Friday, June 8, 2012

Kebangkitan Dinar & Dirham

Saya pernah terpanggil untuk menyertai satu seminar di USIM mengenai Dinar & Dirham. Satu ketika, menjadi fenomena di USIM tentang kesedaran untuk memiliki dinar & dirham sehingga ada penggerak untuk menubuhkan Kelab Dinar & Dirham (D&D). 

Saya juga berjinak-jinak dengan memiliki 19 unit dirham yang dibeli dengan harga RM 18 setiap satu dan masih lagi disimpan sehingga sekarang. Saya juga mempunyai sebuah buku terbitan Utusan Publications yang dibeli dengan harga 1 dirham.

Di dalam seminar itu, saya diberi penerangan yang panjang lebar mengenai sejarah matawang, yang mana slidenya ada di bawah ini. Saya upload ke blog sebagai perkongsian untuk rakan-rakan blogger (^_^)


Kebangkitan DinarDirham- Pand...





Pernah saya berdiskusi dengan seorang sahabat saya di facebook mengenai pro kontra dinar & dirham. Ternyata kita masih dalam dilema sama ada dinar & dirham itu mampukah ia menjadi 'penawar' kepada keruncingan ekonomi yang berlaku sekarang.

Para cendekiawan banyak menghasilkan kertas kerja mengenai pro & kontra dinar & dirham. 

Bagi pandangan saya, saya optimis dengan usaha kelompok yang ingin mengembalikan kegemilangan matawang Islam pada zaman dahulu iaitu dinar & dirham dalam transaksi seharian namun diharapkan maqasid syariah yang utama perlu ditekankan sebelum penyalahmaksudan penjualan dnar & dirham untuk mendapatkan keuntungan semata-mata.

No comments: