Friday, November 15, 2013

Tips Bijak Kewangan Untuk Graduan Baru

Idea untuk menulis artikel ini hadir setelah melihat posting status seorang rakan Facebook yang akan menamatkan pengajian universiti tidak lama lagi, antara perkara yang seorang graduan baru perlu dan mesti tahu ialah perihal menguruskan kewangan apabila mula bekerjaya.

Baiklah, ketika artikel ini ditulis, saya mengambil pengalaman saya yang hampir setahun bekerja dalam sektor swasta. Syukur kepada Allah, sebaik sahaja saya tamat pengajian saya terus mendapat peluang pekerjaan, walaupun bukan dalam bidang yang sama saya belajar namun seorang graduan baru perlu ingat, jika anda terlalu memilih pekerjaan di peringkat awal, tangga kerjaya anda akan mula lambat.

Mungkin satu artikel mengenai bagaimana mahu memulakan tangga kerjaya boleh dihasilkan. Nantikan !

Baiklah, perkara paling penting dalam menguruskan kewangan untuk seorang graduan baru (malahan pekerja yang sudah lama) ialah MENGURUSKAN ALIRAN TUNAI (CASH FLOW)



Contoh slip gaji yang diperolehi setiap bulan 

Apabila menerima gaji setiap bulan (pendapatan aktif daripada kerjaya) perkara yang perlu diketahui ialah mengenai PENYATA/SLIP GAJI kita yang menunjukkan 

1-Bayaran Asas (Basic Pay)
2-Elaun (Allowance)
3-Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF)
4-Caruman Perlindungan Sosial Pekeja (PERKESO/SOCSO)
5-Jumlah ketidak hadiran (Absent Amount)
6-Wang Pendahuluan (Advance)
7-Potongan Cukai Berjadual (PCB)
8-Jumlah potongan keseluruhan
9-Jumlah bayaran kasar
10-Bayaran sebenar (Net Pay)
11-Lain-lain.... (sektor tertentu mempunyai potongan/tambahan tertentu)-Sektor Awam mungkin berbeza dengan sektor swasta

Walau bagaimanapun, setiap item dalam slip gaji kita perlu diketahui dari mana dan ke mana akan pergi dan fungsinya. Boleh dirujuk kepada Jabatan Sumber Manusia/Jabatan Akaun masing-masing.

Fail aliran tunai masuk dan keluar (Contoh)

Sesebuah syarikat mempunyai akauntan khas yang akan menjaga aliran tunai keluar dan masuk sesebuah organisasi bagi memastikan keseimbangan kewangan. Jika pincang aliran tunainya maka boleh membawa kepada krisis kewangan yang serius !

Jadi, kita perlu jadi akauntan kepada diri kita sendiri. Bagi yang sudah berkahwin, perkara ini perlu dibincangkan dengan pasangan kerana ia bukan melibatkan akaun individu tetapi kombinasi.

Gambar yang saya paparkan ialah sebahagian fail yang saya wujudkan.

Bilik tidur kita perlu diwujudkan satu ruangan khas untuk menyimpan dokumen berkaitan pengajian kita seperti transaksi yuran, slip gaji,  pembayaran kepada pemiutang (etc PTPTN).

Kita perlu tahu aset dan liabiliti yang kita ada.

Saya tahu yang saya ada caruman Takaful Pendidikan dan Nyawa yang dibayar oleh ibu bapa saya tiap-tiap bulan. Jadi saya kena tahu apakah kandungan polisi Takaful tersebut.

Saya tahu yang saya ada melabur dalam pelaburan ASB, Dirham, Emas dan sebagainya. Maka saya perlu tahu sedikit sebanyak bagaimana mahu mengurus portfolio pelaburan 'kecil' tersebut supaya ia boleh berkembang.

Saya tahu yang saya ada aset jangka pendek dan jangka panjang seperti buku, laptop, Portable PA system,simpanan SSPN dan sebagainya. Saya perlu tahu bagaimana mahu memastikan nilai aset yang saya ada boleh dijadikan sebagai pendapatan pasif saya kerana saya tahu pendapatan aktif saya setiap bulan iaitu gaji memang tidak cukup !

Saya tahu yang saya ada liabiliti jangka pendek dan jangka panjang seperti pinjaman PTPTN dan sebagainya Jadi saya perlu tahu pelan untuk memastikan liabiliti saya semakin berkurang mengikut jadual pembayaran dan memastikan tiada liabilit baru yang membebankan !

Ringkasnya, pengetahuan mengenai pengurusan kewangan perlu ditingkat dari masa ke semasa.

Berkawanlah dengan buku kewangan yang banyak di pasaran, carilah rakan-rakan yang boleh memberi nasihat kewangan dan mulalah membina portfolio kewangan sendiri kerana aspek kewangan akan menjadi mudah apabila seawal memasuki bidang kerjaya kita sudah cakna akan isu kewangan.

Salam bijak kewangan !

p/s : ada satu artikel yang pernah saya tulis iaitu berkenaan Model Pengurusan Kewangan Individu yang saya rasa berkait rapat dengan artikel kali ini, artikel tersebut boleh dibaca di sini


No comments: