UM dah start, USIM bila lagi? Sekretariat Pendakwah Muda (SPMM) dah merintis tahun lepas di Foyer FKP, MPP USIM dah mulakan di dalam Karnival Mahasiswa (Karsis'09) tapi tak mendapat sambutan. Adakah ini petanda mereka gagal? TIDAK SAMA SEKALI !!
Sebenarnya ini hanya usaha merintis yang akan diteruskan akan datang, pola 'pemikiran' mahasiswa/i USIM perlu dibaca untuk membaca 'selera' & 'pemikiran' mereka. USIM memerlukan pola & acuan sendiri dalam menengahkan "Speaking Corner" yang beracuankan integrasi keperluan intelektual mahasiswa/i itu sendiri.
Speking corner BUKAN medan menghentam kerajaan, BUKAN medan "meluahkan" rasa tidak puas hati kepada sesiapa, TETAPI, ini ialah medan MAHASISWA/I mempelopori agenda NEGARAWAN TARBIYAH yang bakal mencorakkan pemikiran umat di kampus & suara mereka akan bergema seantero kampus & luar kampus.
MAHASISWA MEMIMPIN PERUBAHAN !!
Untuk motivasi perubahan, sila baca juga :
http://pendakwahmuda.blogspot.com/2010/01/bersediakah-kita-menerima-perubahan.html
http://pendakwahmuda.blogspot.com/2010/01/bersediakah-kita-menerima-perubahan.html
2 comments:
Ingin menyaksikan perubahan pemikiran & tindakan di bumi USIM....
I.allah perubahan akan berlaku jika attitude mahasiswa/i USIM boleh berubah.sudut pidato=mimbar ilqa' takkan sunyi lagi nanti.
Post a Comment