Monday, March 26, 2012

MakNA Hidup Sebagai Seorang Muslim

Baru-baru ini saya berkesempatan menghadiri Seminar Muslim 2012 yang dianjurkan oleh Sinergi Training & Consultancy (STC) kendalian Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Banyak input yang menajamkan kefahaman saya memahami isi kandungan Kitab Maza Yakni Intimail Islam (Apa Ertinya Saya menganut Islam?) karangan almarhum Syeikh Fathi Yakan.

Di dalam Seminar Muslim 2012, kupasan demi kupasan oleh penceramah menerangkan secara interaktif isi kandungan bahagian pertama dan bahagian kedua kitab ini. Kitab ini saya telah biasa menggunakannya sebagai silibus usrah sejak di bangku sekolah menengah sehinggalah ke kampus namun pembaacan peribadi hanya terhad kepada limitasi kefahaman membelek helaian demi helaian.

Setelah pulang dari Seminar Muslim 2012 ini, saya dengan beberapa orang rakan telah bersepakat untuk berkongsi kefahaman daripada initipati seminar ini dengan membangunkan modul interaktif berteraskan buku kerja (workbook) Seminar Muslim 2012 yang lalu. Berbantukan buku rujukan 'Buku Pembinaan Modul' (salah satu rujukan sahaja) dan buku tulis yang khusus, idean yang mencurah datang dari semasa ke semasa dicatat demi memastikan idea untuk merealisasikan perkongsian pintar daripada Seminar Muslim 2012 ini dapat disebarluas kepada masyarakat.

Semoga usaha ini diberkati oleh Allah S.W.T. Insya-Allah.