Sunday, June 14, 2009

Seperti Namamu


Team Urusetia, Fasilitator & pegawai penyelaras SPMM USIM

Alhamdulilah seinfiniti kesyukuran dipanjatkan kepada Tuhan Rabbul Jalil di atas kekuatan yg diberikan kpd diri ini utk berhadapan dengan satu program yg amat mencabar tetapi still enjoy !! Kelmarin baru sahaja selesai mengendalikan KEM HARAPAN SAPURA anjuran Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia & Universiti Sains Islam Malaysia (Sekretariat Pendakwah Muda M'sia) di bawah tajaan SAPURA.


Memandangkan masa dalam kem tu bawak kamera tapi tak sempat nak ambil gambar2 (sibuk jd k.fasi kononnya) jadi tunggu ana grab & collect gmbr dr rakan2 dulu nanti ana uploadkan ke blog ni. ( sila lihat gambar-gambar di, baru update )

Cerita Suka

Bersama-sama rakan2 seperjuangan (Abg Syahril, K.Janah, Shu, Huda, Nasuha & ramai lagi yg mmg minta maaf tak sempat nak tulis di sini namun kalian tetap tertulis di hati ini ) selama 3 hari 2 mlm berkampung di Nilam Court memang meninggalkan satu kenangan yg cukup memberi kesan dlm kotak pemikiran. Walaupun program ini dtg secara mengejut tetapi kita bersama-sama dpt mengendalikan dgn penuh profesional shgg diiktirah oleh ramai pihak. I.allah semoga program2 akn datang kita terus bersama.

Kedatangan para peserta daripada seluruh kawasan di Negeri Sembilan cukup menggamatkan suasana. Pada awalnya, para fasi & urusetia amat ''gentar'' melihat riak muka adik2 lelaki & perempuan yg ''macho-dek muka ganasnya'' tetapi setelah bersama2 melalui setiap modul ternyata luaran bukan judgement yg sebenar. Benar Islam Is For All . An berpendapat para muslimin & muslimat yg bergelar pendakwah bkn sahaja perlu mengislahkan org Islam itu sendiri tetapi berusaha meng''Islam''kan / berdakwah kepada bukan muslim kerana di dalam kem ini ternyata memberi makna ''1Malaysia'' kerana disertai oleh pelbagai bangsa di Malaysia & ternyata ''kabinet bayangan'' yg an tubuhkan di kalangan para peserta memang menarik.


Di dalam kesibukan sebagai ketua fasilitator tidak menjadi alasan utk an bersama2 adik2 group an (group 2 PEACE!!).Walaupun diorg mengeluh ''Abg selalu jer tak ada, sibuk memanjang''(maaf adik2ku sekalian)tetapi ternyata dengan masa yang terhad itu an cuba memaksimumkan pendekatan hati ke hati sehingga mereka dapat memanfaatkan pelbagai pesanan untuk kehidupan mereka. Sedikit perkongsia, setelah pulang daripada program, an terus dapat msg daripada adik2ku (group2). Ternyata kerinduan mereka memeng tak dapat dibendung lagi, dgn ayat2 rindu hiperbolanya & dengan panggilan yg mereka ungkapkan (jgn salah anggap perempuan yg hantar, adik lelakila,- Hakim & Fitri ) kepada an mmg menunjukkan mereka memerlukan seorang ''pembimbing & motivator'' kpd mereka. I.allah jemputan utk datang ke rumah akan disambut tidak lama lagi.


Ana & Imran

Cerita Duka
Kalau ada suka mesti ada duka, sepertila kita buat modul Life Line (Tanya pada yg tahu). An mmg tak boleh buang sifat panas baran. Kebetulan mlm pertama program, adik2 ni buat hal (buat onar, hingar bingar) maka terbitlah sifat ''Incredible Hulk'' an yg mmg dah jadi darah daging sejak sekolah menengah. Tapi mujurlah sahabat2 seperjuangan yg mmg dah kenal perangai ana ni tahu nak buat apa. Maka tahap kepanasan 100'c dh turun kpd 37'c (normal).Hu2..maafla kenkawan yer. Tapi mlm tu mmg para fasi & urusetia kena buat hirasah (berjaga malam mengikut shif) sehingga ke pagi.


Ucapan Resolusi K. Fasi



Seperti namamu - Kem Harapan Sapura- Harapan yg begitu tinggi daripad para fasilitator & urusetia kem ini kepada adik2 sekalian, ukhuwah yg terjalin di dlm kem takkan terputus selagi ikatan yg tak bertali (akidah & silaturrahim) antara kita semua terjalin. Kepada semua urusetia & fasilitator tahniah atas pengorbanan kalian yg sanggup mendidik anak2 Malaysia- generasi pewaris kepimpinan negara masa hadapan, jadikan pengalaman berdakwah & mengislah ini sebagai ikrar kita bersama untuk menjadikan ISLAM SEBAGAI PEMIMPIN PERUBAHAN & pembentuk acuan Legasi Pewaris Generasi Profesional Negara Malaysia akn datang.


p/s :
Syukran jazilan juga kpd En.Syafful Syarani Pen. Pendaftar Pusat Perhubungan Korporat & Strategik juga Penyelaras SPMM USIM atas peluang yg diberikan kpd ahli2 Sekretariat Pendakwah Muda USIM utk menabur jasa di dlm program sebegini. Ada program lagi bolehla ajak kami.

....boringla kalo xder program camni, an ni jenis tak suka duduk diam hu3.....
tapi tak apa kerana program Konvesyen Pendakwah Muda Kebangsaan akan datang pasti tiba!!!...

Anak-anak buahku (Depan : Ikmal, Hakim, Fitri )

Peserta membalas dendam kpd k.fasi..sabar je la


7 comments:

shikin said...

bagus2..ala..yang marah tu biasa la..cuma kalo boleh xyah sebut dah jadi darah daging..nanti sampai bila2 ianya kekal macam tu..kira dah jadi mind set la pulak..elakkan setakat yang termampu..modul yang ldk not bad..congratulation..cume sbg faasilitator ana rasa mungkin yang rantaian nama should be earlier than team binding..banyak kelebihannya..kalo x caye maybe boleh diaplikasikan untuk program2 yang akan datang n jangan lupa ajak kami jadi fasi lagi..wassalam

Protaz_muslim89 said...

Kpd shikin :
Syukran ats nasihat & cdgn yg bernas.

HuSnaMujahidah said...
This comment has been removed by the author.
HuSnaMujahidah said...

cmna ek nak wat?

rmai adek2 ngadu yg dorang benci ngn cikgu2 sbab cikgu2 sndiri bertindak mengeluarkan kata2 yg tak sepatutnya pd dorang...

ana ingt sorg jer yg ad mslh camtu.. tup2 tgok rmai yg bermasalah camtu...

ana tak tahu nak pujuk dorang camner lg dah... mudah2an Allah lembutkan hati dorang nih...

nway, sory 4 everything klu ada terlebih ke terkurang masa prog nih...

kat prog ni pun, ana dah belajar satu benda... iaitu camner nak kwal diri n emosi.. huhu...

malam2 post mortem, asyik ana je kena 'ambush'.. saper tahan dik oii? mata dah bertakung dah.. tp, takper.. ana redha n cuba u telan sumernyer... Alhamdulillah...

(p/s: pelik tak tgok ana berpewatakan lain dr biasa msa explorace? tiba2 jd incredible hulk yg kedua.. tp baik ck8lah... huhu...)

Protaz_muslim89 said...

Kpd Husna Mujahidah :

Perwatakan cikgu skrg mmg tak dpt menandigi karisma guru2 dulu. Bg an guru mmg tak patut mgeluarkan kata2 yg x baik kpd para pelajar, profesion keguruan bkn satu profesion yg patut dcemari dgn kata2 nista. Kpd para guru byk2kanlah meneladani gaya guru2 trdahulu.

Kpd para pelajar,
Sbg pelajar mmg kita akn ad prasaan benci kpd guru apbla guru berpelakuan tak baik kpd kita tp kita sbg pelajar kna menerima hakikat adab seorg pelajar, ilmu takkan dtg apbla prasaan benci & marah mguasai diri, bykknlh baca nasihat2 para cendekiawan islm trdahulu yg mmg amat mjaga adab dgn guru.

Kembali kpd fitrah kita sbg manusia, yg tua hendaklah myayngi yg muda & yg muda hendaklah menasihati yg muda.

Sekian, hrp dpt mberi sdkt jwpn. Wallahualam.

p/s:
An dulu jd kaunselor pelajar, so skit2 pglmn ketika jd kaunselor tu an terapkan di ats. Kalo tersalah bpleh bgtau balik.

shikin said...

welcome..oo..kalo yang cikgu tu..kekadang kita kena bawak budak ni berfikir tau..memang dorang masih budak tp x salah kalo kita cabar fikiran dorang kan..contohnya..kita tanya balik..agak2nya nape cikgu tu marah adik??lepas tu bagi la ayat cket..cikgu pun manusia biasa..that's y la kalo nak cakap kita kena fikir dulu..in whatever sitution, tenang..insya'ALLAH dipermudahkan segalanya..sometimes..memang kita kena BUAT ORANG BERFIKIR LEBIH DARI MENASIHATI..think..

alasrarfilqalb said...

apa2pn program tu dh berjalan dengan jayanya..so, mga2 ada lg program susulan lps ni yg SPMM anjurkan.. kpd k.fasi, tahniah wa mabruk..