Top Commenters

Powered by Blogger Widgets

فذكر فان الذكرى تنفع للمؤمنين

Thursday, January 28, 2010

Sudut Pidato : Bersediakah kita? Jom berubah !

1 Comments

Sumber : UtusanOnline.com


UM dah start, USIM bila lagi? Sekretariat Pendakwah Muda (SPMM) dah merintis tahun lepas di Foyer FKP, MPP USIM dah mulakan di dalam Karnival Mahasiswa (Karsis'09) tapi tak mendapat sambutan. Adakah ini petanda mereka gagal? TIDAK SAMA SEKALI !!

Sebenarnya ini hanya usaha merintis yang akan diteruskan akan datang, pola 'pemikiran' mahasiswa/i USIM perlu dibaca untuk membaca 'selera' & 'pemikiran' mereka. USIM memerlukan pola & acuan sendiri dalam menengahkan "Speaking Corner" yang beracuankan integrasi keperluan intelektual mahasiswa/i itu sendiri.

Speking corner BUKAN medan menghentam kerajaan, BUKAN medan "meluahkan" rasa tidak puas hati kepada sesiapa, TETAPI, ini ialah medan MAHASISWA/I mempelopori agenda NEGARAWAN TARBIYAH yang bakal mencorakkan pemikiran umat di kampus & suara mereka akan bergema seantero kampus & luar kampus.

MAHASISWA MEMIMPIN PERUBAHAN !!

Read More...

Monday, January 25, 2010

IPT disaran tubuh Parlimen Mahasiswa

0 Comments

ARKIB : 19/01/2010 (UtusanOnline)

KOTA KINABALU 18 Jan. – Institusi pengajian tinggi tempatan disaran menubuhkan Parlimen Mahasiswa sebagai platform untuk golongan itu mengutarakan pandangan berhubung isu-isu semasa dan berkaitan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebagai landasan terbaik untuk mahasiswa bersuara, setiap universiti perlu mempunyai model Parlimen Mahasiswa sendiri.

“Setakat ini, belum ada yang menubuhkan Parlimen Mahasiswa, tetapi beberapa buah universiti diketahui dalam proses ke arah itu.

“Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan yang pertama akan melancarkan Parlimen Mahasiswa pada Februari ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Wacana Ilmu Ke Arah Pemantapan Pelajar di Dewan Teater Tun Hamdan, Yayasan Sabah di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum ini, proses menyalurkan pendapat dilakukan melalui Majlis Perwakilan Pelajar atau persatuan, tetapi ia kurang berkesan dalam mewakili suara mahasiswa.

Sementara itu, Saifuddin turut meminta pihak pentadbiran universiti agar tidak memperlekeh dan mengetepikan pandangan mahasiswa berhubung sesuatu isu kerana ia boleh menyekat budaya intelektualisme.

Beliau berkata, tindakan itu juga akan mengekang usaha menyuburkan minda dan memberi pendedahan kepada mahasiswa agar lebih berani bersuara.

“Perkara ini perlu dihentikan. Kita tidak mahu mahasiswa berasa dikongkong, diperkecil atau dianggap seperti budak-budak.

“Kita mesti mengiktiraf suara mereka,” katanya.

Saifuddin berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai tindakan segelintir pemimpin dan pensyarah universiti yang mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekehkan pandangan mahasiswa.

Katanya, golongan mahasiswa seharusnya diberi pendedahan dan peranan untuk mengemuka idea-idea baru.

Mengenai rancangan untuk menaik taraf tiga daripada 32 politeknik di seluruh negara menjadi universiti pada tahun ini, beliau memberitahu, perkara itu masih dalam proses pemilihan.

Read More...

Saturday, December 26, 2009

Bertengkar dengan Hawa Nafsu Sendiri

2 Comments



Memetik penulisan daripada buku karangan Al-Syahid Sayyid Qutb Abu’l A’la Al-Maududi di dalam buku karangannya “MANHAJ HIDUP MUSLIM,” mengenai kepentingan pengetahuan ;

“Saudara-saudara!, Pada pengetahuan inilah, yang sekarang sedang saya jelaskan pentingnya, tergantung dapat tidaknya anda & anak-anak anda menjadi orang-orang Muslim & hidup sebagai orang-orang Muslim untuk seterusnya.Ini bukanlah hal yang remeh yang boleh anda abaikan. Anda selalu bersikap penuh perhatian dalam mengerjakan sawah lading anda, mengairi & melindungi tanaman-tanaman anda, member makan ternak anda & mengerjakanpekerjaan-pekerjaan yang menyangkut mata-pencarian anda yang lain. Kerana, bila anda tidak bekerja dengan penuh perhatian, anda pasti akan kelaparan dan kehilangan sesuatu yang sangat berharga bagi anda, yakni nyawa anda.

"Maka, kenapa anda tidak bersikap serius & bersungguh-sungguh dalam mencari pengetahuan yang pada pengetahuan inilah tergantung dapat tidaknya anda disebut seorang Muslim & hidup seterusnya sebagai seorang muslim. Bukankah bila anda tidak serius dan bersungguh-sungguh, anda boleh diancam bahaya kehilangan sesuatu yang sangat berharga, yakni iman? Bukankah iman lebih berharga daripada hidup? Dari sekian banyak waktu yang anda habiskan untuk bekerja demi hidup anda, tidak dapatkah anda menyisihkan sepersepuluh daripadanya untuk hal-hal yang dapat melindungi iman anda?”

“Saya tidak mengatakan bahawa setiap orang dari anda semua harus menjadi seorang ‘ulama, membaca kitab-kitab yang tebal & menghabiskan waktu sepuluh atau belasan tahun untuk usaha tersebut. Anda tidak perlu membaca kitab yang tebal-tebal untuk menjadi seorang Muslim. Saya hanya menghendaki bahawa setiap orang dari abda menyediakan waktu satu jam saja dari 24 jam yang anda miliki dalam sehari semalam untuk mmpelajari pengetahuan tentang AL-DIN. Itulah waktu paling sedikit yang harus disediakan oleh setiap orang Muslim, baik pemuda, orang dewasa maupun yang sudah lanjut usia.”

PANDANG SISI BLOGGER

Apabila kita menyebut istilah mahasiswa, budaya intelekual sepatutnya begitu sinonim dengan mereka. Mengkaji, mentafsir, member komentar sepatutnya mendarah daging dalam diri insane berhelar mahasiswa. Sekarang semua mahasiswa sudah bermula dengan semester baru, keputusan semester lepas sudah diterima, mendepani semester baru dengan subjek-subjek yang lebih mencabar sepatutnya menjadi ‘keseronokan,’ kerana selain daripada ia satu tanggungjawab, ini ialah peranan kita sebagai jurubicara ummah untuk mencari ‘mutiara-mutiara ilmu’membangunkan masyarakat yang sudah sekian lama diselimuti budaya hedonism dan mistik yang melampau-melampau.

Para pendakwah muda berperanan dalam ‘mengharnonikan dan membersihkan’ pemikiran masyarakat melalui wasilah-wasilah da’wah yang terbentang luas sekarang. Medium penulisan, media baru seperti blog, facebook, myspace, twitter menjadi ‘senjata’ yang paling ampuh untuk mengubah pemikiran masyarakat dasawarsa ini. Fobia terhadap menulis, memberi komentar, dan mengeluarkan hujah-hujah berpandukan wahyu ilahi perlu dikikis kerana itu semua MUSUH KITA. Melakukan muwajahah silmiyyah (berhadapan dengan baik) dengan NAFSU DIRI boleh diumpamakan meletakkan kepala di dalam mulut haiwan buas.

Maka, tidak dapat tidak “perang” perlu diisyhtiharkan terhadapa Syaitan Laktanullah dan kuncu-kuncunya supaya kita tidak diperkudakan mereka. Pemerkasaan di dalam pengetahuan menjadikan kita hampir kepada Allah dan menjadi orang yang bertaqwa. Allah menyebut di dalam kitab-Nya di dalam surah Al-Hujurat : Ayat 13.

“..Sesungguhnya orang yang paling mulia antaramu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu..”

Read More...

Saturday, December 5, 2009

TIPS MUDAH PRAKTIS DA’WAH DI KAMPUS

1 Comments


I.allah pada posting kali ini ana nak berkongsi dgn para pengunjung blog ini dgn bbrp tips menarik bagaiman senangnya nak jalankan kerja yg kita warisi drpd para Nabi ni. Of course ruang lingkup posting kali ini boleh diguna bukan sahaja di kampus, tp juga di sekolah, pejabat dan etc.

DALAM & LUAR KAMPUS
Senyum & sebarkan salam antara kita, pensyarah, staff, cleaner, jurujual etc.
(Salam sbg penambat hati, mudah nak berkenal2an dgn mad’u).

DALAM KULIYAH / KELAS
1. Buat slot tazkirah berkala, tengok mana2 masa kosong, (at least sekali dlm seminggu) kita ke hadapan, perdengarkan sedikit sbyk peringatan sesame kita
2. Copy mana2 artikel berunsur da’wah dlm internet (boleh juga berkala iatu ikut hari2 kebesaran Islam) pastekan, design sket2 jd menarik (simple pun boleh), phototastkan dlm bentuk mini magazine, & bahagi2kan kpd kenkwan & pensyarah.
3. Pasang video2 Islamik sblm lecturer masuk (selingan)
4. Lantik ketua / wakil utk baca doa sebelum start kuliyah.


DALAM MESYUARAT / DISKUSI ILMU
1. Lantik mana2 ahli mesyuarat utk bagi tazkirah /pengisian rohani yg ringkas (5 minit pun cukup) sebelum start mesyuarat.
2. Terangkan adab2 dlm bermesyuarat etc.


KOLEJ KEDIAMAN / ASRAMA
1. Pasang ceramah agama / bacaan alquran kuat2 (hu3)
2. Gunakan mikrofon di kolej kediaman (dgn kbnr ajk asrama) utk buat pengumuman
galakkan para penghuni turun solat berjemaah /mengetuai bacaan doa tidur jam 11pm.
3. Ziarah rumah ke rumah sbg tanda silaturrahim
4. Buat liqo’ utk bacaan almulk (sblm tidur)
5. Buat jer tazkirah kat surau tu, bukan ad org marah pun.
6. Hidupkan suasana “mengizzahkan” Islam dgn pemakaian serban, jubah (bagi lelaki..ala, kat kampus tak boleh, so kita bolehla pakai kat kolej kediaman.




PENGHUNI RUMAH SEWA?
1. Pergila surau2 rukun tetangga yg berdekatan. Tunjukkan sikit kita ni mahasiwa Islam
kpd m’kat.
2. Hidupkan solat berjemaah di dlm rumah sewa tu.
3. Buat liqo’ baca almulk, baca matsurat etc.

Ini la sedikit sebanyak petua & pengalaman semasa sekolah menengah,tamhidi dll yg an harap boleh kita amalkan sbg bukti cinta kita kpd Islam & tanda kita suka kpd biah solehah dlm mbentuk individu muslim, & masyarakat muslim di kampus kita.

Bisikan nurani...
Rindu suasana biah Islam di sekolah menengah dulu? Aku dah berubah @ persekitaran berubah ??

Read More...

Sunday, November 29, 2009

Apabila agama menjadi asing di kalangan manusiawi

9 Comments



Sedih, hiba & rasa ingin membantu..inilah perkataan pertama yang terpacul di mulut ini apabila mengenang episod ketika dalam perjalanan pulang daripada bumi Nilai ke Bandar Kuala Terengganu. Ana pulang ke kampung pada pagi 28Nov.09, walaupun terpakssa berhari raya di bumi Nilai namun rasa bertuah kerana Allah memberi masa kpd seorang daie utk mendekati mad’unya.

Malam raya aidil adha di Bumi Nilai

Alhamdulilah, setelah pulang daripada Masjid Bandar Baru Nilai, terdetik di hati ini utk membuat pergi ke FunFair Park berdekatan dgn Kolej Kediaman yg ana tinggal. Bukan utk pergi berseronok tapi ingin mendekati mad’u yg jauh dari rahmat & kasih saying Allah. Tepat jam 11malam, ana menaiki ‘kuda perang biru’ berpakaian jeans+ t-shirt hitam+jaket hitam utk ke sana. Walaupun pada malam raya aidiladha,suasana di funfairpark seperti malam2 biasa, walaupun tidak ramai seperti malam2 lain, tapi ana rasa sedih melihat orang Melayu-Islam mbwa keluarga masing2. Ana tak sempat berbual dgn operator yg mengendalikan funfair itu, kerana mungkin mlm itu sekadar ingin menjenguk & merancang utk strategi dakwah fardiah akn datang.


Malam pulang ke bumi Terengganu

Walaupun dalam suasana kehujanan, perjalanan ana ke KTM Nilai berjalan lancar, ketika menaiki tren, ana mencuba kaedah dakwah yg pernah digunakan Us.Hasnan Kasan dr[d UKM, iaitulah membacakan ayat2 suci alquran, ternyatalah org awam did lm masyarkat kita berasa ganjil dgn perlakuan ini.Masih lagi rasa tidak segan silu utk mbuat maksiat walaupun mdengar ayat2 Allah. Mungkin hati yang hitam tidak memasukkan nur ilahi ked lm sanubari mereke. Moga2 Allah membuka pintu hati mereka.

Apabila sampai di Terminal 1 Seremban,azan maghrib berkumandang..maka ana perlu solat dahulu sebelum menaiki bas. Terasa diri ini begitu kecil di hadapan Allah, apabila ana cuba bertanya kepada 2 orang brother yg sedang lepak di situ (Indon rasanya) mgenai kedudukan surau berhampiran (walaupun kita dah tau, saje test) mereka nampak begitu ‘gelabah’ sprt mmg tidak diketahui di mana rumah Allah yg terhampir dgn mereka.

Kisah Ekslusif ‘Call Girl’ di TV1

Ini yg baru ana tonton di TV1, ana mmg begitu kagum akn pendekatan wartawan siri Ekslusif1 utk mdekati mad’u yg bagi pandangan mata kita sbg da’ie amat hina & mmg tak perlu utk di islahkan. Bagi wartawan ini bjaya mendekati golongan pelacur yg rata2nya mereka ialah golongan berpendidikan tinggi & fresh graduate ttp akibat mengejar habuan duniawi, mereka sanggup mengorbankan maruah diri. Pendekatan ‘penyamaran’ ini mungkin boleh diguna pakai kpd para daie dlm mengenal pasti the real problems bagi mad’u sebegini. Kemudian strategi dakwah perlu dirangka sbg tanda kita prihatin kpd mereka.

Inilah secebis kisah yg ana rasa perlu ana kongsi bersama rakan2 pendakwah yg lain, bagi ana selagi mana syahadah yg kita ucap kita terus percaya, marilah kita tekadkan did lm hati utk mengislah & berdakwah bukan sahaja golongan yg telah “baik-baik” tetapi ingatlah sesungguhnya masyarakat yg berkecamuk dlm masalah social sekarang mmerlukan para daie utk mengubah kepada perkara kebaikan & mberi sinar yg tiada dlm hidup mereka…itulah kehidupan berTuhan & cahaya Hidayah dlm berdakwah.

Read More...

Monday, November 16, 2009

WEHDAH'09

4 Comments


(Klik untuk paparan lebih besar)


(klik untuk paparan lebih besar)

PENGISIAN UTAMA DI DALAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

TARIKH : 23-25 NOVEMBER 2009

TEMPAT : KAMPUS USIM NILAI,NEGERI SEMBILAN

TARIKH : 23 NOVEMBER 2009

MASA: 9.00 PAGI
SLOT : UCAPTAMA WEHDAH'09
TEMPAT : DKP 3 & 4
OLEH : DR. MOHD FARID B.MOHD SHAHRAN (TIMBALAN DEKAN, FAKULTI ILMU PENGETAHUAN BERTERASKAN WAHYU UIAM)

MASA: 11.00 PAGI
SLOT : WACANA 1
TEMA : SIKAP SOSIAL
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA :
1. KESEDARAN BERDAKWAH
2. CABARAN : MEHNAH & TRIBULASI BERDAKWAH
3. PERSIAPAN PARA PENDAKWAH MUDA

PEMBENTANG DI DKP3 :
1. DR. KAMIL IBRAHIM - PENGARAH KAMPUS UITM SEGAMAT
2. UST WAN AMINURASH - PEGAWAI PUSAT ISLAM UPM
3. IR. DR. MUHAMAD FUAD – TIMBALAN PRESIDEN MACMA

PEMBENTANG DI DKP4 :
1. UST. KAMARUL ZAMAN NOOR MOHAMED-PANEL PENDAKWAH JAIS
2. PN. ROSMAWATI ZAINAL-PENGARAH PUSAT BIMBINGAN RAUDHATUS SAKINAH
3. UST ABD HARIS BAIN- PENGARAH WAMY

