Wednesday, September 21, 2016

Pisau berkarat perlu diasah kembali, pena tumpul cari pengasahnya

21 September 2016 - 10:22 malam

Alhamdulilah, blog ni dapat diakses semula.

Posting blog terakhir saya ialah pada hujung Ogos 2014.

Ekoran urusan melanjutkan pelajaran selepas itu mencari kesesuaian dalam kerjaya baru dalam bidang makanan dan faktor paling besar ialah platform paling mudah untuk kemaskini idea penulisan ialah di media sosial facebook. Dengan itu, blog ini bersarang labah-labah. Maaf atas perkara ini.

Jika tuan cik puan selalu datang menjengah ke blog ini, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Saya berbesar hati tuan cik puan dapat bersahabat dengan saya secara maya di akaun facebook saya yang saya letakkan pautan linknya di sebelah kanan blog ini.

Kenapa blog daingfadzil terlalu banyak tab blog-blog lain ?

Ya, pada awalnya saya mahu pisahkan tajuk-tajuk penulisan blog mengikut tema.

Ada segmen kewangan (memandangkan saya graduan bidang kewangan), pembinaan keluarga, self-help (motivasi diri), keusahawan dan halal (blog ini saya cipta ketika awal saya menyambung  pelajaran di MISDEC HAMRA.

Idea akhir ialah saya boleh kompilasikan setiap blog menjadi ebook dan modul.

Saya pernah belajar menulis ebook dan membina modul. Malah, external hardisk yang tersimpan beribu-ribu modul dan penulisan ini ingin dikongsi supaya lebih ramai dapat menerima manfaat.

Apabila maklumat menjadi hanya catitan, saya rasa rugi. Justeru, saya memikirkan eloklah dimulakan kembali penulisan blog ini sebagai batu asas untuk menyusun semula idea-idea yang difikirkan.

Mungkin bermula dengan konsisten satu posting blog setiap minggu sudah memadai.

Ok, setakat ini sahaja. Sebarang komen amat dialu-alukan.

Boleh tinggal komen disini, PM inbox FB saya atau email ke daingfadzil@gmail.com

Sekian, terima kasih