Wednesday, June 3, 2009

Kembara Sufi Mencari Seribu Erti

''Manusia hidup melata di dunia ciptaan Sang Pencipta Yang Maha Agung. Berada di puncak, lembah, senang & susah menjadi fitrah & ujian kepada manusia. Tanpa pengharapan kepada-Nya memang kita tidak mampu untuk menongkah seorang diri,''

Salam ceria kepada semua pembaca blog Legasi Pewaris Generasi Profesional Islam ! Alhamdulilah..sekembalinya ana daripada bumi Terengganu, berita gembira menjengah ke telinga ini. Khabar drpd sahabat seperjuangan ( Umar Mukhtar ) menyampaikan khabar baik bahawa '' alat telekomunikasi '' yang hilang kini muncul kembali ! (Rujuk artikel sebelum ini) Tidak ana sangka hanset tu ada yang menjumpainya (Terima Kasih kepada pihak pengurusan Masjid Bandar Baru Nilai) yang menjaganya. Alhamdulilah seinfiniti kesyukuran diucap kepada Tuhan Yang Maha Mengetahui !!

Gambar ni bukan hanset yang dujumpai tu tapi gambar ni ialah gambar hanset yang diberi pinjam bonda kepada ana.

Singa di siang Hari Sufi di malam hari
Beberapa minggu ini suasana di kampus USIM agak sibuk dengan pelbagai aktiviti. Bumi USIM selain diserikan dengan pengubahsuaian fakulti dengan lantainya yang dipasang tile ( Tambah berseri !), fakulti FPQS yang bakal dibuka, dan pelbagai program peringkat seluruh IPTA nasional sedang dijalankan, para pelajar tahun 1 (including me) sedang bersiap sedia menggembleng tenaga mempersiap diri untuk meghadapi ujian mid semester semester pendek minggu hadapan.( Subjek Fiqh Ibadat Munakahat & Akidah Islamiyah ). Tambahan pula dengan assignment yang melimpah ruah memerlukan pengurusan masa yang begitu teliti.

Malamnya ? Bagi pelajar-pelajar yang aktif berprogram, malam akan disibukkan dengan pelbagai perbincangan untuk program-program yang akan dijalankan setelah buka semester baru. I.allah minggu hadapan (12-14 Jun 2009), ana akan mengendalikan program Kem Harapan Sapura yang disertai pelajar-pelajar UPSR, PMR & SPM daripada pelbagai bangsa & kaum daripada pelbagai sekolah di Negeri Sembilan. Menerima taklifan sebagai Ketua Fasilitator ''memaksa''diri untuk membaca segala bahan-bahan bacaan yang berkaitan dan mempersiap diri daripada segi fizikal & mental. Selamat Berjuang kepada Urusetia & Fasilitator Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia Univeristi Sains Islam Malaysia (SPMM USIM). Buat yang terbaik untuk kita sama-sama mempersiap diri untuk konvesyen Pendakwah Muda Malaysia yang akan datang.



No comments: