Thursday, June 21, 2012

Membina karakter "Hebat Berucap"

Setiap orang mampu bercakap dan memberi ucapan. Sejak kecil lagi kita berkomunikasi dengan orang sekitar kita bagi memenuhi keperluan kehidupan kita. Bermula dengan asas berkomunikasi untuk keperluan kehidupan sehinggalah berkomunikasi untuk sesuatu tujuan kehidupan.

Berkomunikasi yang selalu menjadi 'pengalaman ngeri' setiap orang ialah apabila diminta berucap di hadapan khalayak ramai. Ya, sangat sukar jika tidak ada keyakinan diri dan persediaan yang cukup. Pasti lutut akan menggeletar dan tuturkata yang tidak akan difahami dihamburkan apabila kita tidak biasa untuk berucap secara spontan di hadapan sejumlah audiens yang ramai.




Saya suka berkongsi tips berikut. Teruskan membaca !




PEMIDATO BERKALIBER PEMIMPIN BERWIBAWA

بسم الله الرحمن الرحيم
Hasil Nukilan : Ustaz Hj. Nasrudin Hj Hassan At Tantawi

Pidato adalah uslub da’awah yang hidup dan praktikal. Ianya mampu menggerakkan sentimen madu’u mengikut maudhu’ pidato dan aksi pemidato, justeru pidato juga adalah satu-satunya uslub da’awah yang mampu menghimpunkan deria utama madu’u seperti mata, telinga dan aqal.

Baginda Rasul s.a.w. adalah seorang pemidato agong yang diutus khas oleh Allah s.w.t. ke muka bumi ini guna menyebarkan risalah Ilahi sekaligus membasmi kejahilan dankedholiman. Sejurus turunnya ayat:

و أنذر عشيرتك الأقربين

maka baginda rasul s.a.w. terus mendaki bukit Safa lantas berpidato: (antara sedutan pidato baginda)

أرايتكم لو أخبرتكم أن خيلا بالوادى تريد أن تضير غليكم أكنتم مصدقي
قالوا ما جربنا عليكم إلا صدقا
قال فإني نذير لكم بين يدي عذاب شديد
فقال أبو لهب : تبا لك سائر اليوم ألهذا جمعتنا .......فنزلت : تبت يدا أبى لهب
PEMIDATO BERKALIBER PEMIMPIN BERWIBAWA
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat: 33)

KEPERLUAN PIDATO
Islam sebagai risalah As-Samawi telah tersebar ke seluruh pelusuk alam. Antara sarana berkesan mengalirkan penyebaran risalah ini ialah pidato para ulama’. Baginda rasul s.a.w. sendiri merupakan mahaguru pemidato yang paling berkaliber. (tiada tolok bandingnya)
عن جابر بن عبد الله رضى اللله عنه قال كان رسول الله صلى الله عليه و سلم إذا خطب أحمرت عيناه وعلاه صوته و أشد غضبه حتى منذر جيش
( مسلم )

PERANAN PIDATO

Pidato bukan sahaja berobjektifkan mesej malah ia juga antara syiar berkesan
dengan merangkumi tiga aspek:

  • Kepimpinan
Kepimpinan berwibawa memerlukan stamina serta keupayaan dalam pidato. Justeru itu,pidato berfungsi sebagai chanel peribadi dan jamaei untuk menyebarkan fikrah pemimpin dengan mantap sekaligus meningkatkan semangat yang akan membina pengaruh mendalam kepada pengikut.

  • Dakwah
Penyaluran maklumat Al-Islamiyah (dakwah) kepada ummah dikira akan menepatichanelnya yang berkesan melalui pidato yang baik.
ادع إلى سبيل ربك بالحكمة و الموعظة الحسنة و جادلهم بالتي هى أحسن
Pidato sebagai chanel berkesan lantaran ianya menghasilkan interaksi secara langsung antara daie dan mad’u. Ini tidak berlaku pada media elektronik dan lainnya. Sementara iamerupakan sunnah baginda Rasul s.a.w. dan para khulafa’ Ar Rasyidin.

