Thursday, July 2, 2009

Datangmu Mengundang Seribu Pengharapan

Pada 26 Jun-29 Jun yang lepas, para pelajar baru Sarjana Muda sesi 2009/2010 mula mendaftarkan diri sebagai mahasiswa/i baru Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Maka tak terlambat ana mengucapkan selamat bergelar Mahasiswa/I baru USIM. Semoga antum/antunna berjaya mengharungi segala cabaran yang ada di USIM dengan penuh tabah & bersemangat!.



Menyebut mengenai semangat...ana kagum dengan para pelajar baru yang rata-ratanya datang daripada latarbelakang STAM daripada seluruh negara selain daripada matrikulasi & diploma. Rata-rata umur lebih tua daripada ana maka kematangan mereka lebih terzahir di muka masing-masing. Daripada segi penampilan nampak gaya mereka sudah matang. Mengenai semangat..ada yang ana terjumpa bertanyakan suasana di USIM

'' Kenapa senyap sangat ? Kenapa suasana dakwah tak macam di kampus....(Isi sendiri) ?''

Hu2..sukar nak menjawab soalan ini, maka ana panjang lebarlah realiti di USIM. Ana faham akhi sorang ni mempunyai semangat yang membuak2 untuk membuat kerja dakwah. Maka ana merujukla kepada yang lebih senior, i.allah ada saluran untuk dicurahkan tenaga. Ana cukup gembira apabila lebih ramai golongan sebegini yang datang ke USIM bersedia untuk membuat kerja2 dakwah di waktu ramai yang mengeluh dimana hendak mencari amilin untuk dakwah Islam ?

Kepada rakan2 sekalian, amal Islam terletak di pundak bahu kita, tidak kira saluran mana kita mencurahkan tenaga pastikan hadaf/matlamat kita ialah untuk membawa sirna Islam terutama di bumi USIM. Kepada rakan2 baru, libatkanlah diri antum di dalam aktiviti2 Kolej Kediaman, badan2 pelajar & sebagainya sebagai wasilah dakwah kepada orang lain.

'' Tahu membawa semangat ''Bersemangat'' bererti tahu meletupkan bom nuklear di tempat yang sesuai ''

No comments: