Saya melihat banyak usaha pihak kerajaan dan swasta menjalankan pelbagai program untuk mengatasi masalah pengangguran di kalangan graduan yang beratus ribu tamat pengajian setiap tahun. Program PERCUMA, dapat ELAUN pula tu !
#Cuma saya kesal informasi program ini 'tidak sampai' kepada sasaran mungkin kerana cara komunikasi disampaikan dan pendekatan penyampaian tidak menyeluruh.
Ini ialah salah satu program yang saya cadangkan kepada para graduan menganggur untuk keluar daripada belenggu pengangguran (GCAP)
Mungkin ada yang tertanya-tanya apakah isi kandungan program ini?
#Saya adalah antara graduan yang mengikuti program ini dan berjaya mendapatkan pekerjaan sejurus selesai program. saya ada coretkan di dalam posting blog saya di sini
Kepada rakan-rakan yang masih menganggur ataupun tuan/puan yang sudah bekerja tetapi ada rakan-rakan/anak-anak/sanak saudara yang masih menganggur, saya cadangkanlah ajak mereka untuk mengikuti program ini
#Semoga dengan salah satu usaha murni ini dapat membendung masalah pengangguran di Malaysia dan mengangkat martabat diri, agama, bangsa dan negara seterusnya memajukan ekonomi dan sosial masyarakat.
Insya allah.
No comments:
Post a Comment