Monday, June 22, 2009

''Ghairah'' untukmu Mad'u


Tentu pelbagai persepsi timbul apabila dibaca tajuk posting kali ini, ''tajaruddkan'' pemikiran kita daripada pemikiran yang negatif & hayati penulisan berikut supaya sama-sama kita mendapat manfaat daripada sedikit coretan ini.

Outside-In & Inside-Out
Satu lontaran kepada para aktivis dakwah kampus...''kenapa kita bergerak untuk menjalankan dakwah di kampus?'' Beginilah uslub terhampir yang ana boleh tanya kepada para pembaca blog kerana jawapannya tentu pelbagai. Ana boleh menjangkakan jawapannya ialah seperti berikut :

1. Dakwah itu wajib (Alhamdulilah...)
2. Banyak sangat maksiat di kampus so kita kena berjuang ( Fuh bersemangat ! Jahar ! )
3. Ntahla, ana ikut2 jer sahabat2 yg lain..seronok2 jer.
4. Bosanla nak duduk belajar jer...buat kerja dakwah lagi bagus daripada belajar
( Ini kena baca artikel Jenayah Aktivis Dakwah di Kampus - Tulisan Ust Hasrizal )

Memang banyak jawapan tapi ana lontarkan beberapa persoalan :
1. Dakwah kerana kewajipan ?? Ha, memangla sebab di kampus kita hanya ada 4
kewajipan iaitu PTPTN, belajar, ibu bapa & dakwah. Tunggu nanti kalau dah kerja, dah
graduate, kewajipan akan bertambah kepada kerja, keluarga, majikan dan 1001 lagi yang
bertambah dari semasa ke semasa. Maka kewajipan dakwah akan diletak yang ke berapa?
Tentunya paling tidak popular. Betul tak?

2. Semangat nak islahkan keadaan sekeliling? Kalau keadaan sekeliling dah baik, tentunya
semangat tu akan terpadam...terus beku menghilang. Macam mana pulak ?

3. Ikut kawan? Ish2, kalau dah kawan tu ''kamcing'' memang ke mana2 jer ada.
Masalahnya kalau kawan awak tu 'down' jugak maka kita pun lingkup sama...apa kes
bro??

4. Boring?? Tak ada kerja lain nak buat? Baik duduk kolej kediaman, rehat, makan2..lagi
bagus! Betul ke?

Ha, acu try jawab..kalaul kita jawab jawapan di atas sebenarnya inilah yang dinamakan Outside-In (Pengaruh daripada luar kepada diri kita). Maka apa pula Inside-Out?
Sebab tu kita cuba memupuk semangat seronok berdakwah di dalam diri sendiri @ Ghairah kepada mad'u ni

Tapi bagaimana nak seronok dalam berdakwah? Ha, yang ni kita nak tahu ni !!
(Gaya Nabil)

Entahla, cuba para pemikir2 sekalian hantarkan pendapat antum ke posting kali ini..ana saja nak cetuskan persoalan ni kerana ana pun sedang mencari jawapan. Ok selamat menghantar komen2 yg bernas...i.allah kalau ana ada idea ana akan sharekan pada posting akan datang.

Ghairahkan diri antum utk menulis komen pada posting ini !
Sirru a'la barakatillah
Incedible Hulk ! Astghfirullazim..ni tambahan cerita yg baru terjadi tadi, pendakwah kena byk bersabar, namun sifat hamba ini yg 'panaih baran' mybbkan seorang staf (hu3) mjadi mangsa. Bukan apa ana nak pulangkan buku, apabila di kaunter sirkulasi mndpti buku itu ialah buku yg mmg tak boleh dipinjam maka dlm akaun ana kena denda rm8 lebih!! Apa lagi ana terus meluru ke pegawai yg ada utk mminta penjelasan, ana tak lewat pulangkan buku? Buku boleh dipinjam di mesin & boleh mlepasi sistem pintu keluar, x bunyi pun ?! Maka hak mahasiswa terus ditegakkan ! Setelah berhujah maka alhamdulilah kes selesai secara baik.
Ribuan kemaafan kpd staff berkenaan & kpd kenkawan yg 'ulat buku' pastikan buku yg nak dipinjam tidak mmpunyai sbrg masalah.

4 comments:

kak ba said...

salam..untk kita jalankan dakwah,kepelbagaian perlu ada kerana mad'u berbeza2.

kenali dulu,dan paling penting, cuba buka ruang hati kita untk menerima mereka.

insyaALLAh..

Mohd Hazimin Harun said...

salam

1.mad'u tu member kita. so buat la cara member. pada pandangan peribadi, tak usah kita ghairah semata2 nak buat mad'u tertarik kita. sebaliknya, buatkan kita tertarik kepada mad'u. pasti, mereka akan selesa dengan kita.

2. Pastikan tiada sebarang penghalang antara daie dan mad'u. Layan kepala mereka. jangan ikut kepala kita sahaja. Kalau mad'u menyampah tengok orang thiqah,(hehehe) jangan la kita jadi thiqah lebih. Huu

3. satu perkara lagi, kalau level mad'u kita sah2 bukan macam sebaik yang kita sangkakan, jangan kita ada terdetik dalam hati "alah dia ni, camni je rupanye..." sebaliknya raikan dengan seikhlas hati apa yang ada pada diri mereka. people dont care how much you know, but they want to know how much you care.

apapun, asas bagi seorang daie adalah ikhlas. jangan sesekali hipokrit. be yourself.

Petunjuk Ketenangan said...

salam..

ana tertarik dgn kata2 sdara hazimin, jgn sesekali hipokrit...

tiba2 ana terfikir n tertanya2,
jika seorg daie cuba utk mngikut rentak mad'unye sdgkan itu bkn fitrah/identitinya spya boleh cope/masuk dgn mad'unya sekaligus spya mad'u itu boleh menerima caranya dgn cara 'mnjadi' spt mad'u.. adakah itu juga dikatakan hipokrit ye?
juz persoalan...

kdg manjdi satu cabaran bg seorg daie utk mgikut rentak mad'unye yg pelbagai.. kn?
sama2lah memfleksiblekan diri..
dlm nk mengikut rentak mad'u, jgn sampai kita lupa niat kita yg asal...
n jgn smpai ada daie yg mnjadi mad'u... kalo dr sudut yg baik takper.. tp dr sudut yg lagi satu tu, nauzubillah min zalik...

Mohd Hazimin Harun said...

Salam,

Antara kesilapan kecil yang sering berlaku di kalangan para daei bila berhadapan dengan mad'u adalah mereka terlalu cepat meng'oposisi'kan diri mereka dengan mad'u. Jika dari awal lagi kita meletakkan diri kita sebagai halangan, maka kita belum lagi mampu menjadi 'problem solver' bagi mad'u yang kita tangani.

Soal hipokrit atau tidak bila cuba untuk 'menjadi' seperti mad'u adalah persoalan yang ketiga belas.

Soal pertama yang perlu dirungkaikan, sejauh mana keinginan kita untuk mendekati dan memahami mereka sebagai mad'u kita?

Sejauh mana relanya hati kita untuk memastikan kita mendapat tempat di hati mad'u?

Ambil sebagai contoh(dari konteks kita sebagai pelajar/mahasiswa), kita melihat seseorang yang tidak menutup aurat(pakai seluar pendek/tak pakai tudung kepala) di kolej kediaman.

Perkara pertama yang perlu kita fikirkan, adalah bukannya "bagaimana cara aku nak menegur atau menasihati dia?"

Sebaliknya yang utama kita mesti fikir,"bagaimana aku ingin menjadi sahabat kepadanya?"
Timbulkan keinginan: "kalau boleh aku benar-benar ingin mendekatinya dan menyayanginya. Alangkah baik kalau aku jadi temannya."

Perlu kita jelas, fitrah seorang mad'u, dia akan mudah menerima daripada orang yang rapat, mesra dan sudah dia percayai. Dari situ, kita tidak akan berubah rentak dalam meneruskan hadaf dakwah. Cuma, kita ingin mengukuhkan dulu jambatan antara kita dan mad'u sebelum langsung kita teruskan jalan dakwah tersebut.

Beranggapan kita akan jadi hipokrit bila mengikut rentak mad'u adalah bergantung kepada diri kita juga.

Cukup kita faham di sini, meletakkan kaki kita di tempat mad'u tak bermakna kita terpaksa menipu diri sendiri. Seseorang yang berprinsip, tidak akan mengorbankan apa yang dipegang dalam hidupnya dengan mudah.

Ya, fleksibelkan diri selagi tidak bertentangan dengan syarak. Untuk jadi seorang yang fleksibel, amalinya mudah. Belajarlah bergaul dengan semua orang.

Satu lagi, jangan merigidkan peribadi kita dengan faham kumpulanisme, cth: terlalu melambangkan diri kita dengan sesuatu kumpulan/jamaah/organisasi(dalam konteks dakwah). Kelak, akan lekas menimbulkan konotasi 'herd mentality' yang akan menjarakkan lagi daie dengan mad'u.

Situasi yang biasa kita tengok, budak surau tak bergaul dengan budak motor/budak hisap rokok. Lama-lama, budak motor kutuk budak surau. Budak surau umpat budak motor. Tak akan ada penyelesaian.

sebenarnya untuk "ghairah" dengan mad'u sangat mudah. Letakkan kasih sayang di hadapan. Jadilah teman kepadanya. Barulah kerja dakwah jadi enjoy dan menyenangkan.

Contohi Rasulullah saw dengan perempuan yahudi. Cukup dengan kasih sayang, mad'u menangis menerima Rasulullah saw.

Sekadar perkongsian berakar dari pemikiran yang serba dhaif.