Tuesday, June 1, 2010

KENYATAAN MEDIA SPMM MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS 'FLOTILLA PEMBEBASAN' GAZA

KENYATAAN MEDIA
SPMM MENGUTUK SERANGAN ISRAEL KE ATAS 'FLOTILLA PEMBEBASAN' GAZA

Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM) melahirkan ucapan takziah dan bersimpati kepada 19 anak kapal Mavi Mavara yang meninggal dunia dan 30 yang lain cedera akibat serangan rejim Zionis Israel.

Flotila pembebasan bagi menghantar bantuan kemanusiaan ke Genting Gaza merupakan satu gerakan bagi mewujudkan kesedaran global terhadap penderitaan yang ditanggung oleh penduduk Palestin di Gaza, ekoran sekatan yang dikenakan oleh rejim Zionis Israel Laknatullah.

Memandangkan isu ini merupakan isu sejagat yang meliputi semua kaum dan agama tanpa mengira sempadan negara, warna kulit, dan parti politik, SPMM memohon semua pihak mengambil bahagian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim ini dengan mengambil tindakan mengikut kemampuan masing-masing seperti mengambil bahagian dalam demonstrasi aman yang dianjurkan oleh pihak yang berautoriti, mengadakan solat hajat di semua masjid dan surau, bacaan qunut nazilah, mengadakan kempen kesedaran melalui edaran risalah dan sebagainya dalam usaha kita melahirkan rasa prihatin kita ke atas isu ini.

Tindakan tidak berperikemanusiaan oleh pihak komando dan tentera Israel menyerang rombongan ahli pasukan bantuan kemanusiaan antarabangsa ini nyata tidak boleh dimaafkan dan membuktikan Yahudi terlalu angkuh dan menghina undang-undang antarabangsa. Semua negara Islam sepatutnya tidak mengadakan hubungan diplomatk dengan Israel dan sekutunya. Semua pemimpin Islam sepatutnya mengadakan tindakan embargo dan boikot secara berterusan ke atas barangan Israel dan sekutunya dengan matlamat kita dapat melumpuhkan 'kekuatan ekonomi' mereka.

Konklusinya, semua pihak terutamanya generasi muda (para pendakwah muda) perlu mempunyai keazaman yang tinggi untuk menguasai dan mendalami ilmu pengetahuan dalam usaha mendepani isu-isu umat Islam yang semakin mencabar. Kita berdoa kepada Allah agar kegemilangan umat Islam suatu masa dahulu akan berulang dengan lahirnya golongan 'Al-Fateh alaf baru' dan 'pahlawan Salahuddin Al-Ayyubi' yang meneruskan legasi kecemerlangan umat Islam di seluruh Institut Pengajian Tinggi (IPT) seluruh negara.

Daing Muhamad Fadzil Abd Latif
Presiden Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia (SPMM)
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

3 comments:

afifah said...

almhamdulillah smalam sempat dengar perkongsian dr seorang wakil NGO yg telh menghantr wakil mereka utk bersama menyertai konvoi tersebut..menurut beliau, misi ini mendapat perhatian seluruh dunia termasuk yg non-Muslim.setelah disyurakan wakil dr malaysia n indonesia ditugaskan utk menjaga keselamatan di bahagian hdapn(bghn kapal yg paling atas)..alhamdulillah semuanya penyusunan ALLAH.

~latest~
utk makluman 12 org wakil KITA ,13 orang aktivist LL4G(life line 4 gaza) telah berada di Jordan. Semuanya sihat. Sedang berusaha membeli pakaian untuk menggantikan yang sehelai sepinggang. Besar kemungkinan akan ke Istanbul dahulu sebelum kembali ke Malaysia. (sebab tiket dari sana)..

wlwpun x brjaya menghantar bantuan ke sana/gaza,namun yakinilah bwhawa selepas ini lebih ramai dn lebih byk lg bantuan akn dihantr ke sana.bak kata ketua MISI ini..plan A-sampai gaza,plan B-sampai gaza,plan C-sampai gaza..ini bermakna usaha misi ini akn diteruskn dn ditingkatkn.zionis-yahudi semakin tertekan,rakyat palestine semakin bersemangat dn keyakinan mereka akn janji Allah semakin kuat.

Ayuh mujahid Muda,pendakwah muda,syababul yaum,fatayatul haq,..ayuh kita bersama-sama menanamkn cita2 utk meneruskn usaha ini sekalipun kita di bumi USIM..jika x mampu melawan dgn tgn/kuasa,sekurang-kurangnya tunjukkanlah rasa kepedulian kita pd rakyat palestine,kebencian kita pada zionis,dengan hati/perasaan kita krn Allah,dengan menyertai apa sahaja usaha yg dilakukn ke arah tercapainya misi ini.

dan yang paling utama misi kita menjadikn ISLAM sebagai world order/ustaziyatul alam...so it's start from the bottom that is to be a good n real MUSLIM/individu muslim.

p/s-maaf agak panjang.saja nk berkongsi dengan semua..cz xde blog sndiri.mmg suka menumpang blog2 org..jazakillah.

Fadzil said...

Terima kasih kpd Afifah ats prkongsian yg begitu brmanfaat.

afifah said...

~pembetulan~ 12 org aktivist