Wednesday, June 17, 2009

Perkara di luar pemikiran

16 Jun melakar beberapa sejarah penting, memahat di benak fikiran ana apabila berlaku peristiwa-peristiwa luar jangkaan. Ada yang meninggalkan kenangan & ada yang ‘’menggetarkan hati’’ ini. Peristiwa itu berlaku secara berderetan setelah ana pulang daripada kampus ke Kolej Kediaman Sutera Indah. Peristiwa bermula pada jam 6.30 petang…..


Spiderman Sutera Indah

Memang kelakar & tak tersangka2 ! Itulah yang dapat dipaculkan daripada bibir ini. Seperti biasa sebelum masuk ke bilik, ana akan terus menerjah melalui pintu utama namun pada hari itu pintu utama telah dikunci dengan sendirinya ! Mungkin ketika keluar ke kampus terlalu tergesa-gesa maka lupa akan pintu itu tombolnya telah rosak. Maka bagaimana nak masuk ke bilik sedangkan pintu terkunci ?? Maka ana tercarilah ‘’orang besar’’ Sutera Indah iaitu Hazimin (MatZan) untuk meminjam kunci pejabat moga-moga adalah kunci spare di situ. Namun hampa…kunci tiada.


Maka minda di bawah sedar mula aktif, mencari idea bagaimana hendak masuk ke bilik. Memandangkan hari hamper gelap & tiada orang disekitar maka diambil keputusan untuk membuat sesuatu yang amat menarik (bagi ana)!


But plese don’t try this at this your residential college.


Kalau melihat gambar di kiri, ana memanjat melalui tingkap mencapai saluran air & menerjah masuk melalui tingkap yang terbuka. Ana amat bersyukur kerana tubuh yg kecil & ringan membolehkan ana melakukan aksi sebegini. Sebenarnya ana dah banyak kali membuat aksi sebegini di kampus & kolej kediaman. Sebelum ini ketika nak memasang banner di tempat tinggi di stadium utama nilai (pintu masuk stadium-bagi yg dapat mengimaginasikan) , di kampus, & ketika hendak memasuki bilik yang terkunci di kolej kediaman, maka aksi ini amat digemari.hu2 (Paling tinggi pernah panjat 4 tingkat, tergantung tanpa bertali ). Sebenarnya ana memang suka memanjat & suka akan aktiviti lasak. Tapi janganla para pembaca menganggap ana suka pecah masuk rumah orang



Akhir kalam kepada para sahabatku bersabarlah dengan apa yang berlaku, sesungguhnya sebelum ini Allah telah banyak menolong kita dalam perjuangan kita maka mungkin ini caranya Allah menyayangi kita untuk kita lebih tsabat perjuangan. Allah akan menjadikan kita kuat dengan kita menghadapi segala ketentuan-Nya dengan kesabaran yang jitu.

Sunday, June 14, 2009

Seperti Namamu


Team Urusetia, Fasilitator & pegawai penyelaras SPMM USIM

Alhamdulilah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan Rabbul Jalil di atas kekuatan yg diberikan kpd diri ini utk berhadapan dengan satu program yg amat mencabar tetapi still enjoy !! Kelmarin baru sahaja selesai mengendalikan KEM HARAPAN SAPURA anjuran Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia & Universiti Sains Islam Malaysia (Sekretariat Pendakwah Muda M'sia) di bawah tajaan SAPURA.


Memandangkan masa dalam kem tu bawak kamera tapi tak sempat nak ambil gambar2 (sibuk jd k.fasi kononnya) jadi tunggu ana grab & collect gmbr dr rakan2 dulu nanti ana uploadkan ke blog ni. ( sila lihat gambar-gambar di, baru update )

Cerita Suka

Bersama-sama rakan2 seperjuangan (Abg Syahril, K.Janah, Shu, Huda, Nasuha & ramai lagi yg mmg minta maaf tak sempat nak tulis di sini namun kalian tetap tertulis di hati ini ) selama 3 hari 2 mlm berkampung di Nilam Court memang meninggalkan satu kenangan yg cukup memberi kesan dlm kotak pemikiran. Walaupun program ini dtg secara mengejut tetapi kita bersama-sama dpt mengendalikan dgn penuh profesional shgg diiktirah oleh ramai pihak. I.allah semoga program2 akn datang kita terus bersama.

Kedatangan para peserta daripada seluruh kawasan di Negeri Sembilan cukup menggamatkan suasana. Pada awalnya, para fasi & urusetia amat ''gentar'' melihat riak muka adik2 lelaki & perempuan yg ''macho-dek muka ganasnya'' tetapi setelah bersama2 melalui setiap modul ternyata luaran bukan judgement yg sebenar. Benar Islam Is For All . An berpendapat para muslimin & muslimat yg bergelar pendakwah bkn sahaja perlu mengislahkan org Islam itu sendiri tetapi berusaha meng''Islam''kan / berdakwah kepada bukan muslim kerana di dalam kem ini ternyata memberi makna ''1Malaysia'' kerana disertai oleh pelbagai bangsa di Malaysia & ternyata ''kabinet bayangan'' yg an tubuhkan di kalangan para peserta memang menarik.


Di dalam kesibukan sebagai ketua fasilitator tidak menjadi alasan utk an bersama2 adik2 group an (group 2 PEACE!!).Walaupun diorg mengeluh ''Abg selalu jer tak ada, sibuk memanjang''(maaf adik2ku sekalian)tetapi ternyata dengan masa yang terhad itu an cuba memaksimumkan pendekatan hati ke hati sehingga mereka dapat memanfaatkan pelbagai pesanan untuk kehidupan mereka. Sedikit perkongsia, setelah pulang daripada program, an terus dapat msg daripada adik2ku (group2). Ternyata kerinduan mereka memeng tak dapat dibendung lagi, dgn ayat2 rindu hiperbolanya & dengan panggilan yg mereka ungkapkan (jgn salah anggap perempuan yg hantar, adik lelakila,- Hakim & Fitri ) kepada an mmg menunjukkan mereka memerlukan seorang ''pembimbing & motivator'' kpd mereka. I.allah jemputan utk datang ke rumah akan disambut tidak lama lagi.


Ana & Imran

Cerita Duka
Kalau ada suka mesti ada duka, sepertila kita buat modul Life Line (Tanya pada yg tahu). An mmg tak boleh buang sifat panas baran. Kebetulan mlm pertama program, adik2 ni buat hal (buat onar, hingar bingar) maka terbitlah sifat ''Incredible Hulk'' an yg mmg dah jadi darah daging sejak sekolah menengah. Tapi mujurlah sahabat2 seperjuangan yg mmg dah kenal perangai ana ni tahu nak buat apa. Maka tahap kepanasan 100'c dh turun kpd 37'c (normal).Hu2..maafla kenkawan yer. Tapi mlm tu mmg para fasi & urusetia kena buat hirasah (berjaga malam mengikut shif) sehingga ke pagi.


Ucapan Resolusi K. Fasi



Seperti namamu - Kem Harapan Sapura- Harapan yg begitu tinggi daripad para fasilitator & urusetia kem ini kepada adik2 sekalian, ukhuwah yg terjalin di dlm kem takkan terputus selagi ikatan yg tak bertali (akidah & silaturrahim) antara kita semua terjalin. Kepada semua urusetia & fasilitator tahniah atas pengorbanan kalian yg sanggup mendidik anak2 Malaysia- generasi pewaris kepimpinan negara masa hadapan, jadikan pengalaman berdakwah & mengislah ini sebagai ikrar kita bersama untuk menjadikan ISLAM SEBAGAI PEMIMPIN PERUBAHAN & pembentuk acuan Legasi Pewaris Generasi Profesional Negara Malaysia akn datang.


p/s :
Syukran jazilan juga kpd En.Syafful Syarani Pen. Pendaftar Pusat Perhubungan Korporat & Strategik juga Penyelaras SPMM USIM atas peluang yg diberikan kpd ahli2 Sekretariat Pendakwah Muda USIM utk menabur jasa di dlm program sebegini. Ada program lagi bolehla ajak kami.

....boringla kalo xder program camni, an ni jenis tak suka duduk diam hu3.....
tapi tak apa kerana program Konvesyen Pendakwah Muda Kebangsaan akan datang pasti tiba!!!...

Anak-anak buahku (Depan : Ikmal, Hakim, Fitri )

Peserta membalas dendam kpd k.fasi..sabar je la


Wednesday, June 3, 2009

Kembara Sufi Mencari Seribu Erti

''Manusia hidup melata di dunia ciptaan Sang Pencipta Yang Maha Agung. Berada di puncak, lembah, senang & susah menjadi fitrah & ujian kepada manusia. Tanpa pengharapan kepada-Nya memang kita tidak mampu untuk menongkah seorang diri,''

Salam ceria kepada semua pembaca blog Legasi Pewaris Generasi Profesional Islam ! Alhamdulilah..sekembalinya ana daripada bumi Terengganu, berita gembira menjengah ke telinga ini. Khabar drpd sahabat seperjuangan ( Umar Mukhtar ) menyampaikan khabar baik bahawa '' alat telekomunikasi '' yang hilang kini muncul kembali ! (Rujuk artikel sebelum ini) Tidak ana sangka hanset tu ada yang menjumpainya (Terima Kasih kepada pihak pengurusan Masjid Bandar Baru Nilai) yang menjaganya. Alhamdulilah seinfiniti kesyukuran diucap kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui !!

Gambar ni bukan hanset yang dujumpai tu tapi gambar ni ialah gambar hanset yang diberi pinjam bonda kepada ana.

Singa di siang Hari Sufi di malam hari
Beberapa minggu ini suasana di kampus USIM agak sibuk dengan pelbagai aktiviti. Bumi USIM selain diserikan dengan pengubahsuaian fakulti dengan lantainya yang dipasang tile ( Tambah berseri !), fakulti FPQS yang bakal dibuka, dan pelbagai program peringkat seluruh IPTA nasional sedang dijalankan, para pelajar tahun 1 (including me) sedang bersiap sedia menggembleng tenaga mempersiap diri untuk meghadapi ujian mid semester semester pendek minggu hadapan.( Subjek Fiqh Ibadat Munakahat & Akidah Islamiyah ). Tambahan pula dengan assignment yang melimpah ruah memerlukan pengurusan masa yang begitu teliti.

Malamnya ? Bagi pelajar-pelajar yang aktif berprogram, malam akan disibukkan dengan pelbagai perbincangan untuk program-program yang akan dijalankan setelah buka semester baru. I.allah minggu hadapan (12-14 Jun 2009), ana akan mengendalikan program Kem Harapan Sapura yang disertai pelajar-pelajar UPSR, PMR & SPM daripada pelbagai bangsa & kaum daripada pelbagai sekolah di Negeri Sembilan. Menerima taklifan sebagai Ketua Fasilitator ''memaksa''diri untuk membaca segala bahan-bahan bacaan yang berkaitan dan mempersiap diri daripada segi fizikal & mental. Selamat Berjuang kepada Urusetia & Fasilitator Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia Univeristi Sains Islam Malaysia (SPMM USIM). Buat yang terbaik untuk kita sama-sama mempersiap diri untuk konvesyen Pendakwah Muda Malaysia yang akan datang.



Monday, June 1, 2009

Perhatian Sahabat2 Ex-SMAASZA

Meneliti website wahana ilmu ana di sekolah menengah menerjahkan ana kepada artikel berikut, mohon kepada sahabat-sahabat ana yang membaca artikel ini terutama daripada Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin, Batu Buruk, Kuala Terengganu dapat memberi respons. Moga2 pertemuan kita dijodohka oleh Allah taala di masa akan datang.

ALUMNI!!!( daripada website : http://www.smaasza.com)
Print E-mail

Salam...

Perhatian kepada semua bekas pelajar SMAASZA / sesiapa sahaja yang pernah bertugas di SMAASZA, pihak sekolah bercadang untuk menjejak bekas pelajar/ petugas di sekolah ini. Oleh sebab itu, adalah diharapkan anda semua dapat menghantarkan maklumat-maklumat seperti NAMA, TAHUN BERSEKOLAH, PEKERJAAN, JAWATAN, ALAMAT / EMEL/ NO TEL . Dengan cara ini, adalah diharapkan semua yang pernah menjejakkan kaki ke smaasza dapat berhubungan semula di antara satu sama lain. Butiran-butiran tersebut boleh dihantar menerusi emel custcare@smaasza.com

Friday, May 29, 2009

Secebis Kesedihan


Innalillahi wa inna ilaihirajiun...inilah lafaz yg dpt ana lafazkan setelah hanset kesayangan tercicir ketika menunggang ''kuda perang biru TAN 7097'' tempoh hari. Sehingga kini hanset masih belum dijumpai walaupun jika ana buat panggilan msih lagi berdering tapi tak ada orang yg mengangkatnya, mungkin tersembunyi di lokasi yang sukar ditemui.

Allah taala berfirman di dalam surah al baqarah (lupa bil surah)
namun mafhumnya :
'' Dan kami timpakan cubaan kepada kamu dengan sesuatu daripada ketakutan dan kelaparan dan kekurangan harta dan diri (nyawa) dan buah-buahan..sehingga akhir kalam''

Ana beberapa minggu lepas ada menolong seorang sahabat seperjuangan untuk menemui hanset beliau yang hilang (waktu tu kali ke-2 hilang) tapi berkat doa dan usaha dapat ditemui semula. Ana berdoa kepada Allah agar mempertemukan semula hanset ana yang hilang dengan berkat daripada ana menolong sahabat tadi. sahabat2ku sekalian tolong doa sekali yer.

Cerita hilang hanset ni bukan ana jer, malahan sahabat ana (rasyadan & umar) mgalami pengalaman yg sama, tp bukan asbab kelalaian cam ana tp ada tangan hamba-Nya yg sengaja mengundang murka Allah mencuri hanset pejuang Islam- Rasyadan & Umar. Ya Allah ketika itu baru sahaja kami pulang drpd surau solat subuh berjemaah, kejadian tu berlaku dengan sekelip mata.

Ini cubaan yang Allah timpakan kpd hamba-Nya yg memohon kekuatan drpd-Nya. Moga2 Allah mberi kekuatan kpd kami & menggantikan kami dengan sesuatu yg lebih baik samada di dunia atau di akhirat kelak. Ana berdoa agar si pencuri itu diberi hidayah-Nya dibuka pintu hati untuk kembali bertaubat kepada Pencipta-Nya.

Tuesday, April 21, 2009

Creative Thinking : Thinking Out Of The Box


Danial adalah seorang pelajar sekolah berasrama penuh. Suatu hari Danial diminta oleh guru untuk mengisi satu slot pada perhimpunan pagi dengan tazkirah. Itu merupakan kali pertama dia diminta berucap di hadapan ramai.

Dia sedikit tergagap-gagap semasa menyampaikan ucapannya. Pelajar-pelajar lain mula menggelakkannya.

Setahun berlalu. Kali ini dia diminta berucap di hadapan kelas sahaja. Perkara sama berulang. Dia sedikit gugup dan digelakkan akhirnya. Sejak hari itu dia berasa teramat malu dan takut untuk berucap di depan ramai lagi.

Dia berkeyakinan yang dia adalah seorang yang gugup dan tiada bakat untuk berucap di khalayak ramai. Pengalaman membezakan kita dari segi perwatakan. Pengalaman membentuk diri kita.


Pengalaman dan kotak pemikiran

Pengalaman dan kejadian yang dialami setiap orang menjadi kayu ukur atau paradigma dalam diri masing-masing. Oleh kerana itu, ‘baik’ bagi kita mungkin ‘tidak baik’ bagi orang lain. Mungkin sebab itu apabila kita pergi ke tempat menjual minyak wangi, ada wangian yang kita kata ‘wangi’ tetapi kawan kita kata ‘busuk’.

Hal ini kerana setiap orang ada kayu ukurnya yang tersendiri dalam membuat penilaian. Kotak pemikiran menyebabkan kita tidak mampu berfikir secara objektif dalam sesuatu perkara. Kotak tersebutlah yang akan membatasi pemikiran kita.

Dan begitulah pengalaman mencorak diri saya semasa di sekolah dahulu. Memang saya dikenali sebagai seorang yang banyak cakap tetapi jika disuruh berucap di depan sahaja terus mulut terdiam. Malah jika disuruh untuk menguruskan mesyuarat persatuan pun saya akan menolak.

Pengalaman lalu menjadikan saya begitu. Pengalaman menjadi bahan gelak semasa di sekolah. Pengalaman itulah yang membentuk ‘kotak’ saya suatu ketika dahulu.

Berfikir di luar kotak bukan sahaja diperlukan semasa mencipta atau mereka bentuk sesuatu pelan atau projek. Tetapi juga dalam setiap penilaian, lebih-lebih lagi jika orang lain meminta kita menilai sesuatu.

Membuat penilaian terhadap orang lain mengikut ‘kotak pemikiran’ kita sendiri adalah bahaya. Lebih bahaya jika kita betul-betul yakin yang perkara tersebut adalah yang paling betul dan paling tepat. Sampai jika orang lain menyalahkannya, kita cuba membetulkan.

Dan begitulah proses berlangsung sehingga menyebabkan sindrom ‘Holier Than Thou’ melimpah tanpa dapat diri kita sendiri mengawalnya. Bukanlah salah jika kita punya pendapat sendiri berdasarkan hujah yang kita yakini. Tetapi menolak dengan cara menyalahkan pendapat orang lain yang juga ada hujah masing-masing adalah kurang tepat.

“Bebaskan diri anda dari pengalaman-pengalaman yang membelenggu pemikiran, Berfikirlah secara merdeka.” -Ary Ginanjar Agustian-

Berfikir di luar kotak memerlukan diri kita sendiri berada di luar kotak atau bergerak ke luar kotak. ‘Kotak’ di sini bermaksud kebiasaan yang kita buat atau yang kita lihat.

Mengambil contoh pelajar bernama Danial tadi yang sudah tidak yakin untuk berucap di depan khalayak ramai. Jika dia mahu berubah, dia perlulah keluar daripada kebiasaannya. Mungkin sekadar cakap seminit dua dahulu atau membaca sajak.

Berfirkir di luar kotak juga memerlukan kita membaca perasaan orang lain.


Naruto Vs Gaara

Naruto dan Gaara sejak dari kecil disisihkan oleh masyarakat sekitarnya. Umpama macam kita tinggal di kawasan kampung tetapi orang sekeliling tidak bertegur sapa dengan kita pun. Itulah yang berlaku kepada mereka berdua. Perkara tersebut membuatkan mereka berdua berasa sepi dan tersisih.

Tetapi Naruto cukup berbeza dengan Gaara. Dia cuba sedaya upaya untuk membuatkan dirinya dihargai masyarakat. Manakala Gaara pula sekadar membiarkan sahaja perkara tersebut berlaku.

Hasilnya, masyarakat Konoha makin dapat menerima kehadiran Naruto. Malah yang paling penting, Naruto tetap mempunyai keyakinan dalam dirinya yang suatu hari nanti seluruh Konoha akan menghargai kewujudannya. Sebaliknya berlaku kepada Gaara, dia tidak berasa kisah pun jika orang lain tidak mempedulikannya.

Semasa mereka berdua bertembung dalam satu pertempuran, saat Konoha sedang diserang hebat oleh Orochimaru, Naruto menyedari tentang persamaan yang terdapat dalam diri mereka berdua. Lantas terus faham dan bertindak menyedarkan Gaara dengan cara yang sesuai.


Menyelesaikan masalah dengan berfikir di luar kotak

Suatu hari semasa saya dengan seorang rakan sedang berjalan-jalan, lalu sekumpulan remaja dengan pakaian tidak senonoh. Terus sahaja rakan saya berkata, “Apalah nak jadi dengan budak-budak ini. Jomlah kita pergi dari sini.”

“Sekejaplah lagi. Tak habis merayau lagi ni. Kita duduk-duduk dulu sini.” Sengih saya kepadanya.

Teringat saya kata-kata seorang pensyarah, “Saya kalau boleh nak tengok yang pakai kopiah berjalan dengan yang kaki samseng, yang pakai tudung labuh tidaklah berjalan dengan geng-geng pakai tudung labuh juga.”

Bagi saya, jika betul ingin membantu rakan-rakan lain, berjalanlah dengan mereka dan fahami ‘kotak pemikiran’ mereka.

Kredit kpd :

http://studiomuslim.com/pengurusan/soft-skills/berfikir-di-luar-kotak/#more-120

Komen :

An tertarik dengan kata-kata ini,

'' Teringat saya kata-kata seorang pensyarah, “Saya kalau boleh nak tengok yang pakai kopiah berjalan dengan yang kaki samseng, yang pakai tudung labuh tidaklah berjalan dengan geng-geng pakai tudung labuh juga.”

Bagi saya, jika betul ingin membantu rakan-rakan lain, berjalanlah dengan mereka dan fahami ‘kotak pemikiran’ mereka''

Susah gak nak kamcing dgn org yg peribadi agak berlainan daripada kita, tp ni la kaedah dakwah yg terbaik perlu kita absorb-EMPATI TERHADAP ORANG LAIN.



Sunday, April 19, 2009

Mengekal Semangat Profesional Islam


Telah kupilih jalanMu
Jalan yang mendekatkan aku padaMu
Jalan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
Dan aku yakin sebenar-benarnya
Cintaku padaMu takkan pernah dikecewakan

Namun Tuhan,
Ampuni aku,
Fitrah hati ini terlalu berat untuk kubuang
Terlalu pahit untuk ditelan
Tapi terus-terusan aku gagahkan
Demi menggapai cintaMu Yang Esa

Bantulah aku Tuhan
Jika rinduku ini imaginasi syaitan
Dan kuminta ia dilenyapkan
Andai kasihku berlandaskan nafsu
Kumohon matikanlah rasa cinta yang belum tentu jadi milikku

Tolonglah aku Tuhan
Untuk mengisi bejana cintaku untukMu
Agar aku takkan pernah dahagakan
Cinta dari insan yang tak halal bagiku
Teguhkan kasihku untukMu
Agar aku tak kecundang dijajah cinta yang dusta
Yang menjadi hijab di antara kita
Tetapkan langkahku di jalan ini

Gagahkan aku Tuhan
Untuk menenggelamkan kapal cinta manusia
Walau ia se'gah' bahtera 'Titanic'
Tetapku pinta ia karam
Jika belayar ia di lautan dosa

Dan kumohon Tuhan
Damaikanlah ombak di hati
Walaupun ribut datang mengundang
Kasihku diikat di dasar Rabbi
Kerana ianya lumrah ujian..
Dan akan kuterus tekadkan janji
Kerana telah kupilih jalanMu.

Diambil dedikasi di atas drpd email yg diterima drpd sahabat.

Membangkitkan Semangat Sang Murabbi.

Terima Kasih kpd sahabatku ( Mat Zan ) yg sudi memberi 'semangat' utk menonton cerita Sang Murabbi, semangat Allahyarham Ustaz Rahmat Abdullah akan terus mengalir dalam darah diri ana, buat semua kader2 dakwah antum disemua diseru untuk menonton cerita ini untuk mencari ' spirit yg hilang '.


'' AKU BAKAL MENGGEGARKAN DUNIA DENGAN SEMANGAT SANG MURABBI''

''DENGAN PEMIKIRAN MUS'AB IBN UMAIR & PEMIKIRAN UMAR IBN KHATTAB AKAN AKU CETUSKAN BI'AH ISLAM DI BUMI INI''

( Coretan di atas ialah tulisan penulis Blog )

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani..

KH Rahmat Abdullah (In Memoriam)

PKS Online: KH Rahmat Abdullah dilahirkan di kota Jakarta pada tanggal 3 Juli 1953. Putra kedua dari 4 (empat) bersaudara ini hidup dari keluarga asal Betawi yang sederhana dan taat beragama. Pada usia 11 tahun ia harus menapaki hidupnya tanpa asuhan sang ayah, saat itu ia mulai berstatus sebagai seorang anak yatim.

Awal pendidikan resminya, disamping dididik oleh kedua orangtuanya, ia memasuki sebuah perguruan Islam yang terkenal di Jakarta, Perguruan Asy-Syafi'iyah bimbingan KH Abdullah Syafi'i (tokoh Islam yang berwibawa di kota ini) hingga menamatkan sekolah tingkat Aliyah (tingkat menengah) dengan prestasi yang gemilang.

Rahmat Abdullah muda sangat berbeda dengan kaum remaja seusianya pada saat itu. Ia taat beribadah, disamping mempunyai karakter dan akhlaq yang mulia. Hari-harinya dihabiskan untuk belajar, membaca dan membaca. Bahkan di usianya yang sangat muda, ia telah memposisikan dirinya sebagai guru ditempat ia menuntut ilmu.

Dunia ilmu adalah dunia yang sangat melekat dalam dirinya. Kegemarannya membaca al Qur'an dan aneka buku membuat ia jauh lebih cepat matang dibandingkan dengan remaja-remaja lain pada umumnya.Di saat inilah ia banyak membaca pikiran-pikiran para tokoh perjuangan, seperti HOS Cokro Aminoto, Moh. Natsir, Hasan Al-Banna, Sayyid Qutb, Maududi dan tokoh-tokoh lainnya.Di samping ia tetap menekuni kitab-kitab klasik (kitab kuning) sebagai warisan sejarah.

Kebersihan jiwanya telah mengantarkan Rahmat Abdullah menjadi pemuda pembelajar cepat yang sangat cemerlang seperti sebuah lautan ilmu tanpa menyandang gelar. Ia perpaduan antara khazanah ilmu-ilmu keislaman klasik dan pandangan Islam modern yang tidak dimiliki oleh banyak orang yang berlabel sang ustadz.

Dunia seni dan sastra sebagai media komunikasi budaya juga merupakan bagian bagi dirinya yang tak pernah lepas. Antara bakat dan semangat yang telah melekat. Ia gemar dzikir dan fikir, membaca fenomena alam yang kemudian diekspresikan dalam bentuk produk seni, seperti puisi, esai, butir-butir nasyid dan naskah drama. Oleh karena itulah banyak orang cenderung menjulukinya sebagai seorang “budayawan”.

Sebagai da’i sejati, ia habiskan waktu, tenaga serta pikirannya untuk kegiatan da’wah. Siang dan malam dilaluinya pengajian demi pengajian tanpa mengenal lelah dan keluh kesah. Ia menjadi tempat anak-anak muda berkonsultasi, berbagi rasa, curahan hati tanpa ada batas waktu “pelayanan ummat”. Itulah peran yang ia mainkan hingga kini.

Sebagai seorang Muballigh, ia dikenal memiliki karakter yang khas. Kemampuan retorika tinggi yang dihiasi oleh sentuhan sastra yang unik, acap kali membuat para pendengar menangis sebagaimana kemampuan ia membangkitkan semangat yang menggelora ketika ia mengangkat isu tentang jihad.

Beliau juga aktif mengisi ceramah di radio dan televisi. Beliau adalah pengisi rutin rubrik “Titik Pandang Rahmat Abdullah” di Radio Dakta Bekasi setiap Sabtu jam 06.30 WIB. Di radio ini pula beliau menggagas rubrik SAMARA yang disiarkan setiap malam Rabu.

Sebagai seorang penulis, beliau aktif menulis buku dan mengisi rubrik di beberapa majalah Islam, seperti majalah Sabili, Islah, Saksi, Ummi, dan Tarbawi. Di majalah yang disebutkan terakhir inilah, beliau secara rutin mengisi rubrik Asasiyat yang kemudian oleh Pustaka Dakwatuana diterbitkan menjadi sebuah buku dengan judul “Untukmu Kader Dakwah” pada tahun 2005.

Awal tahun 80-an, ia memasuki dunia harokah Islamiyah yang pada saat itu mulai tumbuh di Indonesia hingga menghantarkan beliau sebagai pakar dalam bidang Tarbiyah, majalah Sabili pernah memberinya gelar “Syaikh at Tarbiyah” pada tahun 2001. Dengan bermodalkan sepeda motor tua ia masuk kampung keluar kampung, masuk kampus keluar kampus menabur fikrah Islamiyah yang shahih dan syamil. Fikrah Ikhwanul Muslimin yang didistribusikan ternyata mendapat sambutan yang hangat dari berbagai kalangan yang kemudian menjadi cikal bakal berdirinya PKS.

Awal tahun 90 beliau memasuki pengembangan dunia pendidikan dan sosial secara formal, sebagai wujud dari kepeduliannya terhadap lingkungan. Ia mendirikan ISLAMIC CENTER IQRO’ yang bergerak dalam bidang pendidikan, sosial dan da’wah di wilayah Bekasi, Jawa Barat. Di sinilah ia menetap dan disinilah ia berekspresi mengembangkan cita-citanya melalui kajian kitab-kitab klasik setiap Ahad pagi.

Proses perjalanan da’wah yang panjang akhirnya telah menggiringnya pada keterlibatan dalam dunia politik yang kini ia geluti. Partai Keadilan yang kemudian berubah menjadi Partai Keadilan Sejahtera (PKS), adalah bagian dari dirinya. Ia salah satu pendiri dari partai yang berbasis islam intelektual itu.

Posisi tertinggi dalam partai, yang pada saat ini diperhitungkan itu, telah dicapainya. Sebagai bentuk kepercayaan penduukung terhadapnya. Disamping ia menjabat sebagai Ketua Majelis Pertimbangan Partai (MPP) dan Majelis Syuro, iapun menjabat sebagai anggota DPR-RI (parlemen).

Hari-harinya diwarnai oleh kesibukan yang luar biasa. Mengajar, ceramah di berbagai stasiun radio dan televisi, mengisi seminar-seminar keislaman di berbagai daerah dan luar negeri, menulis artikel di sejumlah media cetak, disamping melakukan tugas lobby politik dengan berbagai kalangan.

Di akhir hayatnya, beliau masih sempat mengikuti rapat Lembaga Tinggi Partai Keadilan Sejahtera (PKS), Selasa (14 Juni 2005) di Gedung Kindo Duren Tiga Jakarta Selatan yang dimulai ba’da Ashar sekitar jam 16.30 WIB. tak ada tanda-tanda kalau beliau sedang sakit. Wajahnya cerah seperti biasa. Namun, ketika beliau wudhu untuk menunaikan shalat Maghrib, beliau merasakan sakit di sekitar kepalanya. Beliau sempat diperikas dr. Agus Kushartoro, Direktur Bulan Sabit Merah Indonesia (BSMI). Ia dinyatakan terkena stroke. Sempat dibawa ke rumah sakit Triadipa Pancoran, akan tetapi karena peralatannya kurang memadai, beliau lalu dibawa ke rumah sakit Islam Cempaka Putih, Jakarta. Namun di tengah perjalanan, beliau dipanggil Allah Swt. Beliau wafat dalam usia 52 tahun, meninggalkan satu istri dan tujuh orang anak.

SELAMAT JALAN MUJAHID DAKWAH. MURIDMU, KADER-KADERMU AKAN MENERUSKAN CITA-CITA DAN PERJUANGANMU.

(Syamsu Hilal/Novri)