Di dalam program kepimpinan pelajar Islam yang
pernah saya kendalikan, ada beberapa slot yang dirangka oleh penganjur untuk
membentuk karakter peserta secara berkumpulan. Modus operandi slot ini ialah,
peserta dikehendaki menjawab satu set soalan yang dipecahkan kepada set
maklumat peribadi, akidah, ibadah, sirah, dan isu semasa. Perkara yang menarik
perhatian saya ialah pada bahagian sirah ataupun sejarah Islam yang memerlukan
peserta menulis secara ringkas sirah setiap tajuk seperti peristiwa Perang
Badar dan hikmahnya.
Saya melihat rata-rata peserta ‘tahu’ dan ‘hafal’
pada ‘cerita sirah’ yang perlu ditulis, tetapi apa yang lebih penting, saya
melihat sesuatu kekurangan pad peserta mengulas hikmah atau ibrah /pengajaran
kepada setiap topik sirah berkenaaan.
Rashidi Abbas (2008) menyebut ; menurut Ar-Raghib mengatakan bahawa asal makna
al-Ibr membawa maksud melampaui dari suatu keadaan kepada keadaan yang
lain, sedangkan al-ubur khusus digunakan dalam erti menyeberangi air.
Dalam menafsirkan surah Yusuf ia
mengatakan bahawa I’tibar dan ibrah ialah keadaan yang memungkinkan orang
sampai dari pengetahuan konkrit kepada pengetahuan yang abstrak. Maksudnya
melalui renungan dan tafakur. Ibrah danI’tibar ialah suatu keadaan fizik yang
menyampaikan manusia untuk mengetahui intisari sesuatu perkara yang disaksikan,
diperhatikan dan diputuskan melalui pemikiran yang rasional sehingga dapat
mempengaruhi hati untuk tunduk kepadanya. Tujuan pedagogi dari ibrah di dalam
al-quran ialah menanamkan akidah dan perasaaan Rabbaniah terhadap Tuhan yang
maha Esa. Metode ibrah ini dapat dibahagikan kepada :
1-Ibrah dari kisah
2-Pengambilan ibrah dari makhluk-makhluk Allah
dan nikmat-nikmatnya yang telah diberikan kepad
manusia.
3-Ibrah dari peristiwa-peristiwa sejarah.
Dalam kehidupan yan dilalui oleh manusia,
kebanyakannya melalui peristiwa-peristiwa yang boleh meninggalkan kesan sejarah kepada beliau.
Seorang pendidik, seorang guru yang baik tidak akan membiarkan
peristiwa-peristiwa tersebut berlalu begitu sahaja tanpa diambil manfaat dari
peristiwa tersebut. Ia mesti menggunakannya untuk membina, mendidik jiwa,
mengukuhkan rohani kepada anak didiknya.
Rujukan :
Rashidi Abbas (2008). Kemahiran Insaniah
Meneroka Metodologi Rasulullah S.A.W. Universiti Malaysia Pahang pp.101-102
No comments:
Post a Comment