Tuesday, May 27, 2008

Menjelang program cuti berikutnya


Alhamdulillah setakat ini ana masih mampu menghirup udara di bumi Allah taala. Setelah beberapa hari berlalu kesempatan untuk mengupdate menjadi terbatas dek kesibukan aktiviti yang dijalankan. Walaupun aktiviti yang tidak berbentuk akademik (hu..hu selagi cuti tak habis tak bukak bukunyer) tetapi lebih berbentuk skill yang diperolehi daripada penglibatan dalam NGO & program menjadi fasilitator & urusetia.

Terbaru ana baru sahaja menjadi sukarelawan kepada sebuah badan NGO iaitu Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) yang berfungsi meyelesaikan isu-isu berkaitan hak rakyat Terengganu. Kalau yang berminat nak tahu pasal MAMPAT boleh klik pada pautan organisasi dalam blog ni. Walaupun agak meletihkan apabila berkempen tetapi 1001 cerita, ragam & kemahiran boleh dipelajari. Ada yang lucu, sedih, & macam-macamla, kes kita jumpa macam-macam orang ketika berkempen.

Lusa bermulanya Kem Perkaderan Remaja Islam Negeri Terengganu yang akan diadakan di Lata Belatan Setiu Terengganu. Oleh kerana tak pernah lagi pergi ke sana jadi seronok jugak rasanya bila nak menunggu masanya ni. Tahun lepas dah jadi peserta tahun ni kenala menyumbang tenaga. Baru je petang tadi habis mesyuarat penyelarasan, alhamdulullah semuanya berjalan lancar. Ana terpilih untuk menjadi urusetia ICT & juga fasilitator, tentu pelikkan? Entahla, rasanya pilih satu je la. Berebut sangat, tapi biarla kerja yang kita berkualiti. Kalau dalam meeting tadi dengar fasi dah ramai, maybe bolehla ana mengundurkan diri buat sementara untuk memberi tumpuan kepada bidang ICT, yela aktivit peringkat negeri melibatkan semua daerah, mestila teknikal diberi perhatian. Masa ni la nak mempertingkatkan lagi ilmu komputer. Kalau ada masa dalam LDK maybe boleh ana mencelah. Semua LDK dia best!!

Rasanya tak nak cerite panjang, gambar pun takde nak diupload untuk dikongsi bersama tapi i.allah lepas program perkaderan remaja islam akan ada gambar menarik untuk kita share bersama. Ila liqa'.

Sunday, May 25, 2008

Aktiviti musim cuti

Alhamdulillah, tengah hari kelmarin selesai Tamrin Pelajar Madrasah Darul Salam yang disertai pelajar tahun 3,4,5. Boleh disebut juga sebagai kem kepimpinan kerana di tumpukan juga kepada pengawas mereka. Pelbagai input menarik & pengalaman berharga yang tidak akan dapat di pelajari di kampus dapat diambil. Walaupun baru sebagai fasilitator dalam kelab fasi tetapi sedikit sebanyak ilmu yang dipelajari dipraktikkan dalam tamrin ni. Adik-adik banin & banat yg mempunyai keletah sedikit nakal mengajar ana supaya lebih banyak bersabar & mempelajari psikologi kanak-kanak. Jazakumullahukhoiran jaza' lepada sahabat fasi-Hazwan, Hadi, Hazahari sahabiah-kak seha,maryam fatini, siti sufiah, kak afzan, kak fatimah, kak huda & beberapa orang lagi, pertemuan dengan kalin mencalit 1001 kenangan yang tersimpan di kotak memori seumur hidup. Moga-moga ukhwah kita terus terjalin abadan abada. Banyak gambar nak di tunjuk tapi nak diupload tu banyak kerja la takpe sedikit di beri di bawah.












Monday, May 19, 2008

Muktamar Kelab Fasilitator Terengganu Kali ke-3




Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada kepimpinan AJK & Majlis Tertinggi Kelab Fasilitator Terengganu baru bagi penggal 2008/2009 atas lantikan dalam muktamar hari ini. Kepada abg Aeman yang akan menerajui kelab ini semoga sukses sokmo, kepada Kak Ngah (Kak Baity) yang dinaikkan pangkat daripada Biro ICT kepada timbalan pengerusi II (banyak keje lagila lepas ni), Kak Ida, Kak Najah, Kak Seha, abg Duan, abg Khairuddin, abg Amdang, & beberapa nama lagi semoga kalian berjaya memacu Kelab Fasi lebih maju pada masa hadapan.

