Monday, November 25, 2013

Plan Pemasaran - Tinjauan menyeluruh sebelum spesifik

Selama hampir 8 bulan dalam jabatan pemasaran di sebuah institut pendidikan tinggi kemahiran (IPTK), banyak perkara mengenai teknik pemasaran dapat saya pelajari secara hands-on (sebenar). Kombinasi antara pengetahuan yang pernah dipelajari mengenai Business Model Canvas (BMC) yang pernah saya tulis di Blok-blok dalam model bisnes dan pengalaman di tempat kerja saya ringkaskan dalam artikel ini.

Berikut ialah pemerhatian terhadap kombinasi blok-blok dalam model bisnes terhadap IPTK yang dicerap.
BMC merupakan antara 'model semak dan imbang (check& balance)' yang baik untuk menyemak plan perniagaan kita.


Ini pula Pelan Pemasaran secara bertempoh (E.g : dua bulan sekali) secara spesifik kita lakarkan secara SMART (Spesifik,Boleh ukur,Boleh Capai, Realistik,dan Bertempoh)  penjanaan kepada Revenue Stream yang ingin kita cipta.


Pelan pemasaran bertempoh yang kita hasilkan perlu ada laporan aktiviti dan perbelanjaan di akhir tempoh akhir pelaksanaan bagi mengukut tahap keberkesanan dan satu penilaian semula (penambahbaikan dan pengukuhan) terhadap pelan pemasaran lampau dilakukan.

Friday, November 15, 2013

Tips Bijak Kewangan Untuk Graduan Baru

Idea untuk menulis artikel ini hadir setelah melihat posting status seorang rakan Facebook yang akan menamatkan pengajian universiti tidak lama lagi, antara perkara yang seorang graduan baru perlu dan mesti tahu ialah perihal menguruskan kewangan apabila mula bekerjaya.

Baiklah, ketika artikel ini ditulis, saya mengambil pengalaman saya yang hampir setahun bekerja dalam sektor swasta. Syukur kepada Allah, sebaik sahaja saya tamat pengajian saya terus mendapat peluang pekerjaan, walaupun bukan dalam bidang yang sama saya belajar namun seorang graduan baru perlu ingat, jika anda terlalu memilih pekerjaan di peringkat awal, tangga kerjaya anda akan mula lambat.

Mungkin satu artikel mengenai bagaimana mahu memulakan tangga kerjaya boleh dihasilkan. Nantikan !

Baiklah, perkara paling penting dalam menguruskan kewangan untuk seorang graduan baru (malahan pekerja yang sudah lama) ialah MENGURUSKAN ALIRAN TUNAI (CASH FLOW)


Sunday, June 2, 2013

Jalan keluar graduan menganggur - program FREE dapat ELAUN

Saya melihat banyak usaha pihak kerajaan dan swasta menjalankan pelbagai program untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan yang beratus ribu tamat pengajian setiap tahun. Program PERCUMA, dapat ELAUN pula tu ! 

#Cuma saya kesal informasi program ini 'tidak sampai' kepada sasaran mungkin kerana cara komunikasi disampaikan dan pendekatan penyampaian tidak menyeluruh.

Ini ialah salah satu program yang saya cadangkan kepada para graduan menganggur untuk keluar daripada belenggu pengangguran (GCAP)



Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah isi kandungan program ini?

Saturday, April 13, 2013

Saya Graduan Graduate Career Accelerated Program (GCAP)


Selama 6 minggu bermula 4 Mac 2013 - 10 April 2013 saya menghadiri program Graduate Career Accelerated Program (GCAP) yang dikendalikan oleh My-Partners Sdn. Bhd (Kerjasama dengan Talent Corporation Malaysia Berhad). Kursus pemantapan kemahiran insaniah (soft-skills) untuk graduan baru, graduan menganggur dan yang ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Saya hadiri kursus ini di Showme International College, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Antara modul yang dijalankan di dalam kursus ini ialah

No. of Module
Module Title
1
Mind Mapping – Global Employability Mindset
2
Economic Transformation Program & Government Transformation Program (ETP & GTP)
3
International Business English
4
Creative Thinking, Methodological Decision Making & Analytical Solving Methods
5
Up Your Service
6
Customer Interaction On Worldwide Perspective
7
International Professional Interaction System
8
Global Entrepreneur Program
9
Grooming & World Class Etiquette

Kelihatan agak membosankan bukan? Tidak, jangan salah sangka kerana mengikut pengalaman saya modul yang dijalankan sangat menarik kerana dijalankan dalam sesi penuh santai tapi penuh informasi, aktiviti indoor-outdoor (seperti Amazing Race, trip ke Pulau Kapas, kajian lapangan ke bank-bank komersil, lawatan sambil belajar ke HyperMarket seperi Giant dan Mydin dan lawatan sambil belajar ke Bank Negara Malaysia Cawangan Terengganu untuk modul pengurusan kewangan). Senang kata, saya biarkan anda melihat gambar-gambar di bawah kerana gambar boleh bercerita 1001 perkara.

Friday, March 8, 2013

Tajamkan mata hati dengan Ilmu percuma


Kemudahan untuk mendapatkan akses internet dimana-mana membolehkan kita mempelajari ilmu-ilmu bermanfaat dimana-mana sahaja. Radio atas talian secara live-streaming sebagai contoh diterangkan di sini.

Ilmu untuk dakwah secara kreatif oleh Ustaz Syed Kadir Al-Jofree

Ilmu makeover personaliti muslim oleh Ustazah Nurhafizah Musa

Ilmu ekonomi, rumahtangga, dan sebagainya

Perlu dibayar ke untuk mendapatkan semua ilmu ini? Tidak ! Mudah untuk diperolehi dan percuma setiap masa !

Mata hati kita tidak berfungsi kerana telah diselimuti oleh dosa-dosa yang kita lakukan secara sengaja dan tidak sengaja setiap hari. Bagaimana untuk menajamkan mata hati kita semula?

Tuntutlah ilmu, beristighfarlah, semoga Allah menurunkan nur hidayah-Nya ke dalam hati kita.

Wallahualam

Tuesday, February 5, 2013

Memahami Ruang Lingkup SME

Small Medium Enterprise (SME) atau Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) merupakan komuniti perniagaan yang melata di Malaysia selain daripada bekerja makan gaji di badan kerajaan.

Definisi daripada laman sesawang http://www.smecorp.gov.my/v4/node/302?language=ms (akses pada 5 Februari 2013) ialah


Definisi PKS