Saturday, April 7, 2012

Sunnatullah psikologi kanak-kanak dan remaja


Saya sudah berkecimpung dalam dunia latihan dan motivasi sejak daripada sekolah menengah sehingga menjejak dunia menara gading. Saya suka memerhatikan perilaku para jurulatih atau dipanggi trainer di dalam sesuatu program latihan dan motivasi mengendalikan peserta mereka. Trainer akan mengendalikan silibus latihan dan motivasi konsultan masing-masing berdasarkan kesesuaian pemikiran dan umur audien mereka.

Seperti mafhum hadith nabi S.A.W :

خاطب الناس على عقولهم

'Berkata-katalah kepada manusia mengikut aras pemikiran dan kefahaman mereka'

Sekolah Kehidupan

Berada di dunia kampus sangat menyeronokkan bagi saya kerana dunia menara gading bukan sahaja melambakkan kita dengan ilmu di di dalam bilik kuliah tetapi bagi saya, guru 'kehidupan' memberi pengajaran yang lebih bermakna berbanding teoretikal di dalam bilik kuliah. Di kala cuti panjang semester tahun 2011, saya mengambil kesempatan bekerja part-time sebagai guru kafa dan pentadbir. Sangat melucukan apabila mengenang kembali kisah ini.

Saya sangat berterima kasih kepada adik-adik di KAFA TAHFIZ MINDA CERAH kerana menjadi 'guru kehidupan' saya.



Saya mengakui hari pertama saya masuk ke bilik darjah mengajar mereka, emosional sangat menguasai diri mengakibatkan saya tidak dapat mengawal suasana bilik darjah pada hari berkenaan. Walaupun di dalam bidang latihan dan motivasi, saya boleh mengawal peserta yang berada di dalam lingkungan umur yang sama, namun bagi saya saya kurang menguasai ilmu sunnatullah Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.

Bidang saya di universiti ialah mengenai matematik untuk industri insurans dan perbankan namun setelah menghadiri banyak program motivasi kekeluargaan dan remaja, saya mengakui untuk mendalami ilmu luar bidang yang kita belajar iaitu saya namakan ia sebagai ilmu alat untuk kehidupan. Maka saya mengambil insiatif untuk meminjam dan berdiskusi dengan rakan sebaya dan orang yang lebih tua mengenai psikologi kanak-kanak dan remaja juga kekeluargaan.

Saya juga suka meminjam buku-buku berkenaan psikologi dan self-help daripada perpustakaan, memandangkan kebanyakan buku genre ini banyak di pasaran tapi mahal harganya maka saya lebih suka bahan bacaan yang 'percuma' daripada perpustakaan.

Alhamdulilah, berdikit-dikit memahami ilmu psikologi kanak-kanak dan remaja, suasana setiap program latihan dan motivasi dan pendidikan di dalam kelas yang saya kendalikan, para peserta dan murid yang saya kendalikan bertambah baik.

Berikut ialah antara video program kepimpinan pelajar sekolah yang telah saya kendalikan.



Santunilah kanak-kanak dan remaja kerana mereka akan menjadi guru kehidupan kita yang bermakna untuk kita.

No comments: