Monday, April 28, 2008

Bebanan makin berkurang


Alhamdulillah...ana baru je keluar dari exam hall ni, terus ke makmal komputer tingkat atas ni. Saje nak mencoret sepatah dua kata, semalam kat sutera indah tak dapat line internet so tak dapat nak surf internet. Tadi exam chemistry, hari ni ada 2 paper, objektif & subjektif. Soalannya takla susah sangat, i.allah berkat usaha & tawakal doa, dapatla apa yang diimpikan. Chemistry, subject yang dipelajari sejak tingkatan 4 lagi sampaila matrik/tamhidi ni. I.allah kalau dapat aktuari utk degree ni, mungkin kertas & buku chemistry ni akan dipegang & ditatap buat kali terakhirnya jam 2 ptg tadi. Sedihla jugak lepas ni apa yang dipelajari tak ada kesinambungannya.
Semalam ana baru buat usrah dengan sahabat2 & nakib ana di masjid nilai, isu yang dibincangkan ialah mengenai exam jugak tapi menjurus kepada sifat manusia yg apabila exam je lebih namapak batang hidungnya di rumah Allah, lebih byk membuat ibadat solat hajat, tahajud qiamullail dsbg tapi keadaan mulai kembali kepada keadaan asal iaitu kepada perangai lama apabila exam selesai, mula menjauhkan diri daripada Allah. Begitulaj fitrah manusia, bila berhajat sesuatu baru ingat Tuhan tapi bila dah dapat Tuhan pun dah lupa.
Juga semalam dibincangkan mengenai isu semasa iaitu mengenai pakatan Rakyat oleh pakatan pembangkang. Apa yang diulas ialah kemenangan yg diterima oleh pakatan rakyat ini ialah satu ujian sebelum memerintah & semasa memrintah yang mana kita tengok kepada senario pihak kerajaan yg hanya timbul kesedaran utk mereka kembali mengembalikan kepercayaan rakyat setelah dilanda badai tsunami pilihanraya baru-baru ni. Bila nak tumbang baru nak mengaku kesilapan mereka. Kepada kerajaan pakatan rakyat, mereka perlu menjaga kepercayaan rakyat, menghadapi pelbagai tohmahan yang dilontarkan kepada mereka kerana itu adalah ujian buat mereka.
Juga semalam di apartmen Sutera Indah digemparkan dengan edaran & tampalan risalah 'Boikot Sutera Indah' yang dibuat oleh kumpulan yang tidak berpuas hati dengan JAKSA & pentadbiran. Apa yang ana lihat, isu2 yang diutarakan adalah mengenai ketidakpuasan hati mereka dalam menjaga kebajikan pelajar & sikap kepimpinan kolej kediaman yang bersikap 'kronisme.' Ana bimbang isu ini berpanjangan sehingga tersebar ke luar. Mungkin hari ini pihak pentadbiran dah tau mengenai hal ini & perlu ada respons & penjelasan daripada mereka kerana ''suara pelajar'' perlu ditimbangtara sebelum adanya revolusi pelajar/perkara yang lebih buruk berlaku.
Esok ada gap sehari, elokla ana membuat persediaan utk subjek matematik pada hari rabu. Then, hari jumaat english & last paper isnin depan physics. Bonda dah telefon bila nak balik, rindu ana kat family di Terengganu. I.allah selepas selesai urusan pindah & kemas barang, ziarah rumah kawan2 & lecturer, ana akan pulang tapi tak confirm lagi, tiket pun tak beli lagi. Bebanan exam dah makin kurang, menanti program2 menarik selepas exam untuk dilaksanakan.

Thursday, April 24, 2008

Ambil risiko ke nak release tension?

Berani betulla...exam ict skill lagi 23 minit sempat lagi nak mengupdate blog (anala tu)he2. Dah lama tak update blog ni walaupun kat Sutera Indah ada wireless dari Majlis Perbandaran NiLAI tapi signal tak cukup kuat nak sign in ke dalam dashboard ni. Untuk pengetahuan sahabat-sahabiah, ana sekarang sedang menghadapi final exam Tamhidi USIM semester 2. Exam start 21 April sehingga 5 May 2008. Alhamdulillah sehingga hari ni paper biologi & b.arab telah berlalu dan dapat dihadapi dengan baiknya. I.Allah doa2kanlah dapat result yang cemerlang. Memang di tamhidi ni kalau tak pulun memang sengaja mencampakkan diri ke jalan kegagalanla tu..coz kejayaan & kegagalan terletak pada usaha kita. Lepas dah usaha maka ikhtiar akhir ialah berserah kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Rasanya dah cukupla buat tatapan sementara waktu ni, ana akan cuba menyampaikan or menulis secoret kata apa yang sempat ditulis, kalau ada gambar yang menarik dari USIM akan ana uploadkan sekali. Buat sahabat yang juga sedang menghadapi peperiksaan, ma'a taufik wa najah.