Tahun 1430 H baru sahaja melabuhkan tirainya dan kini menyingkap tabir baru sesi 1431 H. Kini kita sama-sama membilang hari untuk menutup tahun masihi 2010M. Kini tiba masa untuk membuat muhasabah semula azam dan perancangan masing-masing pada awal tahun masihi dan hijrah. Jika ada yang telah tercapai maka ucapkanlah pujian bagi Allah dan jika ada yang belum tercapai maka catitkan ia sebagai azam yang akan menjadi prioriti pada tahun hadapan.
Hijrah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat mempunyai pelbagai hikmah tersembunyi. Rasulullah seorang yang strategis dan futuristik,walaupun baginda seorang Rasul yang boleh sahaja berpindah ke sana-sini dengan menaiki Buraq (rujuk kisah Israk Mikraj) namun baginda menggunakan sepenuh fikiran dan keringat berbantu tawakal keimanan kepada Rabbul Jalil untuk menempuh segala perancangan hajat kafir musyrikin Mekah untuk berhijrah ke bumi Madinah. Sebagai mahasiswa/i Islam kita perlu menjadikan sifat PROAKTIF itu sebagai kunci untuk kita mencapai kejayaan dalam kehidupan kita.
Mahasiswa/i Islam perlu menanam azam untuk 'berhijrah' daripada habit of hikikomori dan stigma 3K (Kuliyah,Kafeteria,Katil). Satu persepsi negatif kepada golongan intelektual di menara gading yang akan pulang menabur jasa kepada masyarakat.
Tuntasnya,keperibadian mahasiswa/i Islam mestilah mencontohi keperibadian junjungan Nabi s.a.w. Sedangakna Michael H.Hart mengakui kehebatan baginda untuk menduduki ranking pertama dalam bukunya The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History , kita selaku umat kebanggaan Nabi S.A.W yang disebut umat terbaik yang dilahirkan untuk Amar Ma'ruf Nahi Munkar tidak berbangga dengan pengiktirafan yang telah dibuat oleh Barat. Kita tidak harus hanya berbangga tetapi berusaha untuk mencontohi baginda sebagai contoh terbaik dalam kehidupan.
Salam Hijrah 1431H dan selamat tahun baru 2011M.
No comments:
Post a Comment