Saturday, May 17, 2008

Menjelang program ke-2 cuti


Kelmarin selesai sudah mesyuarat penjelasan modus operandi Tamrin Darussalam yang akan diadakan minggu ni pada 22-24 Mei. Setelah sekian lama tidak mengasahkan bakat berprogram kini skill itu cuba diitajamkan lagi. Ana diamanahkan untuk menjadi fasilitator. Walaupun sasaran peserta kali ini ialah daripada pelajar sekolah rendah namun cabaran yang lebih besar ialah untuk mengendalikan modul yang diberi.

Bermula daripada pengagihan tugas untuk menyediakan pamphlet program, menyediakan lagu tema & menyiapkan slot kuliyyah subuh multimedia merupakan cabaran-cabaran yang menarik! Mengapa? Kerana sebelum ini ana hanya lebih kepada memenuhi kerusi kepimpinan mengendalikan program, namun sekarang diberi kesempatan mencari pengalaman dalam pengisian program. Mencari pengalaman dalam pelbagai arena amat penting supaya pemikiran kita berkembang.

Sekembalinya daripada taklimat, kepala cuba menelusuri kepada kawaan-kawan di pelbagai negeri semasa di USIM. Mempunyai sahabat sahabiah yang berpengalaman dalam program menjadi satu aset besar untuk mengumpulkan modul. Memang pengalaman dalam bidang ICT ana kurang lagi ilmunya, maka eksplorasi ke toko-toko buku, website multimedia & perpustakaan akan menjadi matlamat selepas ini.

Semalam seorang sahabiah ada menghubungi ana, memberikan satu modul permainan. Kebetulan dia sedang mengendalikan satu program. Sememangnya sahabat-sahabiah sekarang sedang giat berprogram, maka bagi rakan-rakan seperjuangan yang mengatakan tiada apa yang nak dilakukan cuti ini cubalah mencari peluang untuk bertanyakan kepada sahabat yang sedang berprogram, pasti ada tempat untuk antum semua menyertai program yang pasti dapat memanfaatkan cuti antum selain menambahkan sahabat-sahabat baru daripada pelbagai latar belakang.