Thursday, July 17, 2008

Cerita-cerita baru & lama


Alhamdulillah...syukur kepada Allah Tuhan Rabbul Jalil memberi secalit masa untuk ana menulis kembali. Niat di hati memang nak beristiqamah untuk menulis hari demi hari tetapi bak kata As-Syahid Imam Hassan Al-Banna ''Kewajipan yang kita ada lebih banyak daripada masa yang kita ada.'' Namun itu bukanlah alasan yang kuat selagi mana kita ada kemahuan untuk berdakwah melalui penulisan di alam siber.

Rasanya dah hampir sebulan tinggal di kampus untuk pengajian di tahun satu ni. Hari demi hari rutin menghadiri kuliyah, minggu depan dah start tutorial & assignment dah mula diberi satu demi satu. Strategi yang baik bagi seorang pelajar yang inginkan kecemerlangan ialah bermula daripada awal. Oleh sebab itu, ana dah mula berinisiatif untuk merangka masa melalui ''outline '' bagi sesuatu madah. Memang agak memenatkan namun itu tidak menjadi alasan.

Setiap hujung minggu pasti ana mempunyai aktiviti samada kem jati diri & untuk minggu ini ana berpeluang untuk menziarah perkampungan orang asli di Lenggeng, N. Sembilan. Program C-VIS (Cultural Visit) anjuran JAKSA Kolej Kediaman Sutera Indah & Nilam Court ni membuka satu lembaran titipan sejarab baru bagi ana sendiri untuk mendekati orang asli yang kini semakin moden (cerita dalam taklimat camtula).

Ko-kurikulum dah bermula, ana pada mulanya tidak ingin aktif sangat kerana ingin bagi komitmen penuh pada pelajaran & Sekteriat Pendakwah Muda (USIM), jadi ana masukla Bulan Sabit Merah. Agak memeranjatkan hanya 2 muslimin yang ada & 89 yg lain ialah muslimat!! Lagila...hu3, dahla camtu kena pulak dilantik ketua kumpulan alfa (ada alfa, beta & gamma, nasib tak jadi pengerusi) Namun, satu masalah berat, ini ialah salah satu badan yang kurang aktif, penasihat meminta kami membuat ''rebranding'' supaya kembali aktif, so kebetulan dah lama tinggal berpersatuan, inila masa nak gilap balik apa yang dah dialami di SMAASZA dulu.

SPMM pulak ana dilantik jadi pengarah untuk Forum Israk Mikraj pada 30 Julai ni di Masjid Nilai. Ingatkan jadi Person In Charge je (jadi kuli), abg2 & akak2 senior pulak bagi taklif macam tu,,ish3 berat jugak rasa namun semua itu hanya cabaran : ''Tiada halangan hanya peluang.'' hu4.
Pastu USIM pulak melalui SPMM dah ada sekolah angkat iaitu Sekolah Menengah Sharifah Rodziah di Telok Mas, Melaka (dekat dgn kg abah ana) nak dipendekkan cerita ana pun diberi amanah tuk mengepalai Biro Pendidikan...so kenala brainstorming macam mana nak buat aktiviti untuk students yg dah cemerlang tu (Nasibla ada kawan yg sanggup diinterview dr sekolah tu). Jadi ana rasa tu hanya rencah yang akan mewarna-warnikan hidup ana di kampus.

Pelajaran?? Mesti ingat ana bila dah berprogram ni, buku dah tinggal latu...ish3.Mana mungkin itu yg menjadi core business kita bila masuk USIM ni..tidak sesekali ku lupa akan pesanan ma abah & kak ngah...study is the first priority, whenever you want to involve in programmes but dont forget to your STUDY. So kepada kenkawan, family or yg mengenali diri ana ni, kalo ana lagho, proud dok'oh ke, apa2 yg tak menyenangkan antum ke, bolehla komen ni melalui blog ni, emel, message, panggil jumpa ke...ana akan cuba berlapang dada & memang amat perlukan sokongan & teguran daripada kalian semua.

Tu la serba sedikit...i.allah lepas ni ana akan cuba uploadkan gambar aktiviti ana di kampus. Wassalam...Ila loqa' ma'a salamah.........

Wednesday, July 9, 2008

Forum di Felda Lasah, Sg. Siput Perak





Pada 26 Jun yg lepas, Sekteriat Pendakwah Muda USIM telah dijemput untuk mengadakan forum bertajuk masyarakat prihatin & penyayang anjuran Kelab Penyayang & FELDA. Forum ni ana sendiri jadi moderator & ahli panelnya...Dr. Rushdan pensyarah dari FKP, Ustaz Anuar Hasin (FPQS) & akak Ainul Faridah dari FKP. Tempoh perjalanan yg agak lama bermula jam 2.30 ptg daripada 2.30 petang dan sampai pada 8.15malam terasa berbaloi kerana forum berjaya dilangsungkan & suasana dalam perjalanan dihiasi panorama indah memukau setiap pelawat yang hadir. Terima kasih kepada warga Felda Lasah kerana sudi menjemput kami

Maaf gambar kurang jelas, bergambar bersama YB kawasan itu & mantan Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Shafie Salleh

Antara penduduk Felda yang bertanyakan soalan yg agak ''mantop'

Muslimat yang hadir
Penduduk kampung Felda Lasah...penuh khusyuk mendengar forum


Suasana forum, mula-mula suasana agak tak panas, roun ke-2 barula suasana hangat

Dari kiri : penulism Shamsul, Ustaz Anuar Hasin, abg shahril, En. Syafful.