Monday, January 30, 2012

Ibrah Surah Al-Kahfi [Siri 1]

Fail Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah Al-Kahfi

Alhamdulilah, baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Pengurusan Kehidupan Berteraskan Surah Al-Kahfi kendalian penceramah motivasi terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil yang dikenali melalui blognya di Saifulislam.com.

Ustaz Hasrizal memberikan pesanan perkataan 'Ibrah' yang bermaksud 'pengajaran' hanya akan memberi 'pengajaran' kepada individu apabila kita dapat mengaitkan nilai-nilai murni daripada cerita di dalam Al-quran (sebagai contoh peristiwa Ashabul Kahfi di dalam Surah Al-Kahfi) ke dalam kehidupan seharian kita. Apabila kita mampu membuat perkaitan dan menerapkan nilai murni tersebut maka kita mendapat IBRAH daripada kisah berkenaan.

Segala Puji bagi Allah, empat kisah utama di dalam Surah Al-Kahfi iaitu mengenai :

1-Kisah Pemuda Ashabul Kahfi
2-Kisah Pemilik dua kebun
3-Kisah Nabi Musa dan Khidir
4-Kisah Dzulkarnain

Kisah-kisah di atas sangat banyak cerita yang tersirat daripada yang tersurat yang ingin saya tuliskan dari semasa ke semasa. Cabaran yang paling besar ialah untuk terus istiqamah dalam menulis dan mengekalkan momentum kefahaman surah ini, jadi sekali lagi catitan yang dapat dikongsikan bersama ialah :

1-Apabila sudah berakhir program maka letakkan fail program di tempat yang mudah dicapai untuk dibelek-belek semula.

2-Buka kepada perbincangan (secara formal / tidak formal)

3-Menulis (Ini yang saya sedang amalkan)

4-Secara sedar (conscious), lihat kepada perlakuan di dalam kehidupan seharian kita yang memerlukan kita membuat keputusan/pilihan, lihat bagaimana kita membuat pertimbangan. Pilihan yang kita buat menggambarkan cara pandang kita selepas selesai program.

5-Ambil panduan daripada surah Hud :
- Membuat perubahan secara sedikit demi sedikit secara tidak melampau-lampau
- Jangan cenderung kepada orang yang zalim / ahli maksiat supaya kita tidak lemah
semangat.
- Pelihara solat
- Bersabar

6-Anggapkan 'naik turun' semangat selepas program ialah perkara biasa di dalam kehidupan.

Semoga sedikit catitan ini ialah pencetus untuk saya terus menulis untuk siri-siri berikutnya. I.allah. Wallahu'alam.

Menulis sebagai rasa cinta dan dakwah untuk Islam.








1 comment:

nurraisyah said...

congrats,teruskan menulis...nak bc sambungan program alkahfi ini....