Saturday, December 25, 2010

CAREER PREPARATIONS

End of Year 2010 is around the corner, i'll in 3rd year semester 6 in year 2011.Time is getting faster and faster. Everyone needs to aware that we have to make our own planning while studying in university. Don't too much get involved in reckless and disadvantage activities that did not contribute to development of towering personality. Get aware of this! I'll share some tips in CAREER PREPARATIONS that i think very vital in personal planning.

Making a career choice is only the first step towards achieving a career. You need to keep your focus on this ultimate goal and to perhaps refine it, throughout your years at college and university. This handy timeline shows you how to do so.

1st year

  • · Visit your career services centre. Get to know the resources and services available.
  • · Start flipping through career guidebooks.
  • · Identify 4 skills to develop.
  • · Explore your interests,abilities and skills.
  • · Talk to professors,counsellors and others about possible major and careers.
  • · Join a university club that has a leadership opportunities (for eg,a working committe).
  • · Start collecting information on internships,work placements and vacation work.
  • · Find out about volunteer positions that will help build your resume.
  • · Write your first resume.

2nd year

  • · Let your careers counsellor review your resume.
  • · Read ar least one book on career development.
  • · Research and explore at least 3 alternative career options.
  • · Begin internships or vacation work related to your areas of interest.
  • · Identify companies in industries that allow you to shadow or visit them.
  • · Join a professional association or organisation and start making contact with people in the professional world.
  • · Work towards one leadership or working committee position in a university club.

3rd year

  • · Narrow your career interests.
  • · Attend workshop on interview etc.
  • · Practise your skills at mock interviews.
  • · Take on leadership roles in clubs and organisations.
  • · Considering postgraduate study?Get more information.
  • · Ask professors or employers with whom you did in in internship,to serve as references.
  • · Interview or shadow at least 5 people in the careers you want to explore.
  • · Research potential employers and talk to recent graduates about the job market and potential employers.

Final year

  • · Find out if the companies you are interested in are holding interviews at your campus and register.
  • · Find out what the current salary range is.
  • · Attend functions where you can meet potential employers and network.
  • · Write your cover letter and have it reviewed at your career service centre.
  • · Buy a few outfits for your working wardrobe.
  • · If you have decided to continue studying,complete applications for graduate school.
So Procrastination is the thief in our work. Lets have a blank paper and start do a S.W.O.T and start planning about our future. Use our time preciously! Have a nice day!

Tuesday, December 14, 2010

Hijrah : Pembentukan peribadi Muslim hebat!

Tahun 1430 H baru sahaja melabuhkan tirainya dan kini menyingkap tabir baru sesi 1431 H. Kini kita sama-sama membilang hari untuk menutup tahun masihi 2010M. Kini tiba masa untuk membuat muhasabah semula azam dan perancangan masing-masing pada awal tahun masihi dan hijrah. Jika ada yang telah tercapai maka ucapkanlah pujian bagi Allah dan jika ada yang belum tercapai maka catitkan ia sebagai azam yang akan menjadi prioriti pada tahun hadapan.

Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat mempunyai pelbagai hikmah tersembunyi. Rasulullah seorang yang strategis dan futuristik,walaupun baginda seorang Rasul yang boleh sahaja berpindah ke sana-sini dengan menaiki Buraq (rujuk kisah Israk Mikraj) namun baginda menggunakan sepenuh fikiran dan keringat berbantu tawakal keimanan kepada Rabbul Jalil untuk menempuh segala perancangan hajat kafir musyrikin Mekah untuk berhijrah ke bumi Madinah. Sebagai mahasiswa/i Islam kita perlu menjadikan sifat PROAKTIF itu sebagai kunci untuk kita mencapai kejayaan dalam kehidupan kita.

Mahasiswa/i Islam perlu menanam azam untuk 'berhijrah' daripada habit of hikikomori dan stigma 3K (Kuliyah,Kafeteria,Katil). Satu persepsi negatif kepada golongan intelektual di menara gading yang akan pulang menabur jasa kepada masyarakat.



Tuntasnya,keperibadian mahasiswa/i Islam mestilah mencontohi keperibadian junjungan Nabi s.a.w. Sedangakna Michael H.Hart mengakui kehebatan baginda untuk menduduki ranking pertama dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History , kita selaku umat kebanggaan Nabi S.A.W yang disebut umat terbaik yang dilahirkan untuk Amar Ma'ruf Nahi Munkar tidak berbangga dengan pengiktirafan yang telah dibuat oleh Barat. Kita tidak harus hanya berbangga tetapi berusaha untuk mencontohi baginda sebagai contoh terbaik dalam kehidupan.

Salam Hijrah 1431H dan selamat tahun baru 2011M.

Wednesday, September 15, 2010

FORUM SENI & BUDAYA DALAM PERSPEKTIF ISLAM 2010

(KLIK PADA GAMBAR UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS)

OBJEKTIF :

PROGRAM INI DI ADAKAN SEBAGAI SATU PLATFORM PENERANGAN KEPADA WARGA USIM UNTUK MEMAHAMI ASPEK SENI & BUDAYA DARI PERSPEKTIF ISLAM

PANEL DARIPADA JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) AKAN MENERANGKAN DARI ASPEK GARIS PANDUAN YANG TELAH DIKELUARKAN OLEH PIHAK JAKIM
LINK KE WEBSITE JAKIM (KLIK DI SINI)

PANEL DARIPADA KEMENTERIAN PENERANGAN,KOMUNIKASI DAN KEBUDAYAAN MALAYSIA AKAN MEMBERI KEFAHAMAN DARI ASPEK DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
LINK KE WEBSITE BERKENAAN (KLIK DI SINI)

MAKLUMAN
PARA PENGUNJUNG BLOG BOLEH MEMBERIKAN FOKUS PERSOALAN BERKAITAN SENI DAN BUDAYA KEPADA SAYA MELALUI TINGGALAN KOMEN DI BLOG INI UTK SAYA BERIKAN KEPADA MODERATOR FORUM AGAR FORUM LEBIH EFEKTIF.

I.ALLAH SELEPAS BERAKHIR FORUM AKAN SAYA CUBA NUKILKAN PERKONGSIAN ILMU DARIPADA FORUM YANG BERLANGSUNG.

Thursday, August 26, 2010

Jamiah Ramadan : Fasa Maghfirah

Bersyukur kepada Allah yang Maha Perkasa menguatkan diri ini di hening pagi selepas membaca ayat-ayat cinta-Mu untuk menitipkan jari jemari ini ke atas papan kekunci yang kian berdebu dengan pemikiran yang mandom dengan idea. Terasa ingin meluncurkan idea yang kian gersang ini di dalam posting terbaru blog kesayangan mengenai ibrah di sebalik peristiwa semasa.

Fasa ke-2 Ramadan : Transisi Rahmat---Maghfirah---Jauh dari api neraka.

Menjadi kebiasaan apabila tibanya Ramadan, fenomena pesta ibadah akan dilaung-laungkan. Aku besyukur kepada Allah kerana tahun ini adalah tahun pertama aku tinggal di rumah sewa bersama-sama sahabat-sahabat 'tentera Allah.' Rumah yang penuh dengan percaturan tarbiyah & disiplin ilmu yang matang. Berada dalam penghidupan "Islam is the way of life" menjengahkan aku kepada pemikiran yang 'tetap' dalam perjuangan Islam. Pelbagai mehnah & tribulasi (cubaan fizikal,idea,emosional di kampus & kampung) dikongsi bersama-sama sahabat yang tidak jemu berkongsi idea & menjadi pendengar yang setia. Tambahan pula, suasana petempatan sekeliling;kehidupan bermasyarakat; menjengahkan aku kepada kehidupan sebenar apabila 'dicampak' di dalam dunia masyarakat setelah bergraduasi.

