Apabila saya bertemu dengan pelbagai pihak di dalam program-program motivasi, soalan yang selalu timbul di kalangan peserta yang hadir ialah
'Bagaimana mahu terus kekal bermotivasi selepas program ini?'
Saya kongsikan perkara yang saya selalu amalkan ;
Sebagai seorang muslim setiap malam kita selalu disaran untuk membuat muhasabah diri sebelum melelapkan mata, kita beristighfar dan bertaubat dengan kesalahan kita pada hari berkenaan.
Pada masa kita telah membuat 'U-turn' di dalam minda kita, pada masa itulah kita perlu menanam nilai dan motif kejayaan kecil yang kita ingin capai pada keesokan hari.
Contoh ;
'Esok aku mahu memastikan aku tidak akan mengadap facebook selagi mana aku tidak menyelesaikan assignment diberikan pensyarah !'
Cuba kita azam dan keesokan hari setelah kita bangun sebenarnya badan kita akan terasa satu energi yang hebat! Itulah hikmah 'menanam nilai' minda bawah sedar.
Kita buat semampu boleh azam kita pada hari berkenaan dan apabila mahu tidur pada malamnya,kenangkan semula sebagai refleksi kejayaan kita pada hari berkenaan.
Okey?
Selamat Membina Kejayaan kecil anda setiap hari !!
No comments:
Post a Comment