Monday, May 19, 2008

Muktamar Kelab Fasilitator Terengganu Kali ke-3




Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada kepimpinan AJK & Majlis Tertinggi Kelab Fasilitator Terengganu baru bagi penggal 2008/2009 atas lantikan dalam muktamar hari ini. Kepada abg Aeman yang akan menerajui kelab ini semoga sukses sokmo, kepada Kak Ngah (Kak Baity) yang dinaikkan pangkat daripada Biro ICT kepada timbalan pengerusi II (banyak keje lagila lepas ni), Kak Ida, Kak Najah, Kak Seha, abg Duan, abg Khairuddin, abg Amdang, & beberapa nama lagi semoga kalian berjaya memacu Kelab Fasi lebih maju pada masa hadapan.

Menghadiri muktamar (Mesyuarat Agung Tahunan) bagi sebuah NGO seumpama ini begitu menarik bagi ana. Pengalaman menjadi perwakilan (Kg. Gelugor Kedai ha..ha) untuk mengundi, memberi pendapat, menyertai perbahasan, mengkaji ucapan dasar pengerusi, meneliti undang-undang tubuh kelab , mengendalikan gimik perasmian & sebagainya memberi pengetahuan tambahan bagi diri ana dalam aktiviti pemilihan ahli jawatankuasa baru seumpama ini. Walaupun usia baru setahun jagung, mendengarkan perbahasan & buah fikiran daripada perwakilan sahabat-sahabiah lain mematangkan fikiran ana supaya bersiap sedia untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu lagi untuk masa hadapan.

Tambahan pula, dapat berkenalan dengan sahabat baru seperti Hadi daripada Politeknik Penang & Hazwan daripada UITM Shah Alam mengembangkan lagi pengetahuan ana dalam tanzim & kegiatan berorganisasi. Al-maklumla diorg lagi tua & berpengalaman daripada ana. Dalam muktamar tadi juga ana terlihat sahabiah ana yang merupakan senior di SMAASZA dulu yang juga menjadi ahli kepada Kelab Fasi ni (Kak Sahibul Afzan) juga kepada Lina Husniyah (peserta sama dengan ana di Kem Remaja Bestari 2005, baru habis Matrikulasi Johor) . Walaupun beliau nampak senyap namun ana percaya potensi dalam dirinya mampu digarap untuk menjadi pelapis Kelab Fasi pada masa hadapan.

Insya allah ana akan cuba istiqamahkan dengan Kelab Fasi yang menjadi platform terbaik untuk mengasah bakat kepimpinan, organisasi, ICT, sosial & sebagainya yang menjadi aset penting pada masa hadapan. Sesuai dengan tema muktamar pada hari ini '' Kebersamaan Menuju Harapan Baru.''

No comments: