Tuesday, September 4, 2018

Menulis sebagai membina legasi

Legasi melalui penulisan buku yang berdaftar dengan International Standard Book Number (ISBN) 

Insya allah di post ini saya akan kemaskini dengan ebook & buku fizikal yang saya sedang tulis atau sudah siap berdaftar dengan ISBN.

Saya sedang membuat permohonan dengan pihak Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) .

Jika lihat di di blog ini, di bahagian "Legasi Ilmu" sebenarnya sudah ada ebook yang sudah siap dikongsikan secara PERCUMA.  Namun belum tersebar luas.

Jadi eloklah saya buat kemaskini dan dengan objektif serampang dua mata iaitu membina revenue stream dengan jualan produk ebook & buku fizikal sekaligus dapat menyebar luas sekelumit perkongsian.

Antara topik yang saya akan tulis ialah berkaitan Motivasi,  Kewangan,  Operasi,  Pentadbiran,  Pemasaran & Jualan,  Sumber Manusia,  Halal dan Keselamatan Makanan juga Kawalan Kualiti (Food Safety & Quality Control)  sesuai dengan jawatan dan industri halal di Industri Kecil & Sederhana (IKS) yang saya ceburi sekarang.

Semoga dipermudahkan. Amiin.

kredit gambar : terbitebook.my



No comments: