klik untuk paparan lebih jelas
Irsyad al-qariq Bi
syarhi Mukhtasar Sahih Al-Bukhari Jil 1 Dr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri JAKIM
P231-233
Fiqh dan faedah
hadith :
Antaranya :
1-Pada dasarnya hasad
adalah sifat mazmumah
2-Hasad yang
dibolehkan dikenali dengan iaitu bercita-cita dapat seperti kurniaan seseorang
tanpa merasa untuk dihilangkan daripadanya atau dengki.
3-Ghibtah seperti ini
bagi orang kaya yang sentiasa bersedekah.
4-Begitu juga lelaki
yang diberi ilmu dan mengajarkan kepada
manusia.
5-Kelebihan ilmu dan
ulama’. Syeikh al-Syanwani berkata :
“Maksud hikmah ialah al-quran, al-sunnah
dan juga ilmu yang memberi manfaat.”
6-Kelebihan orang kaya
yang dermawan
7- Kelebihan mengajar
ilmu.
8-Kelebihan
bersedekah.
9-Syeikh al-Syanwani
berkata : “Dikehendaki dengan hadith ini ialah bertentangan dengan tabiat
seseorang dengan apa yang disukainya di mana apabila menghimpun harta adalah
disukai tetapu memberi harta tidak disukai. Begitu juga belajar ilmu disukai
tetapi memberinya membawa kepada kepenatan.”
10-Syeikh al-Syanwani
berkata “Hadith ini hendaklah difahami bahawa harta akan bertambah dengan infaq
dan tidak berkurangan begitu juga dengan
ilmu atau hikmah akan bertambah dengan
pengajaran.”
|
No comments:
Post a Comment