Tuesday, June 24, 2008

Perjuangan bersambung kembali


Mungkin pelik bagi yg melihat gambar di atas..apa pekdahnya letak gambar ni,ish3..sebenarnya ni adalah antara gambar kenangan terakhir di makmal biologi Pusat Tamhidi USIM. Di peringkat tamhidilah menjadi tempat terakhir ana menjejakkan kaki kali terakhir dalam makmal. Selepas ini di peringkat ijazah, angka akan menjadi sahabat setia menemani ana selama 4 tahun pengajian.

Ramai yang skeptikal termasukla ibu bapa & family ana sendiri, ''bakpela mung ambik ijazah sains aktuari & pengurusan risiko ni?'' ''Dahla pelik2 doh bunyinya, mung nak kerja menda kekgi, wak business? insurans?Toksoh bengla lerni orang nak kerja kerajaan belaka...'' Ayat-ayat seterusnya tak dapat ditulis kerana ayat tersebut kekadang boleh meluluhkan jiwa, kekadang meningkatkan motivasi.

Entahla..ibu bapa zaman sekarang lebih suka anak-anak mereka mengikut kehendak apa yang mereka impikan. Apabila anak-anak itu mempunyai cita-cita sendiri, ibu bapa sering memandang enteng terhadap keputusan anak mereka, seolah-olah keputusan itu salah.
Ana memetik kata-kata Sayidina Umar Al-Khattab :

''Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau.''

Bila ana kemukakan quote di atas bukanlah bermaksud nak menyalahkan family ana, dioragla yang banyak bagi support masa ana studi di USIM masa tamhidi tapi mintala agar diorang faham kehendak hati anak mereka, kekadang sukar untuk dibawa bicara sesuatu yang baru/asing didengar pada keluarga kita tapi kita faham untuk diri sendiri. I.allah ana sebenarnya ada planning sendiri untuk peringkat ijazah ni, walaupun asalnya bukanlah sampai bercita-cita untuk menggapai gelaran Pakar Aktuari, tetapi melihatkan kepada keadaan semasa dunia, ana berminat untuk meneliti aspek analisis ekonomi, statistik & kewangan. Walaupun bidang memerlukan kemahiran matematik yang tinggi & ana tak mencapai tahap tu, tapi Puan Fatimah (Guru Matematik Tamhidi) memberi galakan penuh agar pelajar Melayu Islam sekarang berani menceburinya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, betul tak?

HU3...pakai lab kot buat kali terakhir di Tamhidi...lepas ni kalo budak2 foodtech ajak masuk makmal bolehla nak pakai balik...takpun apply jadi pembantu makmal untuk budak Tamhidi, best gak tu.

Tuesday, June 17, 2008

FAMILY USIM-PERNIM



Lagu Tema bagi dua't PERNIM

Bagi yang ke PERNIM, lagu ini cukup sinonim dengan mama, ketika mama bagi taklimat, lagu ini berkumandang, amat menyentuh hati bagi sesiapa yang mendengarnya. Wahai manusia yang masih mempunyai hati, hulurkan bantuan semampu kita kepada golongan yang kurang bernasib baik....kepada dua't PERNIM, misi kita masih belum selesai, persiapkan diri sekalian untuk kita sama-sama bekerja pada masa hadapan..

video

Berbumbungkan angkasa kelabu
Lantainya bumi retak seribu

Setiap langkah perjalananmu
Beronak berliku

Betapa berat mata memandang
Berat bahu menggalas bebanan
Belum sempat menitis ke pipi
Tangisan kering sendiri

(Korus)
Berkali tersungkur
Pandanganmu kabur
Namun azam meneruskan hidup
Tak pernah luntur

Engkaulah perwira
Di medan derita
Merentasi ranjau kehidupan
Dengan harapan

Luahan rasa derita jiwa
Pada wajah tiada rahsia
Menunggu malang berganti tuah
Usah kau berputus asa
Kaulah wira

(Ulang korus)

Monday, June 16, 2008

XPDC Dakwah ke PERNIM

Selama seminggu (8-14 Jun 2008) pelajar USIM daripada pelbagai fakulti yang mengorbankan waktu cuti masing-masing berkampung di Kem PLKN Jugra Banting Selangor untuk mempelajari teori sebagai pendakwah muda. Pelbagai input, modus operandi & pendekatan dilengkapkan kepada bakal pendakwah muda daripada batch 1 program Perkaderan Pendakwah Muda Sekteriat Pendakwah Muda (spmm) USIM di bawah seliaan Dr. Rushdan Jailani (Pensyarah FKP) & En. Syafful (Pegawai di canselori).

Setelah 3 hari berteori di kem, para pendakwah muda diagihkan ke tempat-tempat dakwah seperti Persatuan Kebajikan Anak Pesakit HIV/AIDS Nurul Iman Malaysia (PERNIM), Darul Sa’adah (Pusat Bimbingan Wanita Bermasalah, Batu Caves), Rumah Anak-anak yatim Puchong & PERKID untuk mempraktikkan teori yang dipelajari selama 4 hari. Ana telah dihantar untuk XPDC Dakwah ke PERNIM. Sahabat-sahabiah berikut telah sama-sama dalam xpdc dakwah ini :

Pengiring : Ustaz Najaa
Ketua : Mohd Afifuddin b. Esham
Penolong : Raudhah Arshad
Setiausaha : Daing Muhamad Fadzil B. Abd Latif
Pen.Setiausaha : Norjanah Ramli
Bendahari : Mohamad Amir Sufi b. Mohd Kamil

Biro Makanan :
1. Ahmad Norfazareez b. Mohd Fauzi
2. Norain Arshad

Biro Pengisian :
1. Umar Mukhtar Bin Mohd Noor
2. Kamiliah Eiddiah Mahamad

Biro Keselamatan & kebajikan :
1. Mohd Afif b. Zulkifly
2. Siti Khadijah bt. Mohd Fuad

Biro Tugas-tugas khas :
Wan Mohd Rasyadan b. Wan Hussi
Mohd Hazimin b. Harun
Noor Humaidah Bte Awang Kechek
Siti Hajar Kamarudin
Raihan Atiqullah

Profail PERNIM :

PERNIM
Lot 46 Jalan 47, Bukit C,
Kampung Cheras Baru,
56100 Kuala Lumpur
(u.p: Hjh Norlina Alawi)
Tel: 03-42950775, hp: 017-8860208
Fax: 03:42951079
Email:
norlina_pernim@yahoo.com
Website : www.pernim.com

Penyelia suka dipanggil mama & papa
Penghuni seramai 42 orang
Umur dalam lingkungan bayi 1 ½ tahun - remaja 19 tahun

Umur 8 tahun ke bawah – 11 orang
8-17 tahun – 29 orang lebih
Bilangan penghuni lelaki & perempuan seimbang
Pesakit HIV – 4 orang (2 di hospital kritikal, 2 di rumah)
Sek. Men – 4 orang, Bayi – 5 orang, 29 sek. Rendah + prasekolah

Latarbelakang penghuni :
Anak terbuang, anak pungutan, HIV, anak pelacur, anak yang diambil daripada gereja kristian
Mempunyai program harian yang teratur
Amat patuh kepada mama kerana rasa takut & hormat
Semua penghuni dilatih seperti adik beradik
Abang-abang yang tua diibarat warden & pengasuh kepada adik-adik muda
Adik-adik kecil yang sesetenganhnya mempunyai potensi yang besar

Matlamat dakwah :-

Mengajar ilmu kehidupan – ilmu mengurus diri, adab-adab kehidupan

seorang muslim,masak, memperbaiki amali & bacaan fardu ain

Aktiviti yang dijalankan :

11 Jun 2008 (Rabu)
8.30 pagi Bertolak ke PERNIM daripada Kem Jugra
11.30 pagi Sampai di PERNIM
12.00 Tgh hari Taklimat daripada Pn. Hjh Norlina Alawi
1.30 petang Solat Zohor / makan tengahari
2.00 petang Taaruf / khidmat di rumah (Program Pembersihan rumah Khidmat di

Pusat KAFA / Kunjungan ke hospital wakil lelaki
4.30 petang Solat asar
5.00 petang Sambung pembersihan rumah & gotong royong
7.00 malam Solat maghrib berjemaah / tadarus al-quran / sambungan taaruf
9.00 malam Membantu penghuni rumah dalam kerja-kerja sekolah
1.00 pagi Post mortem / Himpun Daya

12 Jun 2008 (Khamis)

5.30 pagi Solat subuh
7.00 pagi Kendiri penghuni / Sarapan

7.30 pagi Gotong-royong mengemaskan rumah
1.00 petang Solat zohor berjemaah / makan tengahari
2.00 petang Khidmat di Pusat KAFA / Kunjungan ke Hospital
6.00 petang Tayangan video / permainan / latihan azan dan iqamat
7.15 petang Solat Maghrib berjemaah / Motivasi (Kuliyyah maghrib) / Tadarus al-quran
8.45 malam Solat Isyak berjemaah
9.00 malam Membantu penghuni rumah dalam kerja-kerja sekolah
12.30 malam Post Mortem / Himpun Daya

13 Jun 2008 ( Jumaat)
5.30 pagi Solat subuh berjemaah
6.45 pagi Penghuni bersiap untuk ke sekolah / sarapan
8.00 pagi Bergotong-royong bersih stor dapur / bahagian rumah naim taraf /

persediaan masak tengahari
12.00 tghariBersiap untuk solat jumaat
2.00 ptg Menghantar penghuni ke sekolah rendah
2.30 ptg Kunjungan daripada wakil USIM (Ustaz Najad & En. Syafful)
4.00 petang Membeli barangan jamuan untuk majlis penutup
6.00 petang Majlis beramah mesra wakil USIM & penghuni PERNIM
7.15 malam Solat maghrib / Kuliyah maghrib oleh Ustaz Najad

Penghuni bersiap untuk ke kelas tuisyen
9.00 malam Solat isyak berjemaah / Tayangan video untuk adik-adik kecil PERNIM
11.00 malam Penghuni pulang ke rumah / Himpun day

14 Jun 2008 (Sabtu)
5.30 pagi Solat subuh berjemaah
6.30 pagi Praktis amali solat
7.30 pagi Bergotong-royong membersih rumah / kendiri / Tae-kwon-do
1.30 petang Solat zohor berjemaah / Persediaan Majlis Penutup

2.30 petang Majlis Penutup
4.00 petang Bertolak pulang ke USIM

8.00 malam Analisa dakwah / taklimat program masa hadapan

10.30 malam Salam wida'

video

Saturday, June 7, 2008

Experience is the best teacher....

Alhamdulillah..semalam baru je ana balik daripada Rusila selepas mengendalikan Mini Karnival Waja anjuran Jabatan Pembangunan Remaja Terengganu. Pengalaman melibatkan diri dalam mesyuarat penyelarasan, sebalik tabir (urus poster, persiapan tempat pasang kanopi, bukak gerai, jadi urusetia pendaftaran semua kawasan negeri), ceramah umum, kutip dana, teknikal. dan postmortem memberi pengalaman berharga mengenai jerih payah apabila kita mengendalikan sesuatu program.

Sememangnya kita perlu berkorban dari segi wang ringgit, tenaga, & masa yang kita ada untuk membangunkan diri melalui pengisian program seumpama ini. Pengalaman seumpama ini mengajar kita supaya apabila kita dalam kesusahan kita ada cara untuk survival tidaklah kita terkontang-kanting apabila ditimpa susah.

Tahniah kepada Ust. Alga, abg aeman & kepada semua jawatnkuasa yang mengendalikan Mini Karnival Waja pada kali ini. Ini mungkin program terakhir bagi ana di Terengganu (dah tak ada di bumi Terengganu) kerana selepas ini ana dah sibuk untuk persiapan ke USIM bagi menerusakan perjuangan di peringkat Ijazah. Chaiyok bagi abg aeman yang menyimpan cita-cita untuk menjadi Exco Belia sukan negeri Terengganu, realisasikan hasrat itu supaya selepas ini pihak JPR dapat menganjurkan Karnival Waja yang lebih berprestij di negeri Terengganu.

Setakat tu je la kot..malam ni ana akan bertolak ke kampus untuk menghadiri program Perkaderan Pendakwah Muda USIM anjuran Canselori USIM selama seminggu (8-15hb) maybe seminggu la takde posting pun, anyway after the program i will post interesting stories potraying the incidences in the program.

Maaf untuk posting kali ni takde gambar nak diupload because my sister had remove all the picture from my laptop ni (HU2...dia dah burn dalam CD )..ok..wassalam...

Sunday, June 1, 2008

Sempena mini Karnival Waja...

Pengalaman di KPRI Lata Belatan


Kunjungan pertama kali ke Lata Belatan di Besut untuk Kem Perkaderan Remaja Islam (KPRI) kali ke 2 menelusurkan kalimah ''Subhanallah'' di bibir ana kerana terkesima akan kecantikan tempat itu. Melihat derusan air terjun merasakn rasa ''geram'' di hati, membuak-buak di hati untuk terus terjun tetatpi mekirkan taklif dlm KPRI sebagai urusetia ICT menahan diri untuk menyempurnakan dahulu amanah yang diberi.

Sebagai pemula cerita di KPRI, ana ditaklifkan sebagai urusetia namun setelah berlaku ketidakcukupan fasi terpaksalah ana memikul 2 tanggungjawab serentak namun perkara itu bagi pemuda islam yang telah ditarbiyah tidak menganggap sebagai bebanan namun akan diterima sebagai takdir Allah & peluang yang mengajar kita untuk bersedia dengan pelbagai kemungkinan. Ana pun telah bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Memang mencatat rekod, kebiasaannya memang dalam sesuatu program peserta muslimat akan mendominasi tetapi dalam KPRI kali ini peserta muslimat mendominasi 2/3 daripada keseluruhan peserta. Sebab itulah berlakunya kekurangan fasi muslimin yang pada mulanya dijangka dalam mesyuarat tidak akan berlaku tapi takdirullah mengkehendaki segalanya. Akibatnya seorang fasi muslimin terpaksa menerima puratanya 10 orang muslimin bagi setiap kumpulan. Peserta KPRI biasanya ialah peserta yang kita hasratkan untuk dikaderkan bagi tenaga pemuda/i bagi masa depan. Ada yang pernah menerima tarbiyah & ada yang bermula dari kosong. Memang kebayakannya datang dari kampung dengan pelbagai pakaian & 1001 perangai. Umur diorang dari 18-26, ada jugak segelintir yg muda, sangkaan kita hanya disasarkan untuk lepasan spm namun ada yang lebih umur.



Bagi ana, bergaul dengan peserta yang lebih tua & tidak pernah ditarbiyah pada mulanyaa menimbulkan sedikit masalah kerana jurang perbezaan umur namun berkat perbincangan fasi-fasi yang lebih senior, ana dapat membawa kumpulan ana dengan baik. Pelbagai pengisian dibuat ala-ala PLKN yang penuh manfaat. Qiamullail. Kuliyah agama gabungan sains, aktiviti LDK, jungle trekking, persembahan malam kesenian & lain-lain memang tidak membosankan. Tambahan pula ana dapat berjumpa dengan sahabat-sahabat yang telah lama putus contact & bersahabat dengan fasi dari pelbagai universiti yang diorang memang mantap, Perkongsian ilmu yang ana dapat daripada diorang merasakan diri ini masih jahil & perlu lagi bimbingan pada masa hadapan.

Pada hari akhir dibuat jungle trekking..memang 1 pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Majlis berakhir pada waktu petang dengan majlis penyampaian hadiah & doa wehdah. Tak lama lagi ada mini karnival waja & program perkaderan pendakwah muda USIM, memang padat cuti ini & bagi ana ini sungguh menyeronokkan!! Nantikan cerita berikutnya...