Menghadiri muktamar (Mesyuarat Agung Tahunan) bagi sebuah NGO seumpama ini begitu menarik bagi ana. Pengalaman menjadi perwakilan (Kg. Gelugor Kedai ha..ha) untuk mengundi, memberi pendapat, menyertai perbahasan, mengkaji ucapan dasar pengerusi, meneliti undang-undang tubuh kelab , mengendalikan gimik perasmian & sebagainya memberi pengetahuan tambahan bagi diri ana dalam aktiviti pemilihan ahli jawatankuasa baru seumpama ini. Walaupun usia baru setahun jagung, mendengarkan perbahasan & buah fikiran daripada perwakilan sahabat-sahabiah lain mematangkan fikiran ana supaya bersiap sedia untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu lagi untuk masa hadapan.

Tambahan pula, dapat berkenalan dengan sahabat baru seperti Hadi daripada Politeknik Penang & Hazwan daripada UITM Shah Alam mengembangkan lagi pengetahuan ana dalam tanzim & kegiatan berorganisasi. Al-maklumla diorg lagi tua & berpengalaman daripada ana. Dalam muktamar tadi juga ana terlihat sahabiah ana yang merupakan senior di SMAASZA dulu yang juga menjadi ahli kepada Kelab Fasi ni (Kak Sahibul Afzan) juga kepada Lina Husniyah (peserta sama dengan ana di Kem Remaja Bestari 2005, baru habis Matrikulasi Johor) . Walaupun beliau nampak senyap namun ana percaya potensi dalam dirinya mampu digarap untuk menjadi pelapis Kelab Fasi pada masa hadapan.

Insya allah ana akan cuba istiqamahkan dengan Kelab Fasi yang menjadi platform terbaik untuk mengasah bakat kepimpinan, organisasi, ICT, sosial & sebagainya yang menjadi aset penting pada masa hadapan. Sesuai dengan tema muktamar pada hari ini '' Kebersamaan Menuju Harapan Baru.''

Sunday, May 18, 2008

Visit Terengganu


Kelmarin rombongan students Kelantan, Selangor & N. Sembilan lelaki Tamhidi Sci Tech, Dentist & Medic (batch 07/08) ke Terengganu di akhiri acara BBQ di pantai Tok Jembal Mengabang Telipot. Diorang dikhabarkan bertolak pada petang hari menaiki sebuah van & kereta. Memang meriah kalau ditatap kerana apabila sampai di Pantai Tok Jembal, mereka giat memasang khemah untuk bermalam di situ.

Acara BBQ dimulai dengan acara membeuat unggun api, walaupun hampir nak berputus asa kerana salah satu unggun api tak sesuai dinyalakan atas pantai tapi akhirnya acara membakar ikan, hotdog, kerang & kepah yang sememangnya ada sesetengah jarang ana dapat makan dapatla ana merasanya. Memang satu pengalaman yang menyeronokkan apababila rakan-rakan dari jauh datang melawat negeri kita & membuat aktiviti seumpama ini.

Hari ini, mereka masih melawat negeri Terengganu tapi ana tak mengikutla setelah semalaman BBQ samapai di rumah hampir jam 1.30 pagi menyebabkan diri terasa sedikit keletihan. Anyway selepas ini mungkin ana berkira-kira nak membalas lawatan mereka dengan ana sendiri akan ke negeri di bawah kepimpinan ulamak (Kelantan Darul Naim)

Saturday, May 17, 2008

Menjelang program ke-2 cuti


Kelmarin selesai sudah mesyuarat penjelasan modus operandi Tamrin Darussalam yang akan diadakan minggu ni pada 22-24 Mei. Setelah sekian lama tidak mengasahkan bakat berprogram kini skill itu cuba diitajamkan lagi. Ana diamanahkan untuk menjadi fasilitator. Walaupun sasaran peserta kali ini ialah daripada pelajar sekolah rendah namun cabaran yang lebih besar ialah untuk mengendalikan modul yang diberi.

Bermula daripada pengagihan tugas untuk menyediakan pamphlet program, menyediakan lagu tema & menyiapkan slot kuliyyah subuh multimedia merupakan cabaran-cabaran yang menarik! Mengapa? Kerana sebelum ini ana hanya lebih kepada memenuhi kerusi kepimpinan mengendalikan program, namun sekarang diberi kesempatan mencari pengalaman dalam pengisian program. Mencari pengalaman dalam pelbagai arena amat penting supaya pemikiran kita berkembang.