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : WACANA 2
TEMA : STRATEGI DAKWAH
PEMBENTANGAN KERTAS KERJA :
1. RASULULLAH SEBAGAI SURI TELADAN : MANHAJ & STRATEGI DAKWAH RASULULLAH
2. DAKWAH KONTEMPORARI / DAKWAH BIL HAL
3. KESATUAN DALAM USAHA GERAKAN

PEMBENTANG DI DKP3 :
1. XIFU NASIR - PENSYARAH UIA
2. UST. PAHROL MOHAMAD JUOI- KETUA EDITOR SOLUSI
3. DR MOHD RUMAIZUDDIN GHAZALI - PENSYARAH USIM

PEMBENTANG DI DKP4
1. UST. ZAKARIA OTHMAN - PEGAWAI KHAS KETUA PENGARAH JAKIM
2. SDR. MOHD FAIZAL MUSA (FAISAL TEHRANI)-PEMENANG ANUGERAH SENI NEGARA 2008
3. UST. NIK MOHD NIZAM NASIR
- KETUA UNIT PENYELARASAN PERPADUAN PERKIM KEBANGSAAN

MASA: 8.30 MALAM
SLOT : FORUM
TAJUK : GENERASI MUDA MENJANA TRANSFORMASI UMMAH
TEMPAT : DKP 3 & 4
AHLI PANEL :
1. DATO’ HAJI MOHD NAKHAIE AHMAD
- MANTAN PENGARAH YADIM
2. DR. HARLINA HJ.SIRAJ
- PERUNDING KANAN O & G UKM
3. UST. KALAM MAZAD
- PENOLONG PENGARAH BAHAGIAN DAKWAH JAKIM


TARIKH : 24 NOVEMBER 2009

MASA : 9.00 PAGI
SLOT : ESQ PREVIEW TRAINING
TEMPAT : DKP 3 & 4

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : BENGKEL 1 (DISKUSI TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH UNDANG-UNDANG

MASA : 2.30 PETANG
SLOT : BENGKEL 2 (PEMBENTANGAN TOPIK WACANA 1 & 2)
TEMPAT : DEWAN KULIYAH SEDERHANA FSU

MASA : 5.00 PETANG
SLOT : MESYUARAT PERWAKILAN MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR [PENUBUHAN URUSETIA SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)]
TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN

MASA : 8.30 MALAM
SLOT : PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH & RESOLUSI
TAJUK : PERKONGSIAN DAKWAH KAMPUS
TEMPAT : DKP 3 & 4


TARIKH : 25 NOVEMBER 2009

MASA : 8.30 PAGI
SLOT : RUMUSAN / PEMBENTANGAN RESOLUSI KESELURUHAN WEHDAH’09
TEMPAT : DKP 3 & 4

MASA : 9.00 PAGI
SLOT : WACANA KHAS
TAJUK : CABARAN MISSIONARY KRISTIAN DI MALAYSIA
PENCERAMAH : BRO. SHAHKIRIT KALKULAL GOVINDJI

MASA : 11.00 PAGI
SLOT : MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH'09
OLEH : YB MENTERI PENGAJIAN TINGGI


TENTATIF PROGRAM KONVENSYEN PENDAKWAH MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN (WEHDAH’09)

MASA : 22-25 NOVEMBER 2009 (AHAD-RABU)

ANJURAN SEKRETARIAT PENDAKWAH MUDA MALAYSIA (SPMM)
&
KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA (KPTM)


22 NOVEMBER 09 (AHAD)
12.00-6.30 PETANG - KETIBAAN PARA PESERTA WEHDAH’09 & PENDAFTARAN (SUTERA & ACACIA)
6.30-8.00 MALAM - MAKAN MALAM
8.00 - 12.00 MALAM -TAKLIMAT URUSETIA & PESERTA WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)

23 NOVEMBER 09 (ISNIN)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - UCAPTAMA WEHDAH’09 (DKP3)
11.00-1.00 TGHRI - WACANA 1 (DKP3 & DKP4)
1.00-2.00 PTG -MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZUHUR
2.30-4.30 PTG - WACANA 2(DKP3&4)
4.30-5.00 PTG - MINUM PTG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 PTG - REHAT
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM - FORUM WEHDAH’09 (DKP3 & DKP4)
11..00-12.00 MLM - REHAT

24 NOVEMBER 09 (SELASA)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG - ESQ PREVIEW TRAINING (DKP3&4)
11.00-1.00 PTG - BENGKEL 1 (BTS & BKS FSU)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ASAR
2.30-4.30 PTG - BENGKEL 2 (DKS FSU)
4.30 - 5.00 PTG - MINUM PETANG & SOLAT ASAR
5.00-6.30 - SIDANG SPMM (FKP)
6.30-8.00 MLM - MAKAN MALAM
8.00-11.00 MLM- PERKONGSIAN AKTIVITI DAKWAH DI KAMPUS & RESOLUSI (DKP3 & DKP4)
11.00-12.00 MLM - REHAT

25 NOVEMBER 09 (RABU)
6.00-7.00 PG - PERSIAPAN KENDIRI
7.00-8.00 PG - PESERTA BERTOLAK KE KAMPUS USIM (DKP3 & 4)
8.00-9.00 PG - SARAPAN PAGI
9.00-11.00 PG -RESOLUSI & WACANA KHAS (DKP3 & 4)
11.00-1.00 PTG - MAJLIS PERASMIAN PENUTUP WEHDAH’09 (DKP3)
1.00-2.30 PTG - MAKAN TENGAHARI & SOLAT ZOHOR
2.30 PTG - BERSURAI (SALAM WEHDAH'09!)


* Tertakluk kepada perubahan & pindaan dari semasa ke semasa.

PETUNJUK :

TEMPAT PENGINAPAN PESERTA : KOLEJ KEDIAMAN SUTERA INDAH & ACACIA AVENUE

DKP 3 & 4 : DEWAN KULIYAH PUSAT 3 & 4

BTS & BKS FSU : BILIK TUTORIAL & BILIK KULIYAH SEDERHANA FAKULTI SYARIAH & UNDANG-UNDANG

FKP : BILIK MESYUARAT UTAMA FAKULTI KEPIMPINAN & PENGURUSAN


Untuk penyertaan sila hubungi : Izwan (013-323 3780) @ Mira (013-334 6542)

Read More...

Friday, November 6, 2009

Inside-Out : Imtihan Kubra

4 Comments

Alhamdulilah...hari ni dah masuk kertas exam yg ke-4 ana hadapi utk imtihan semester 1 sesi 2009/2010 di bumi USIM ni. Lepas habis jer paper "Ethics In Science" pukul 5pm then pi solat asar terus menerjah ke lab komputer di tingkat 3 maktabah USIM ni...sekarang org rancak guna facebook so agak lengang idea utk menulis di blog ni, tapi ptg ni cam ad idea nak menulis maka pena terangkat, maka jari diringankan utk mengetip kekunci komputer.

Inside-out Imtihan Kubra
Ha, apa agaknya komen antum kalau dikatakan "kita belajar kerana apa?" Maka kalau kata "belajar ini kewajipan di kampus" maka apabila exam tiba dicurahkan segala2nya di dalam imtihan then time cuti semester tutup buku kerana takde kewajipan masa tu?? Betul ke tak betul?? Ha, yg ni kit nak tahu ni. Kita ambik konsep "inside-out"....maksudnya kita belajar kerana keinginan dalaman kita yg dahagakan ilmu pengetahuan bukan kerana tekanan luar.

Belajar kerana Allah Taala.
Ini selalu yg kita dengar "Aku belajar kerana Allah Taala," maka jom kita muhasabahkan diri kita...
1. Selepas habis sesuatu paper, adakah kita ada inisiatif utk recheck semula di dalam nota2 kita
apa yang kita jawab?? Ada rasa nak belajar daripada kesilapan??
2. Kita selalu mengatakan bahawa sistem pendidikan kita berorientasikan peperiksaan, maka
kita buat ala-kadar di dalam peperiksaan? Betul ke salah??
3. Selepas exam, di mana kedudukan buku2 , nota2 kuliyah, kertas2 soalan yg sebelum exam
tersimpan rapi??

Banyak la lagi perkara yang kita kena muhasabahkan..semuanya berkaitan dengan Adab-adab kita semasa belajar. Semoga dengan lintasan idea spontan ni dapat memberi sedikit sebanyak manfaat kepada ana & rakan2 sekalian. Wslm w.b.t...Selamat Beramal !!

Read More...

Ruangan Iklan


ShoutMix chat widget

Bawah Kanan

Bawah Kiri

Wahana Pengajianku Menengah

Blog Archive