sampai di Terminal 1 Seremban,azan maghrib berkumandang..maka ana perlu solat dahulu sebelum menaiki bas. Terasa diri ini begitu kecil di hadapan Allah, apabila ana cuba bertanya kepada 2 orang brother yg sedang lepak di situ (Indon rasanya) mgenai kedudukan surau berhampiran (walaupun kita dah tau, saje test) mereka nampak begitu ‘gelabah’ sprt mmg tidak diketahui di mana rumah Allah yg terhampir dgn mereka.
Kisah Ekslusif ‘Call Girl’ di TV1
Ini yg baru ana tonton di TV1, ana mmg begitu kagum akn pendekatan wartawan siri Ekslusif1 utk mdekati mad’u yg bagi pandangan mata kita sbg da’ie amat hina & mmg tak perlu utk di islahkan. Bagi wartawan ini bjaya mendekati golongan pelacur yg rata2nya mereka ialah golongan berpendidikan tinggi & fresh graduate ttp akibat mengejar habuan duniawi, mereka sanggup mengorbankan maruah diri. Pendekatan ‘penyamaran’ ini mungkin boleh diguna pakai kpd para daie dlm mengenal pasti the real problems bagi mad’u sebegini. Kemudian strategi dakwah perlu dirangka sbg tanda kita prihatin kpd mereka.
Inilah secebis kisah yg ana rasa perlu ana kongsi bersama rakan2 pendakwah yg lain, bagi ana selagi mana syahadah yg kita ucap kita terus percaya, marilah kita tekadkan did lm hati utk mengislah & berdakwah bukan sahaja golongan yg telah “baik-baik” tetapi ingatlah sesungguhnya masyarakat yg berkecamuk dlm masalah social sekarang mmerlukan para daie utk mengubah kepada perkara kebaikan & mberi sinar yg tiada dlm hidup mereka…itulah kehidupan berTuhan & cahaya Hidayah dlm berdakwah.