Kepimpinan Bersumberkan Wahyu

Menjadi kebiasaan di dalam sesebuah organisasi apabila sampai hujung tahun maka akan sibuklah proses 'mengaudit' semula & proses 'mcari & membina' pelapis kepimpinan baru.' Contoh kepimpinan yang terbaik ialah daripada junjungan Rasulullah s.a.w. Model terbaik untuk kepimpinan keluarga, syarikat korporat malahan pimpinan negara. Sebelum ini aku ada membuat posting mengenai artikel "Mahasiswa tidak profesional," Dalam proses aku membina legasi kepimpinan selepas aku, cabaran 'tidak profesional' memunculkan diri. Proses membina orang lain aku mengambil falsafah Al-Fadhil Ustaz Hasrizal Md.Jamil; Erti Hidup Untuk Memberi...Aku hanya tinggal kurang 2 tahun untuk menamatkan pengajian di bumi USIM. Sahabat-sahabatku selalu berkata,"Syeikh, nta kena 'replicate' orang macam nta (pemikiran) berjiwa besar banyak-banyak." Ya! Bukan senang nak 'mewariskan idea berjiwa besar' tanpa ada perancangan strategik untuk membina sahabat-sahabat disekeliling.

Last words..

SELAMAT MENYAMBUT RAMADAN AL-MUBARAK 1431 H
KEPADA KELUARGA TERSAYANG DI KAMPUNG GELIGOR KEDAI (MA,ABAH,K.NGAH,JOJET),SANAK SAUDARA, SAHABAT-SAHABAT SEPERJUANGAN DI BUMI USIM & SEANGKATAN DI SELURUH ANTERO DUNIA. TERUSKAN MENGGAPAI PIALA TAKWA'SEHINGGA 'WISEL PENAMAT RAMADAN' DIBUNYIKAN OLEH PENGADIL.
'






Monday, June 14, 2010

Mahasiswa tidak profesional?

Beberapa hari yang lepas aku tersentak melihat beberapa posting di dalam sebuah laman sosial masa kini (Facebook) menyatakan mahasiswa yang bergiat aktif dalam berorganisasi khususnya menjalankan program secara tidak profesional dalam gerak kerja organisasi. Aku menyokong penuh kenyataan ‘penceramah popular itu.’ Mungkin kita tertanya-tanya dimana sikap tidak profesional mahasiswa? Berikut ialah beberapa catatan ‘Tidak prfesional mahasiswa’:

1. Menjemput penceramah untuk program mereka beberapa hari sebelum program berlangsung.(Kelemahan dalam perancangan)

2. Menggunakan email peribadi bukan email organisasi rasmi mereka untuk berkomunikasi dengan pihak luar.

3. Ayat-ayat tidak sesuai/tidak persuasif di dalam komunikasi dalam email/telefon/berhadapan pihak luar.

4. Penampilan yang tidak sesuai sebagai etika mahasiswa.

5. Kelemahan percaturan pelapis kepimpinan akan datang dalam organisasi menyebabkan organisasi akan datang ‘porak-poranda’ atau ‘terkubur.’

6. Komitmen yang terlalu banyak kepada seseorang individu menyebabkan kualiti kerja terabai.

Banyak lagi perkara yang hendak disenaraikan berdasarkan pemerhatian dan pengalaman aku terlibat dalam organisasi. Bukanlah aku yang terbaik namun aku ingin berkongsi sahaja dengan para pemimpin mahasiswa dan rakan-rakan yang terlibat dalam berorganisasi. Tidak diakui mahasiswa ialah mereka yang masih mentah,masih mencari pengalaman dan melakukan trial-error dalam sesuatu perkara. Namun perlu diingat, di dunia luar/semasa bekerja di alam realiti, kesilapan kecil perlu dielakkan kerana ia mencerminkan peribadi sesorang/organisasi. Aku teringat kata-kata seorang senior.’Di dunia sebenar,tiada masa untuk melakukan kesilapan.’

Nah,adakah perlu kita menjadi terlalu sempurna?Ya, memang perlu! Walaupun kita tidak mampu untuk sempurna (Tidak akan!) tetapi sebenarnya ini ialah berkaitan Kemahiran Insaniah atau aku suka menyebut sebagai profesionalisme! Mahasiswa mempunyai banyak sumber,banyak peluang dan banyak masa. Mereka boleh belajar di kampus;dalam organisasi,dalam bilik kuliyah,terlibat dengan organisasi luar,malahan paling mudah mencari bahan-bahan di perpustakaan,paling-paling mudah;tekan papan kekunci di dalam internet,terus dapat apa yang dikehendaki!


Aku suka mencari bahan-bahan mengenai profesionalisme di dalam internet. Dulu beberapa ketika sebelum pihak kerajaan menggunakan istilah Key-performance-Index (KPI)/Petunjuk prestasi Utama, aku ada menyiarkan artikel mengenai KPI di dalam blog ini dan mula mengadaptasi di dalam organisai aku. Pihak kerajaan sekarang menggunakan banyak model-model yang boleh ditiru oleh mahasiswa dalam meningkatkan profesionalisme organisasi mereka. Yang terbaru ialah Pelan Transformasi Kerajaan (Government Transformation Programme/GTP)/.Aku selesai menganalisis GTP ternyata mekaniseme pelaksanaannya cukup gratis dan praktikal.Untuk mengetahu lebih lanjut sila layari http://www.transformation.gov.my/. Sekali lagi aku menegaskan bukan aku hendak memberi kredit kepada pihak tertentu namun aku ingin mengambil intipati yang baik iaitu “Bagaimana Model ini dijalankan untuk meningkatkan profesionalisme mahasiswa.” Ini yang lebih penting.

Di dalam simpanan aku banyak terkandung nota-nota, malahan bahan-bahan ceramah yang di dapati di internet ataupun dibuat untuk tujuan kajian peribadi mengenai

  • Pengurusan Organisasi.

  • Kajian pengurusan strategik.

  • Protokol dan etika.

  • Kefasilitatoran

  • Banyak lagi yang aku sedang tentukan genrenya.

Ternyata sebenarnya jika mahasiswa tahu caranya untuk meningkatkan profesionalisme mereka, aku percaya mahasiswa akan disegani sebagai ‘Masyarakat Menara Gading’ yang bersedia untuk menjadi pihak ‘Kerajaan pelapis’ untuk pimpinan negara akan datang. Benarlah, untuk melihat generasi profesional,masyarakat akan datang,lihatlah bagaimana anak muda hari ini beraksi.

Tuesday, June 1, 2010

KENYATAAN MEDIA SPMM MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS 'FLOTILLA PEMBEBASAN' GAZA

KENYATAAN MEDIA
SPMM MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS 'FLOTILLA PEMBEBASAN' GAZA

Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) melahirkan ucapan takziah dan bersimpati kepada 19 anak kapal Mavi Mavara yang meninggal dunia dan 30 yang lain cedera akibat serangan rejim Zionis Israel.

Flotila pembebasan bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza merupakan satu gerakan bagi mewujudkan kesedaran global terhadap penderitaan yang ditanggung oleh penduduk Palestin di Gaza, ekoran sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis Israel Laknatullah.

Memandangkan isu ini merupakan isu sejagat yang meliputi semua kaum dan agama tanpa mengira sempadan negara, warna kulit, dan parti politik, SPMM memohon semua pihak mengambil bahagian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim ini dengan mengambil tindakan mengikut kemampuan masing-masing seperti mengambil bahagian dalam demonstrasi aman yang dianjurkan oleh pihak yang berautoriti, mengadakan solat hajat di semua masjid dan surau, bacaan qunut nazilah, mengadakan kempen kesedaran melalui edaran risalah dan sebagainya dalam usaha kita melahirkan rasa prihatin kita ke atas isu ini.

Tindakan tidak berperikemanusiaan oleh pihak komando dan tentera Israel menyerang rombongan ahli pasukan bantuan kemanusiaan antarabangsa ini nyata tidak boleh dimaafkan dan membuktikan Yahudi terlalu angkuh dan menghina undang-undang antarabangsa. Semua negara Islam sepatutnya tidak mengadakan hubungan diplomatk dengan Israel dan sekutunya. Semua pemimpin Islam sepatutnya mengadakan tindakan embargo dan boikot secara berterusan ke atas barangan Israel dan sekutunya dengan matlamat kita dapat melumpuhkan 'kekuatan ekonomi' mereka.

Konklusinya, semua pihak terutamanya generasi muda (para pendakwah muda) perlu mempunyai keazaman yang tinggi untuk menguasai dan mendalami ilmu pengetahuan dalam usaha mendepani isu-isu umat Islam yang semakin mencabar. Kita berdoa kepada Allah agar kegemilangan umat Islam suatu masa dahulu akan berulang dengan lahirnya golongan 'Al-Fateh alaf baru' dan 'pahlawan Salahuddin Al-Ayyubi' yang meneruskan legasi kecemerlangan umat Islam di seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.

Daing Muhamad Fadzil Abd Latif
Presiden Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Sunday, May 23, 2010

Kedai Produk Dakwah Secara Online

Alhamdulilah, aku mula maju langkah setapak ke hadapan apabila 'memberanikan diri' untuk bergiat secara serius di dalam dunia keusahawanan dan perkhidmatan kefasilitatoran. Hari ini terbinanya satu blog yang bernama http://kedaidakwah.blogspot.com yang akan aku gunakan bersama-sama beberapa rakan-rakan yang mempunyai minat yang sama untuk bergiat secara serius di dalam dunia keusahawanan dan dakwah melalui alam siber. Mungkin sudah ramai yang memulakan perniagaan seperti ini maka aku memberanikan diri untuk terjun ke lautan yg sudah pasti dipenuhi dengan pelbagai saingan dan pasti strategi perniagaan yang licik dan bersistematik dilakukan.

Sekadar coretan ringkas di blog peribadi, setelah ada 2 blog yang berbeza ini pasti memerlukan pengurusan yang lagi 'mantap' dalam strategi dakwah dan keusahawanan. Moga2 jalan dakwah melalui jihad ekonomi yg aku pilih ini mampu membawa 'panji Islam' lebih mekar di dunia business amnya.

Nota :

Pesta Konvokesyen USIM Kali ke-8 pada 20-28 September 2010, aku jadi PIC Gerai Jualan, cabaran menguruskan lebih 80 lot gerai pelbagai jenis pasti memberikan pengalaman yang menarik! Doakan aku berjaya ye...menerima cabaran apabila 'berpolitik' dengan orang2 yg berniaga.Kejar keuntungan, dosa pahala mula diabaikan.Ya Allah, janganlah kau gelapkan aku dengan pandangan dunia yang sementara ini, kau ilhamkanlah aku dengan kata2 berunsur dakwah apabila berinteraksi dengan peniaga2 ini.

Jom melawat dan beri komen di blog
http://kedaidakwah.blogspot.com

Friday, April 2, 2010

Impak Maksima 24 hours

Alhamdulilah, sudah lama aku tidak menulis di dalam teratak internet ini. Bukan niat untuk 'bersara' daripada dunia penulisan blog tetapi kekangan masa yang membelenggui diri. Mungkin blog ni jadi lebih mudah kalo miripnya seperti facebook, kita boleh lontarkan idea di dalam sekelip mata melalui posting kepada wall, tetapi inilah hakikatnya, blog perlu ditekuni selalu untuk memastikan kekemasan idea dapat disampaikan kepada pembaca blog. Berikut beberapa peristiwa menarik yang boleh dikongsi bersama.

Artikel aku masuk akhbar !
Inilah pertama kali aku menghantar artikel ke syarikat percetakan (Berita Harian). Terima kasih ats dorongan daripada Us.Hariri. Aku hantar sekadar memenuhi masa lapang, artikel itu bertajuk "Iltizam pendakwah muda" yang disiarkan di dalam ruangan Nostalgia sisipan akhbar Varsiti Berita Harian beberapa minggu lepas. Artikel ini merupakan coretan pengalaman aku pergi berdakwah bersama-sama rakan-rakan di perkampungan orang Asli.

Aku kembali ke arena nasyid?
Yang ni baru lagi sebenarnya, dulu masa sekolah menengah sekadar suka-suka menyertai kumpulan nasyid sekolah untuk Ihtifal Ilmi Sanawi peringkat sekolah-sekolah agama negeri Terengganu, Tak sangka pulak bila ada kat bumi USIM ni tiba-tiba diundang untuk bergabung suara dengan beberapa rakan2 yg lain membentuk kumpulan nasyid underground (ha2) menyampaikan nasyid di Malam Perdana Siswi (MPS) Kolej Kediaman Cameli Court akan datang. Majlis ni pada 4 April. Sekarang tengah membuat persiapan. I.allah akan datang aku cuba upload gambar2 ketika show tu.

Exam Final dah dekat.
Tidak lama lagi mahasiswa/i USIM akan menghadapi peperiksaan akhir semester 2 sesi 2009/2010. Beberapa minggu ni memang sangat2 sibuk & pening2 lalat untuk menyiapkan assignment & menghantar tugasan di saat-saat akhir. Aku ingin mengucapkan Ma'a Taufik Wa Najah (Semoga Berjaya Dengan Cemerlang di dalam Exam) kepada semua rakan-rakan mahasiswa/i seantero dunia. Ingat exam dunia, ingat juga exam akhirat.

Sekian sahaja, i.allah aku cuba beristiqamah untuk menulis di dalam blog ni, blog ni kekadang bincang isu ilmiah, kekadang bincang perkara peribadi, jadi diaharapkan para pembaca blog ini tidak jemu untuk memberi sokongan & memberi komen untuk aku meningkatkan mutu penulisan aku ini lebih baik pada masa akan datang.

Sunday, February 14, 2010

Mindset vs Mindless

Konotasi "hangat-hangat tahi ayam" atau "panas sementara" menjengah diri aku & mungkin juga sahabat2 aku yg dulunya aktif dalam ber"blogging" ini. Mungkin kecanggihan aplikasi teknologi hari ke hari mendorong "para IT Savvy" ini beralih angin. Daripada blog ke facebook, twitter dan lain-lain yang semakin canggih sekarang. Petang tadi sehingga malam ini (sehingga artikel ini ditulis) aku sedang membongkarkan suatu kebuntuan yang m'belenggui pemikiran beberapa hari yg lalu,,isu POLITIK NILAI.

Apabila ditaip kosa kata ini di internet bermacam-macam referensi akan muncul. Walaupun tidak dapat 100% apa yang dikehendaki namun hati ini berpuas hati dapat menemui pautan-pautan kepada "pemikir-pemikir" yang cukup bernas dalam mengutarakan hal ini. Benar, apabila berada di dalam dunia universiti, berkata mengenai politik memang sesuatu yang "kontroversi" apatah lagi kalau menyertai "dunia politik" yang memang menjadi "kesalahan." Namun sebenarnya para penuntut universiti (mahasiswa/i) perlu sedar politik yang sebenarnya diperlukan ialah ke arah kesedaran POLITIK NILAI.

Aku tidak dapat memberi penjelasan panjang mengenai tajuk ini atas sebab masih lagi dalam proses memahami kosa kata ini. Namun i.allah artikel-artikel selepas ini akan cuba mengupas tajuk-tajuk ini. Aku cuba kongsikan satu artikel mengenai "Poyo" yang mana menjadi "penyakit kanser" tahap berbahaya yang membarah di institut pengajian tinggi sekarang yang mungkin aku juga "menghidapi" pre-sakitnya & moga2 penyakit ini dapat dihapuskan dalam melahirkan intelektual2 yg sebenarnya diperlukan atas tujuan penubuhan universiti itu sendiri. Sekian.

(Pautan ke link artikel "Budaya Poyo")

Thursday, January 28, 2010

Sudut Pidato : Bersediakah kita? Jom berubah !

Sumber : UtusanOnline.com


UM dah start, USIM bila lagi? Sekretariat Pendakwah Muda (SPMM) dah merintis tahun lepas di Foyer FKP, MPP USIM dah mulakan di dalam Karnival Mahasiswa (Karsis'09) tapi tak mendapat sambutan. Adakah ini petanda mereka gagal? TIDAK SAMA SEKALI !!

Sebenarnya ini hanya usaha merintis yang akan diteruskan akan datang, pola 'pemikiran' mahasiswa/i USIM perlu dibaca untuk membaca 'selera' & 'pemikiran' mereka. USIM memerlukan pola & acuan sendiri dalam menengahkan "Speaking Corner" yang beracuankan integrasi keperluan intelektual mahasiswa/i itu sendiri.

Speking corner BUKAN medan menghentam kerajaan, BUKAN medan "meluahkan" rasa tidak puas hati kepada sesiapa, TETAPI, ini ialah medan MAHASISWA/I mempelopori agenda NEGARAWAN TARBIYAH yang bakal mencorakkan pemikiran umat di kampus & suara mereka akan bergema seantero kampus & luar kampus.

MAHASISWA MEMIMPIN PERUBAHAN !!

Monday, January 25, 2010

IPT disaran tubuh Parlimen Mahasiswa

ARKIB : 19/01/2010 (UtusanOnline)

KOTA KINABALU 18 Jan. – Institusi pengajian tinggi tempatan disaran menubuhkan Parlimen Mahasiswa sebagai platform untuk golongan itu mengutarakan pandangan berhubung isu-isu semasa dan berkaitan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sebagai landasan terbaik untuk mahasiswa bersuara, setiap universiti perlu mempunyai model Parlimen Mahasiswa sendiri.

“Setakat ini, belum ada yang menubuhkan Parlimen Mahasiswa, tetapi beberapa buah universiti diketahui dalam proses ke arah itu.

“Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan yang pertama akan melancarkan Parlimen Mahasiswa pada Februari ini,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Wacana Ilmu Ke Arah Pemantapan Pelajar di Dewan Teater Tun Hamdan, Yayasan Sabah di sini hari ini.

Menurutnya, sebelum ini, proses menyalurkan pendapat dilakukan melalui Majlis Perwakilan Pelajar atau persatuan, tetapi ia kurang berkesan dalam mewakili suara mahasiswa.

Sementara itu, Saifuddin turut meminta pihak pentadbiran universiti agar tidak memperlekeh dan mengetepikan pandangan mahasiswa berhubung sesuatu isu kerana ia boleh menyekat budaya intelektualisme.

Beliau berkata, tindakan itu juga akan mengekang usaha menyuburkan minda dan memberi pendedahan kepada mahasiswa agar lebih berani bersuara.

“Perkara ini perlu dihentikan. Kita tidak mahu mahasiswa berasa dikongkong, diperkecil atau dianggap seperti budak-budak.

“Kita mesti mengiktiraf suara mereka,” katanya.

Saifuddin berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai tindakan segelintir pemimpin dan pensyarah universiti yang mengeluarkan kenyataan berunsur memperlekehkan pandangan mahasiswa.

Katanya, golongan mahasiswa seharusnya diberi pendedahan dan peranan untuk mengemuka idea-idea baru.

Mengenai rancangan untuk menaik taraf tiga daripada 32 politeknik di seluruh negara menjadi universiti pada tahun ini, beliau memberitahu, perkara itu masih dalam proses pemilihan.