  • Bahas
Islam merupakan agama tauhid yang tidak sunyi dari cerca nista dan mulut celupar di sepanjang sejarah penampilannya. Islam pula tidak pernah kecundang dengan kelantangan suara musuh yang sedemikian.
Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (ugama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).
(At-Taubah: 32)

Membentengi dan mempertahankan Islam, ulama’ telah bangun dengan kefasihan tuturan dan ketajaman lidah mereka sekaligus memulangkan `paku keras tajam’ ke muka musuh.
Kehebatan pidato para ulama’ mampu membuatkan musuh yang terdiri dari juru bicara yahudi kelu dan tercengang, sebagaimana terpakunya Abdullah bin Abi Rabi’ah dengan kepetahan Jaafar bin Abi Talib (r.a). Antara hakikat yang dapat disaksikan, kepetahan Ahmad Deedat membingungkan para paderi dan orientalis serta مبشر yang berkeliaran hari ini.
STATUS PEMIDATO
Kehebatan dan keindahan pidato banyak bergantung kepada status yang dibiaskan oleh pemidato sendiri.
a) الإخلاص
Keikhlasan akan mempengaruhi dhomir yang mekar untuk pemidato. Tanpa keikhlasan pidato menjadi hambar lantaran ia tidak bertolak dari wadi yang bersih (hati bersih)
Kata Hukama’:
ما خرج من اللسان لم يجاوز الأذان و ما خرج من القلب دخل القلب بغير إستئذان
Kata Al-Imam Hassan Al-Basri:
يا هذا إن الكلام جميل و لكنه عديم التأثير فإما أن يكون في قلبي شيئ أو عندك شيئ
Justeru itu ikhlas menjadi faktor penting dalam membentuk keberkesanan pidato.

b) الإستعانة بالله ( memohon pertolongan daripada Allah)
Membina jejantas antara pemidato dengan Allah merupakan konteks terbaik seorang pemidato dengan gedung atau sumber ilmu.
(Pastikan setiap kali membuat persiapan dan ketika berpidato, saudara memohon restu dan pertolongan daripada Allah). Sebagaimana Nabi Allah Musa a.s. Berdoa kepada Allah s.w.t. :
رب اشرح لي صدري و يسر لي أمري و احلل عقدة من لساني يفقهوا قولي
c) القدوة الحسنة
Aksi pemidato yang bertentangan haluan dengan point pidatonya adalah unsur positif sebagai penebat dakwah. Demi penyampaian yang boleh memberi kesan kepada mad’u,pemidato sewajarnya mengiringi pidatonya dengan contoh teladan yang mulia.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya! Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As Shaaf: 2 – 3)

Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri, padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
(Al-baqarah: 44)

d) الشجاعة
Imej ini berfungsi untuk membina keyakinan dalam menyampaikan pidato sekaligus menyalurkan semangat serta keyakinan kepada pendengar. Takut atau segan dalam menyampaikan pidato akan mempengaruhi perasaan kita sewaktu berpidato dan ini akan mengganggu kemampuan kita untuk menyampaikan point yang terbaik.

e) الثقافة الواسعة
Penguasaan الثقافة الواسعة atau ilmiah yang luas ibarat bekalan atau loji maklumat yang akan membantu pemidato dalam mengolah permasalahan dan mengemukakan hujah disamping membasmi kebuntuan yang berkemungkinan akan berlaku sewaktu berpidato.

f) الفصاحة
Kepetahan antara seni dan seri kepada pidato.Ianya berupaya menarik perhatian dan minat agar mengikuti setiap isi dan hujah pemidato.

g) حسن التخطيط
Pidato yang dirancang akan melahirkan imej berwibawa dan cemerlang, sekaligus dapat menambat perhatian pendengar.

Terdapat dua jenis pemidato:
  • Pemidato yang menggunakan teks (terdapat dua kesan)
Positif
Membantu pemidato dalam mendatakan maklumat yang tepat dan selamat dari bahaya `hanyut idea’ ketika berpidato.

Negatif
Tiada pengembangan idea spontan untuk meraikan suasana yang wujud sewaktu berpidato.
Contoh: tiada usaha untuk menghilangkan mengantuk dikalangan pendengar.
Mempengaruhi gaya penyampaian. (penyampaian hambar dan mendatar).

  • Pemidato tanpa teks (terdapat dua kesan)
Positif
Mampu menonjolkan imej yang hebat dan mantap.
Tidak terhad kepada data point.

Negatif
Terdedah kepada bahaya `hanyut idea’.

h) كمال الهيئة
Gaya persembahan tidak terhenti kepada point semata-mata, malah cara berpakaian dan cara mengambil posisi juga banyak mempengaruhi kestabilan imej pemidato.
BAHAN-BAHAN PIDATO
  • Al-Quran - sebaik-baik kalam ialah kalam Allah swt.
  • Al-Hadis - sebaik-baik petunjuk ialah petunjuk Muhammad saw.
  • Sirah atau tarikh (perlu kepada fakta agar tidak terpengaruh dengan Israiliat/bi’ah/melayuliat)
  • Ahkam Fiqhiyyah
  • Perumpamaan dan kata-kata hikmah (antara uslub berkesan membina kesedaran)
  • Politik dan aliran pemikiran (mengambil isu-isu semasa sebagai gambaran umum kepada pendengar).
  • Mengkaji akhbar, tulisan dan pidato pemidato terkenal.
PIDATO TERBAIK
  • Memiliki muqaddimah dan definisi tajuk.
  • Nas (Naqli dan Aqli)
  • Isu semasa - bersesuaian dengan tajuk.
  • Menggunakan bahasa ringkas dan tepat serta mempunyai alunan bahasa yang menarik perhatian (sehingga pendengar tidak puas)
  • Selingan (yang terdiri dari bunga bahasa atau pepatah yang tidak bercanggah dengan etika Islami - Jangan terlalu banyak)
  • Elak dari menggunakan loghat kedaerahan kecuali perlu.
  • Pemidato yang cekap mampu mempakejkan point atau maklumat dalam masa yang diperuntukkan.
  • Kenal sasaran (mad’u) - remaja/dewasa/sek.men./univ.
  • Mengulangi fakta-fakta penting (sebaiknya tiga kali)
  • Penutup (sebagai kesimpulan umum dengan tidak kembali mengulangi perkataan yang telah disebut sewaktu berpidato).
PEMILIHAN TAJUK YANG BAIK
  • Pilih tajuk yang belum diperbahaskan atau dipidatokan kerana ia bisa menarikperhatian umum.
  • Tajuk-tajuk terkini - bersesuaian dengan program yang diadakan.
  • Tajuk yang bersifat anjal (boleh diolah).
PENYAMPAIAN YANG BAIK
Bahasa dan kelancaran
a) Tidak gagap atau gugup
b) Mula dengan nada biasa tetapi gagah dan mantap
c) Tidak mengulangi kesilapan berulang kali
d) Suara tidak sentiasa mendatar dan meninggi
e) Bersemangat dan terkawal
Gaya
a) Gaya yang hidup dan bermaya - tidak kaku seperti, hanya meletakkan tangan di atas meja.
b) Gaya yang beriringan (serentak) dengan nada dan perkataan.
Suara
a) Lantang dan jelas (Jangan tamak suara)
b) Jelaskan bacaan dan sebutan pada perkatan yang payah,
Contoh: ayat Al-Quran dan Al-Hadis .
c) Imbangkan jarak mikrofon dengan kadar suara (pastikan semua dengar dan tidak terlalu nyaring)
d) Tidak kelelahan - Imbang nafas dengan nada yang akan digunakan.
LATIHAN PIDATO
1) Kesan kesilapan melalui - kaset, rakan-rakan
(Jangan malu terima teguran untuk kepintangan kita)
kesilapan yang biasa dilakukan:
a) Gaya (perlu latihan serius)
b) Posisi pemidato dan mikrofon
c) Gugup (pulihkan keyakinan)

Alat –alat bantu latihan:
a) Teks/kaset/cermin dan rakan-rakan karib
b) Penglibatan dalam majlis umum (spt. menjadi pengerusi majlis dsb)

Cara memulihkan darah gemuruh:
a) Aktif (gerakkan seluruh tubuh beberapa detik sebelum berpidato). Jangan sekali-kali berpidato selepas bangun dari tidur.
b) Yakin/semangat (anggap hadirin datang hendak mengambil ilmu dari kita dan jangan fikir hal yang bukan-bukan - prejudis)
c) Pengalaman

BORANG RINGKAS PENILAIAN PERIBADI PEMIDATO
Tandakan bulat pada nombor yang disediakan mengikut taraf yang dicapai dalam satu-satu pencapaian yang dicatatkan.

1) Tidak memuaskan

2) Kurang memuaskan

3) Memuaskan

4) Cukup memuaskan

5) Paling memuaskan (taraf ini adalah taraf yang ingin dicapai)
  • Suara
  • Interaksi mata
  • Perwatakan fizikal
  • Pergerakan badan
  • Isi dan hujah
  • Pengawasan masa
  • Muqaddimah dan penutup
  • Pakaian
  • Saranan kepada pendengar
  • Prestasi keseluruhan

Harapan penuh agar kita dapat memperbaiki dan berusaha ke arah sebuahkecemerlangan dan mampu melahirkan pemimpin berwibawa dan pemidato berkaliber.

Sekian, wassalam.

No comments: