Sunday, August 23, 2020

PELABURAN PATUH SYARIAH WAHED INVEST

ANDA BELUM MULA MELABUR DI WAHED INVEST ?

.

Oleh kerana ramai yang bertanya kami berkenaan pelaburan dengan Wahed Invest, kami berikan sedikit pencerahan di sini.

.

Baca sampai habis. Jangan tak baca ya... ๐Ÿ™‚

.

WAHED Inc, syarikat teknologi kewangan Islam pertama (fintech) di dunia, telah menyediakan akses kepada pelaburan Islamik ke lebih 130 negara, termasuk pasaran utama seperti India, Pakistan, Nigeria, Timur Tengah dan Afrika Utara.

.

Mengenai platform aplikasi dalam talian tunggal, pelabur boleh menguruskan dana mereka dalam portfolio yang berbeza yang dikaji semula setiap tiga bulan, dipermudahkan oleh proses algoritma dan memerlukan penyeliaan minimum manusia.

.

Dilancarkan di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2017 dan diperluaskan ke UK setahun kemudian, app "Wahed Invest" menyediakan pilihan portfolio yang pelbagai kepada pengguna seperti dana AS, sukuk dan dana dagangan bursa (ETF).

.

Platform ini kini mempunyai sekurang-kurangnya 20,000 akaun di seluruh dunia, dan kini telah tiba di Malaysia - sebuah negara yang mempunyai 19.5 juta orang Islam atau 8.2% daripada jumlah 242 juta penduduk di Asia Tenggara.

.

Di Malaysia, Wahed adalah antara tiga penasihat robo yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) setakat ini, selain StashAway dan MYTHEO.

.

Wahed Invest mempunyai 4 orang ahli panel penasihat syariah. Antaranya, ialah Dr. Aznan Hasan, Ahli lembaga shariah AAOIFI, ahli panel penasihat shariah KWSP, dan Maybank Islamik.

.

Penasihat robo (robo-advisors) adalah kategori penasihat kewangan yang menyediakan nasihat kewangan atau pengurusan pelaburan secara online dengan intervensi manusia yang minima. Mereka memberikan khidmat nasihat kewangan digital berdasarkan peraturan atau algoritma matematik.

.

Pendek kata, melaburlah dengan Wahed Invest tanpa ragu-ragu kerana telah disahkan patuh syariah dan berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC).

.

Alhamdulillah...

.

Boleh download applikasi Wahed Invest di Apple Store atau Google Play dan anda akan diberi tunjuk-ajar mudah. Boleh mula melabur serendah RM100.

.

Saya nak berikan anda DUIT FREE sebanyak USD 2.5 (lebih kurang RM10) ๐Ÿ˜. Bagaimana?

.

Muat Turun Aplikasi WAHED INVEST di telefon pintar anda melalui link di bawah, gunakan REFERRAL CODE di bawah apabila mendaftar.

.

REFERRAL CODE : DAIABD1

.

Klik link di bawah :

. https://app.wahedinvest.com/referral

.

Semoga bermanafaat.

.

Insya Allah...

#wahedinvest #daingfadzil 

.

Di petik dari https://themalaysianreserve.com/2019/10/30/halal-robo-advisor-wahed-debuts-in-malaysia/



Saturday, August 22, 2020

KAEDAH MEMBACA LAPORAN CCRIS

Maklumat yang dilaporkan kepada Biro Kredit disimpan dalam sistem pangkalan data berkomputer yang dikenali sebagai Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (Central Credit Reference Information System, CCRIS).

CCRIS memproses data berkaitan kredit yang diterima daripada institusi kewangan peserta secara automatik dan menggabungkan maklumat tersebut ke dalam laporan kredit. Laporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan dan peminjam, apabila diminta.


Ketahui maklumat lanjut mengenai CCRIS di pautan berikut :


http://creditbureau.bnm.gov.my/BMindex.html


Di bawah saya kongsikan bagaimana kaedah kita membaca setiap angka dan perincian yang ada di dalam Laporan CCRIS yang kita perolehi, Semoga bermanfaat !


Klik pada gambar untuk paparan lebih besar dan jelas


Saturday, February 15, 2020

BENGKEL TEORI & AMALI SAMAK DAN SERTU TAHUN 2020 - MISDEC MELAKA


PENING LAAAA NAK BERSIHKAN NAJIS๐Ÿ’ฉ ANJING๐Ÿ• ,B*B*๐Ÿ– NIH, NANTI TAK SAH SOLAT ?
.
Anda yang kami cari ? :
๐Ÿ•ต‍♂Supervisor, Eksekutif/Pengurus/Konsultan Halal
๐Ÿคต๐ŸปPemilik premis hotel/kediaman/homestay
๐ŸฌPemilik Kedai runcit/supermarket
๐Ÿ‘จ๐Ÿป‍๐Ÿ”งPekerja Sanitasi & Pembersihan
๐Ÿ‘จ‍๐ŸŽ“Guru Pendidikan Islam
๐Ÿ‘จ๐Ÿป‍๐ŸฆฐUsahawan/Orang awam
.
ANDA BUKAN SAHAJA DIAJAR TEORI TAPI BOLEH PRAKTIKAL LAGI 
*Dikendalikan oleh penceramah pakar & usahawan dalam industri halal (samak & sertu)
.
Tarikh : 26hb Mac 2020 (Khamis)
.
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
.
Tempat : MISDEC Melaka (Berhampiran KIPMall Bachang)
.
Apa yang anda akan dapat dengan bayaran RM 100 sahaja 
.
Makan Tengahari
Nota & peralatan kursus
Tempat kursus yang selesa & penceramah berpengalaman
.
๐Ÿ”ฅDAFTAR SEGERA ! TEMPAT TERHAD ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ
.
Untuk pendaftaran hubungi Encik Fadzil,
.
wa.me/60133440819
wa.me/60133440819
wa.me/60133440819
.
#misdec #misdeclah #samak #sertu
#tvet #skills #melaka


Saturday, January 25, 2020

SEMINAR LATIHAN PENGENDALI MAKANAN (LPM) DAN ASAS HALAL TAHUN 2020



Klik gambar di atas untuk paparan lebih jelas

ANDA PEKERJA/MAJIKAN YANG MENGENDALIKAN MAKANAN/MINUMAN DI TEMPAT BERIKUT ?
.
๐ŸญPengeluar/Kilang Makanan/Minuman
๐ŸชRestoran/Kedai Makan/Kafeteria
⛱Pasar Malam/Pasar Tani
๐ŸคKantin Asrama/Sekolah/IPT
๐Ÿ˜Taska/Tadika/Pusat Transit
๐ŸฌHotel/Resort/dll
.
DI BAWAH AKTA MAKANAN 1983 PERATURAN2 MAKANAN KEBERSIHAN MAKANAN 2009

SETIAP PENGENDALI MAKANAN WAJIB MENGHADIRI KURSUS LATIHAN PENGENDALI MAKANAN 1X SEUMUR HIDUP ‼
((Elakkan DENDA RM 10k atau PENJARA 2 TAHUN))‼
.
SEMINAR LATIHAN PENGENDALI MAKANAN (LPM) & ASAS HALAL TAHUN 2020
*Dikendalikan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan Diiktiraf KKM
.
Tarikh : 5hb Februari 2020 (Rabu)
Masa   : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : MISDEC Melaka (Berhampiran KIPMall Bachang)
.
Apa yang anda akan dapat dengan bayaran RM 80 sahaja ?RM
(RM50 LPM + RM 30 Asas Halal & Makanan)
.
✅SIJIL LPM diiktiraf KKM (Laku seumur hidup)
✅SIJIL ASAS HALAL (dikeluarkan oleh MISDEC)
✅Makanan Tengahari
✅Bahan kursus
✅Tempat kursus yang selesa & penceramah berpengalaman
✅HARGA ISTIMEWA Suntikan Vaksin Anti-Tyfoid dari Klinik Panel MISDEC
.
‼DAFTAR SEGERA ! TEMPAT TERHAD !‼
.
Untuk pendaftaran hubungi
 
Encik Fadzil,
.
MISDEC
.
#misdec #misdeclah #latihanpengendalimakanan
#asashalal #foodsafety #melaka


Monday, November 18, 2019

MELAKA HALAL HUB SDN BHD (MHHSB), SERKAM DARAT, MELAKA - TAMAN HALAL

PERNAH DENGAR MENGENAI TAMAN HALAL ?
.
Haaa...saya nak berkongsi mengenai salah satu TAMAN HALAL DI KAWASAN PERINDUSTRIAN SERKAM DARAT DI MELAKA
.
Kawasan perindustrian ini dinamakan sebagai MELAKA HALAL HUB dan diurus selia oleh pihak MELAKA HALAL HUB SDN BHD (MHHSB)
.
Dapatkan maklumat lanjut melalui flyers yang telah kami letakkan di bawah
JIKA INGIN MUAT TURUN (DOWNLOAD) dalam bentuk PDF di LINK ini
.
Untuk maklumat lebih lanjut , boleh layari

Website : http://melakahalalhub.com

Facebook : https://www.facebook.com/melakahalalhubsdnbhd/

KLIK PADA GAMBAR UNTUK SAIZ YANG LEBIH JELAS



Sunday, November 17, 2019

TAKWIM ISLAMIK 2020

Assalamualaikum w.b.t

Haaa...posting blog kali ini saya nak berkongsi mengenai TAKWIM ISLAMIK TAHUN 2020.
Pastinya ramai yang tengah membuat pelbagai perancangan untuk tahun 2020 kan.
.
Baiklah berikut saya sertakan takwim mengikut bulan dalam format JPEG dan PDF.
.
Panduan :

1) Klik kanan pada tetikus (mouse) dan SAVE AS untuk setiap gambar (Jika anda guna DESKTOP)

2) Jika anda mahu SAVE ke PHONE, klik lama-lama pada gambar dan SAVE

3) Jika nak PRINT, seelok-eloknya MUAT TURUN (DOWNLOAD format PDF)
    KLIK DI SINI UNTUK FORMAT PDF
.
SEMOGA BERMANFAAT !
p/s : Mohon dapat bagi kreditkan sumber iaitu daripada blog ini jika anda mahu copy paste ke mana-mana sumber media sosial / blog / website anda yang lain =) Peace yo !
.












Wednesday, May 1, 2019

JOM REDEEM SOFT PIN TOUCH N GO (TNG) E-WALLET

Assalamualaikum & Salam Sejahtera !
.
Haa.. dalam post kali ini saya nak berkongsi dengan anda semua dengan topik yang trending dalam perniagaan sekarang iaitu CASHLESS BUSINESS (BISNES TANPA TUNAI).
.
Salah satu aplikasi yang popular sekarang ialah APLIKASI TOUCH N GO EWALLET.
.
(Gambar sekadar hiasan)

Pernah ada orang bagi atau orang offer kertas seperti di atas? Semasa post ini ditulis, setiap merchant (termasuk saya) sudah diberikan sekotak kertas softpin di atas tetapi bernilai RM 6 setiap satu (sebelum ini RM 8 setiap helai) berjumlah 100 keping setiap merchant.
.
TAHNIAH jika anda pertama kali menerima kertas di atas dan memang post ini ditargetkan untuk mereka yang kali pertama nak guna softpin ini. Bagaimana? Ikuti tutorial mudah di bawah.
.

.
Laju sangat video di atas? Tak jelas? Haa...kami sediakan juga dalam bentuk screenshot di bawah.
Ikuti gambar langkah-demi-langkah.
.

Langkah 1 : WAJIB Muat Turun aplikasi Touch n Go Ewallet daripada Android Playstore / IOS smartphone anda. Daftar akaun anda dalam aplikasi itu.


Langkah 2 : Dah daftar, log in dalam sistem dan klik pada reload ewallet


Standby soft pin anda ! 

Langkah 3 : Masukkan nombor softpin anda pada TnG RELOAD PIN

TAHNIAH ! Jika anda dapat paparan seperti di atas, maka anda sudah berjaya RELOAD EWALLET anda ! Jika gagal, mungkin bermaksud anda pernah RELOAD sebelum ini (cuba ingat-ingatkan),
Jangan buang pula softpin tu kalau gagal reload, bagi pada family atau kawan-kawan yang belum pernah reload ya !

Dah reload mesti nak guna kan? Maka boleh cari merchant (penjual) yang kita boleh beli produk/servis diorang pakai aplikasi ini.

Kalau diorang ada hantar gambar QR CODE diorang, maka tekan SCAN & CARI GAMBAR DALAM GALLERY PHONE kita ya !


Haaa...atas & bawah ni  ni contoh gambar QR CODE  MERCHANT/SELLER (PENJUAL)


Scan elok-elok =) QR CODE ada yang statik (diorang letak atas meja atau tampal sticker, korang scan jerla)


Aha...bila dah scan QR CODE tu, nanti akan keluar paparan nama bisnes tu, korang masukkan nilai berapa RM jumlah harga yang hendak dibayar.Tekan CONFIRM


Bila dah tekan CONFIRM, akan keluar paparan di atas, korang screenshot dan wasap gambar screenshot tu pada merchant atau kalau merchant tu ada depan korang, tunjuk dia seperti skrin di atas. Biasanya merchant akan dapat SMS ada payment masuk tapi kami tak tahu daripada buyer mana,jadi kami perlukan bukti daripada buyer untuk pengesahan pembayaran =)
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Senang kan? Haa....macam-macam kemudahan lagi ada dalam aplikasi Touch N Go Ewallet ni.
Korang tak takyahla uninstall, kalau tak nak pakai aplikasi tu,biarkan jer,nanti dari masa kesemasa update dekat website TOUCH N GO EWALLET

Benda FREE kenapa nak perlu UNINSTALL ! ahaha =)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
So, kalau korang tak tahu nak cari kat mana merchant yang ada QR code tu, nak belanja juga, boleh contact saya untuk beli produk/servis yang saya tawarkan =)

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Anda peniaga yang nak dapatkan kelebihan seperti saya di atas? 
Nak dapatkan pelbagai lagi tools PERCUMA seperti di bawah


*PELUANG KENCANGKAN BISNES 2019 ANDA!*
.
DAFTAR SEBAGAI MERCHANT (PENJUAL) EWALLET TOUCH N GO (TnG) *PERCUMA* !!!
(Tertakluk kepada terma & syarat)
.
Tahukah Anda sekarang era pelangan memilih Pembayaran Tanpa Tunai? (Cashless)
.
Tak kiralah anda di pasar tani,pasar malam,kedai runcit,mini market,supermarket,rumah,online atau offline.
.
Dengan mendaftar ini,akan dapat :
?? *FREE* Semua Kit marketing seperti dalam gambar
?? *FREE* RM800 melalui penggunaan Reload Softpin RM 8x100pcs y dibekalkan (Tertakluk terma & syarat)
?? Terima kaedah pembayaran tanpa tunai tanpa perlu beli sistem beribu riban !
?? *FREE* Advertisement & Promosi oleh pihak TnG
...Eh banyak lagi la !!!
.
Nampakla bisnes anda ni canggih sikit daripada orang lain!
.
Bukti kami dah pakai sendiri sistem ni. Lihat link di bawah
.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1147120882119212&id=114716968692947
.
Berminat atau nak tanya lebih lanjut boleh klik link di bawah
.


#EwalletTouchNGo
#DfrOnlineStore


.

Sunday, October 14, 2018

TAKWIM PERSEKOLAHAN 2019

Merancang untuk program tahun 2019?  Saya kongsikan takwim persekolahan tahun 2019 ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ๐Ÿ’Ÿ
Klik pada gambar di atas untuk saiz lebih besar
Dokumen Asal dalam bentuk jpeg & pdf boleh dimuat turun di sini

Tuesday, September 4, 2018

Menulis sebagai membina legasi

Legasi melalui penulisan buku yang berdaftar dengan International Standard Book Number (ISBN) 

Insya allah di post ini saya akan kemaskini dengan ebook & buku fizikal yang saya sedang tulis atau sudah siap berdaftar dengan ISBN.

Saya sedang membuat permohonan dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) .

Jika lihat di di blog ini, di bahagian "Legasi Ilmu" sebenarnya sudah ada ebook yang sudah siap dikongsikan secara PERCUMA.  Namun belum tersebar luas.

Jadi eloklah saya buat kemaskini dan dengan objektif serampang dua mata iaitu membina revenue stream dengan jualan produk ebook & buku fizikal sekaligus dapat menyebar luas sekelumit perkongsian.

Antara topik yang saya akan tulis ialah berkaitan Motivasi,  Kewangan,  Operasi,  Pentadbiran,  Pemasaran & Jualan,  Sumber Manusia,  Halal dan Keselamatan Makanan juga Kawalan Kualiti (Food Safety & Quality Control)  sesuai dengan jawatan dan industri halal di Industri Kecil & Sederhana (IKS) yang saya ceburi sekarang.

Semoga dipermudahkan. Amiin.

kredit gambar : terbitebook.my



Sunday, September 2, 2018

Dfr Online Store membuat Jualan Produk & Servis secara langsung (Offline) di PASAR TANI MERLIMAU MELAKA setiap hari AHAD ๐Ÿ’Ÿ

kami mengalu alukn kehadiran semua rakan FB kami ini.  Jika nak jadi agen/pengedar setiap produk/servis kami pun boleh datang diskus & ambil stok di booth kami ๐ŸŽ‰

wasap.my/60107950255/pasartanimerlimau

FB : DFR ONLINE STORE

#dfronlinestore
#pasartanimerlimau


Wednesday, September 21, 2016

Pisau berkarat perlu diasah kembali, pena tumpul cari pengasahnya

21 September 2016 - 10:22 malam

Alhamdulilah, blog ni dapat diakses semula.

Posting blog terakhir saya ialah pada hujung Ogos 2014.

Ekoran urusan melanjutkan pelajaran selepas itu mencari kesesuaian dalam kerjaya baru dalam bidang makanan dan faktor paling besar ialah platform paling mudah untuk kemaskini idea penulisan ialah di media sosial facebook. Dengan itu, blog ini bersarang labah-labah. Maaf atas perkara ini.

Jika tuan cik puan selalu datang menjengah ke blog ini, saya ucapkan terima kasih banyak-banyak.

Saya berbesar hati tuan cik puan dapat bersahabat dengan saya secara maya di akaun facebook saya yang saya letakkan pautan linknya di sebelah kanan blog ini.

Kenapa blog daingfadzil terlalu banyak tab blog-blog lain ?

Ya, pada awalnya saya mahu pisahkan tajuk-tajuk penulisan blog mengikut tema.

Ada segmen kewangan (memandangkan saya graduan bidang kewangan), pembinaan keluarga, self-help (motivasi diri), keusahawan dan halal (blog ini saya cipta ketika awal saya menyambung  pelajaran di MISDEC HAMRA.

Idea akhir ialah saya boleh kompilasikan setiap blog menjadi ebook dan modul.

Saya pernah belajar menulis ebook dan membina modul. Malah, external hardisk yang tersimpan beribu-ribu modul dan penulisan ini ingin dikongsi supaya lebih ramai dapat menerima manfaat.

Apabila maklumat menjadi hanya catitan, saya rasa rugi. Justeru, saya memikirkan eloklah dimulakan kembali penulisan blog ini sebagai batu asas untuk menyusun semula idea-idea yang difikirkan.

Mungkin bermula dengan konsisten satu posting blog setiap minggu sudah memadai.

Ok, setakat ini sahaja. Sebarang komen amat dialu-alukan.

Boleh tinggal komen disini, PM inbox FB saya atau email ke daingfadzil@gmail.com

Sekian, terima kasih

Sunday, August 31, 2014

Koko Minda Plus dan Co-Collegen Plus


Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas


Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari

LIKE & SHARE Facebook 


Ingat Koko, Ingat Koko Minda Plus ! :)


Monday, March 17, 2014

Kaya Bukan Dikira Berapa Banyak Yang Kita Ada TETAPI ...



Satu petikan kata-kata yang sangat menarik dapat dikutip daripada Filem Pendek ini dan  sangat kena untuk saya memberi makna kepada penghasilan blog daingfadzil.blogspot.com ini

BEING RICH IS NOT ABOUT HOW MUCH YOU HAVE
BUT HOW MUCH YOU CAN GIVE

Terjemahan bebas :

Menjadi kaya bukanlah daripada kiraan berapa banyak kuantiti harta yang kamu ada
TETAPI
BERAPA BANYAK YANG KAMU BOLEH BERI

Semakin kamu memberi dalam bentuk fizikal,intelektual,emosional dan spiritual, semakin banyak kamu akan menerima. 

"Menerima semula" bukanlah sahaja balasan serta merta dalam ganjaran $$$ tetapi yakinlah ada ganjaran dalam bentuk yang tidak disangka-sangka.

Yakinlah ! Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani 

Monday, November 25, 2013

Plan Pemasaran - Tinjauan menyeluruh sebelum spesifik

Selama hampir 8 bulan dalam jabatan pemasaran di sebuah institut pendidikan tinggi kemahiran (IPTK), banyak perkara mengenai teknik pemasaran dapat saya pelajari secara hands-on (sebenar). Kombinasi antara pengetahuan yang pernah dipelajari mengenai Business Model Canvas (BMC) yang pernah saya tulis di Blok-blok dalam model bisnes dan pengalaman di tempat kerja saya ringkaskan dalam artikel ini.

Berikut ialah pemerhatian terhadap kombinasi blok-blok dalam model bisnes terhadap IPTK yang dicerap.
BMC merupakan antara 'model semak dan imbang (check& balance)' yang baik untuk menyemak plan perniagaan kita.


Ini pula Pelan Pemasaran secara bertempoh (E.g : dua bulan sekali) secara spesifik kita lakarkan secara SMART (Spesifik,Boleh ukur,Boleh Capai, Realistik,dan Bertempoh)  penjanaan kepada Revenue Stream yang ingin kita cipta.


Pelan pemasaran bertempoh yang kita hasilkan perlu ada laporan aktiviti dan perbelanjaan di akhir tempoh akhir pelaksanaan bagi mengukut tahap keberkesanan dan satu penilaian semula (penambahbaikan dan pengukuhan) terhadap pelan pemasaran lampau dilakukan.

Friday, November 15, 2013

Tips Bijak Kewangan Untuk Graduan Baru

Idea untuk menulis artikel ini hadir setelah melihat posting status seorang rakan Facebook yang akan menamatkan pengajian universiti tidak lama lagi, antara perkara yang seorang graduan baru perlu dan mesti tahu ialah perihal menguruskan kewangan apabila mula bekerjaya.

Baiklah, ketika artikel ini ditulis, saya mengambil pengalaman saya yang hampir setahun bekerja dalam sektor swasta. Syukur kepada Allah, sebaik sahaja saya tamat pengajian saya terus mendapat peluang pekerjaan, walaupun bukan dalam bidang yang sama saya belajar namun seorang graduan baru perlu ingat, jika anda terlalu memilih pekerjaan di peringkat awal, tangga kerjaya anda akan mula lambat.

Mungkin satu artikel mengenai bagaimana mahu memulakan tangga kerjaya boleh dihasilkan. Nantikan !

Baiklah, perkara paling penting dalam menguruskan kewangan untuk seorang graduan baru (malahan pekerja yang sudah lama) ialah MENGURUSKAN ALIRAN TUNAI (CASH FLOW)


Sunday, June 2, 2013

Jalan keluar graduan menganggur - program FREE dapat ELAUN

Saya melihat banyak usaha pihak kerajaan dan swasta menjalankan pelbagai program untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan yang beratus ribu tamat pengajian setiap tahun. Program PERCUMA, dapat ELAUN pula tu ! 

#Cuma saya kesal informasi program ini 'tidak sampai' kepada sasaran mungkin kerana cara komunikasi disampaikan dan pendekatan penyampaian tidak menyeluruh.

Ini ialah salah satu program yang saya cadangkan kepada para graduan menganggur untuk keluar daripada belenggu pengangguran (GCAP)



Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah isi kandungan program ini?

Saturday, April 13, 2013

Saya Graduan Graduate Career Accelerated Program (GCAP)


Selama 6 minggu bermula 4 Mac 2013 - 10 April 2013 saya menghadiri program Graduate Career Accelerated Program (GCAP) yang dikendalikan oleh My-Partners Sdn. Bhd (Kerjasama dengan Talent Corporation Malaysia Berhad). Kursus pemantapan kemahiran insaniah (soft-skills) untuk graduan baru, graduan menganggur dan yang ingin mencari peluang pekerjaan yang lebih baik. Saya hadiri kursus ini di Showme International College, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

Antara modul yang dijalankan di dalam kursus ini ialah

No. of Module
Module Title
1
Mind Mapping – Global Employability Mindset
2
Economic Transformation Program & Government Transformation Program (ETP & GTP)
3
International Business English
4
Creative Thinking, Methodological Decision Making & Analytical Solving Methods
5
Up Your Service
6
Customer Interaction On Worldwide Perspective
7
International Professional Interaction System
8
Global Entrepreneur Program
9
Grooming & World Class Etiquette

Kelihatan agak membosankan bukan? Tidak, jangan salah sangka kerana mengikut pengalaman saya modul yang dijalankan sangat menarik kerana dijalankan dalam sesi penuh santai tapi penuh informasi, aktiviti indoor-outdoor (seperti Amazing Race, trip ke Pulau Kapas, kajian lapangan ke bank-bank komersil, lawatan sambil belajar ke HyperMarket seperi Giant dan Mydin dan lawatan sambil belajar ke Bank Negara Malaysia Cawangan Terengganu untuk modul pengurusan kewangan). Senang kata, saya biarkan anda melihat gambar-gambar di bawah kerana gambar boleh bercerita 1001 perkara.