Sekembalinya daripada taklimat, kepala cuba menelusuri kepada kawaan-kawan di pelbagai negeri semasa di USIM. Mempunyai sahabat sahabiah yang berpengalaman dalam program menjadi satu aset besar untuk mengumpulkan modul. Memang pengalaman dalam bidang ICT ana kurang lagi ilmunya, maka eksplorasi ke toko-toko buku, website multimedia & perpustakaan akan menjadi matlamat selepas ini.

Semalam seorang sahabiah ada menghubungi ana, memberikan satu modul permainan. Kebetulan dia sedang mengendalikan satu program. Sememangnya sahabat-sahabiah sekarang sedang giat berprogram, maka bagi rakan-rakan seperjuangan yang mengatakan tiada apa yang nak dilakukan cuti ini cubalah mencari peluang untuk bertanyakan kepada sahabat yang sedang berprogram, pasti ada tempat untuk antum semua menyertai program yang pasti dapat memanfaatkan cuti antum selain menambahkan sahabat-sahabat baru daripada pelbagai latar belakang.





Friday, May 16, 2008

Keramat 16 Mei

SELAMAT HARI GURU buat semua guru-guru di Malaysia teristimewanya guru-guru ana di Sekolah Kebangsaan Gelugor, Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin Batu Buruk, & lecturer serta Tutor di Pusat Tamhidi di Universiti Sains Islam Malaysia Nilai. Jasamu akan ku kenang selalu. Sajak di bawah didedikasikan khas buat guru-guru tersayang.

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama' yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sebenarnya mengajar, Tulis, baca.


TERIMA KASIH CIKGU, SELAMAT HARI GURU!!


Thursday, May 15, 2008

60 tahun al-Nakba


Mula disambut pada 15 Mei 1998 oleh pemimpin Palestin, Yasser Arafat dan disertai oleh sejuta orang. Hari al-Nakba atau Yaumu al-Nakba membawa maksud ‘hari malapetaka’ sebagai memeperingati pengusiran pengusiran penduduk Arab Palestin oleh pengganas Zionis dan peperangan yang membawa kekalahan kepada penduduk Arab pada 1948. Penduduk Arab Palestin menganggap semua pengusiran dari kampung halaman sejak mandat British (1920-1948) sehingga Perang Arab-Israel 1948 oleh pengganas Zionis sebagai al-Nakba.

Sehingga 1949, lebih 700,000 penduduk Arab Palestin telah diusir dan menjadi pelarian dan 418 kampung dan bandar dimusnah dan dirampas. Tarikh 15 Mei dipilih sebagai sambutan Hari al-Nakba kerana pada tarikh tersebut mandat British di Palestin berakhir dan pembentukan Negara Israel yang merdeka diisytiharkan secara rasmi dengan Presiden Harry S. Truman pemimpin negara pertama membuat pengiktirafan. Penduduk Arab Palestin mahukan sebuah negara bersatu bagi penduduk Arab dan Yahudi tetapi pelampau Yahudi memilih negara berasingan.

Di Israel, Hari al-Nakba disambut dengan mengadakan bantahan oleh penduduk Arab Palestin yang bersamaan dengan hari kebangsaan Yahudi itu. Ahli politik Israel, Avigdor Lieberman pernah meminta anggota Knesset (Parlimen) Arab Israel yang merayakan Hari al-Nakba dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan mengkhianat.

Sambutan di Tebing Barat dan Gaza selalunya menyaksikan pertempuran antara pejuang Palestin dan tentera rejim Tel Aviv. Pada 2003 & 2004 sambutan dengan mengadakn tunjuk perasaan turut diadakan di London & New York.

Wednesday, May 14, 2008

Review filem ayat-ayat cinta


Novel yang menjadi bualan hangat setiap remaja yang meminati novel islamik karangan Habiburrahman EL-Shirazy atau Pak Abib. Walaupun dalam akhbar menyatakan, Ayat-ayat Cinta (AAC) akan menjengah pawagam tempatan pada 16 Jun ini namun sebenarnya filem ini telah dapat ditonton melalui pencarian di internet.

Sinopsis

Filem yang berkisarkan cinta ini mengisahkan seorang mahasiswa Universiti Al-Azhar, Mesir dan beberapa kenalan wanita yang menaruh hati terhadapnya. Namun lebih daripada itu, kisah ini menjalani naik turunnya kehidupan dengan tatacara hidup sebagai seorang yang beragama Islam. Sejak menuntut di universiti itu, Fahri bersahabat baik dengan Maria, jiran tingkat atas flat pengajiannya, merupakan seorang gadis Kristian Koptik yang mengagumi Islam namun, menaruh hati secara senyap terhadap Fahri.

Keikhlasan hati Fahri, mendorong dia dan Maria membantu Noura, seorang gadis yang sering didera oleh bapa tirinya, Bahadur. Suatu hari, Fahri telah membantu seorang gadis berpurdah yang menjadi mangsa amukan warga Mesir kerana memberi tempat duduk kepada 2 warga Amerika yang hampir pitam kerana kepanasan dalam gerabak keretapi. Fahri kagum dengan keberanian gadis berpurdah itu. Sempat berbual dan sebelum berpisah gadis itu memperkenalkan dirinya dalam bahasa Jerman 'mein name ist Aisha.'

Suatu hari, Syeikh Ustman, guru tallaqinya bertanya sama ada dia mahu berkahwin atau tidak. Fahri bingung lalu solat istikharah. Bertemu secara taaruf, akhirnya Fahri mengakui jodohnya bersama gadis itu. Dia ialah Aisha. Namun, perkahwinan dengan Aisha umpama derita terhadap 3 lagi gadis yang menyintainya secara diam. Tidak cukup dengan itu, Fahri menerima 2 dugaan yang paling besar dalam hidupnya.

Perbandingan antara Novel dan Filem

Ana pernah menonton filem di kolej dulu kerana di USIM, penyebaran bahan-bahan menarik seperti ini umpama keropok lekor panas.He2 Ganu kite. Jadi ada yang mendownloadkannya dari internet & disebar kepada peminat-peminat AAC.

Indah khabar dari rupa, memang agak mengecewakan kerana filem ini tidak dapat memuatkan perincian daripada novel asal. Diakui sendiri oleh pengarah filemnya, Hanung, hampir 20 peratus perincian novel terpaksa dibuang. Memang tidak dapat dielakkan apabila nak buat filem, memang perlu memenuhi selera penonton maka adala adegan yang tidak enak ditonton dan boleh dikatakan bias daripada novel. Mungkin novel dan filem adalah 2 genre yang berbeza maka ia sukar untuk dibolehnyatakan secara 100 %. Namun bagi peminat AAC ia merupakan satu kepuasan kerana dapat melihat bagaimana novel ini diadaptasikan daripada novel ke layar perak. Moga industri filem di Malaysia dapat membangunkan filem sebegini pada masa hadapan.



Tuesday, May 13, 2008

Ulasan filem Evan al mighty


Kelmarin ana mempunyai peluang untuk menghabiskan menonton filem yang pernah menimbulkan kontroversi kepada umat Islam di Malaysia tidak lama dulu. Bukanlah niat di hati untuk menyokong tindakan atas penerbitan filem ini tetapi ingin melihat apa yang berlaku. Setelah di teliti memang amat mengjengkelkan mata apabila melihat beberapa adegan & watak yang sememangnya tidak boleh dibuat lakonan oleh manusia di layar perak.

Contohnya ada yang melakonkan watak Tuhan dalam bentuk manusia yang jelas bertentangan dalam akidah Islam apabila kita dilarang menyamakan sifat Tuhan dengan manusia. Tambahan lagi, lakonan Baxter (pelakon dalam filem ini) sebagai Nabi Nuh yang menerima ''wahyu'' daripada Tuhan mengarahkannya supaya membina sebuah bahtera untuk menyelamatkan kawasannya daripada banjir besar. Ya, memang cerita Nabi Nuh & bahteranya benar dalam Islam tetapi tindakan melakonkannya langsung tidak menjaga sensitiviti umat Islam!

Tidak dinafikan di sebalik adegan negatif ada yang positif seperti tindakan Baxter seorang ahli kongres Amerika yang memperjuangkan alam sekitar, adegan itu terlalu sedikit. Yang banyak hanyalah daripada adegan membina bahtera, memenuhkan bahtera dengan haiwan-haiwan & manusia & berlakulah banjir besar. Mungkin ada yang berpendapat terimalah filem ini sebagai komedi/hiburan, tidak menjadi kesalahan tetapi kekadang kita perlu prihatin dengan sensitiviti agama supaya kita tidak dikatakan penganut Umat Islam yang liberal yang hanya melihat agama Islam di pijak tanpa di sedari.

Saturday, May 10, 2008

Seni mempertahankan diri

Astghfirullahazim...apa kenala remaja sekarang ni, tadi ana terima panggilan daripada no telefon sapela nombor terengganu, angkat pastu dengan tak bagi salam tiba-tiba mengancam "Wei, mung nak kena dgn aku, bapak mung,'' Nampak kasar, entahla tak tahu daripada siapa. Pada keadaan seperti ini kita perlu bertenang kerana Allah bersama hamba-Nya yang tidak bersalah.

Semangat ana untuk kembali aktif dalam seni mempertahankan diri kembali membuak-buak. Setelah setahun menggantungkan tali pinggang merah Taekwondo di SMAASZA, insyaallah waktu cuti ini akan mula dengan latihan insentif. Mukmin yang kuat lebih disukai Allah daripada mukmin yang lemah. Memandangkan dengan ancaman yang tak semena-mena datang, keselamatan diri perlu di jaga. Jurulatih ana pernah berkata, taekwondo bukan utk dicuba tapi kamu akan dicuba oleh taekwondo. Tinggal satu peringkat lagi sebelum tali pinggang hitam digapai. Islam harus dipertahankan, jangan gentar dengan teriakan musuh.



Program 1 waktu cuti

Program : Sejenak Bersama Kelab Fasilitator Terengganu
Tarikh : 10 Mei 2008

Tempat : Surau Seri Wangi, Pengadang Baru, K. Trg.

Jam : 9-12 tghari

Pengisian:

1. Pendaftaran

2. Ucapan aluan pengerusi majlis (Abg Shukri)

3. Ucapan & Dialog bersama Penasihat Kelab Fasilitator (Ust Arifin Deraman)

4. Tayangan slide (program2 fasi)-Yg ni ana handle (ganti Kak Baity)

5. Makan tengahari / bersurai

Gambar program

Tayangan slide

Pengerusi Majlis

Muslimin yang hadir


Muslimat yang hadir

Ustaz Al-Ghazali (Pengerusi Kelab)

Amanat daripada penasihat kelab

Friday, May 9, 2008

Memories at Cg. Arho's Manson

Membina jati diri yang kukuh

Seinfiniti kesyukuran dirafakkan kpd Allah s.w.t, selawat & salam ke atas junjungan Nabi s.a.w
Alhamdulillah, lebih kurang jam 5.30 pg bas Transnaional dr Seremban sampai ke bandaraya K.Trg.. Setelah stahun berada di bumi Bndr. Baru Nilai USIM, seorang penuntut ilmu berjaya mghabiskan 1/5 perjalanan mgejar cita2.

Exam habis hari isnin 5May lepas, then har rabu ana pergila ziarah lecturer Physic (Cg Rahim )bersama2 sahabat2 dr Tamhidi Sci Tech, Perubatan & Dentistry. Malam tu acara makan2, bbq, merapatkan ukhuwah mjadi agenda utama kerna selepas ini masing2 akan membawa haluan masing2 mperjuang agama Allah mgikut bidang masing2.

Exam dah habis maka musim cuti bagi Student Tamhidi USIM sesi 07/08 telah bermula. Masing mempunyai plan yg tersendiri. Sebaik shj cuti bermula maka planner dlm hanset mula diterjah, kekosongan demi kekosongan diisi dgn pelbagai Daurah, tamrin, muzakarah, & mcm2 lagi. Matlamat utk memastikan cuti diisi sebaik2nya di atur setelah melihat kwn2 dari pelbagai negeri yg mempunyai latar belakang yang hebat dari segi penglibatan program di sekolah menengah. Matang memimpin organisasi, hebat dari segi persembahan Multimedia (plbg software multimedia dilihat dicuba shbt2 baru ni) & sbg. Yang mempunyai blog menanam cita2 utk mengupdate semula blog mereka setelah byk kali dikomen.(Sibuk exam)

Pengalaman di Tamhidi, mempunyai sahabat2 yg plbg ragam mengajar ana erti ukhuwah yg sbnr. Dalam perjuangan, tidak akn kukuh kedudukan ssorg tanpa berjemaah. Seperti biri2 yg hidup dlm berkumpulan, tidak akn mudah dimakan serigala berbanding biri2 yg hidup mengasingkan diri.