Sunday, November 13, 2011

V-Log : Dakwah Melalui 3C (Updated)


Video Logging (V-Log) menjadi trend anak muda masa kini apabila mereka mengekspresikan isi hati mereka melalui kecanggihan teknologi gabungan idea kreatif iaitu video dan blog. Para pendakwah muda perlu menyahut kepesatan teknologi ini dengan mengemukakan idea yang sama dengan 3c berikut :

C 1 : Content (Kandungan vLog berunsur dakwah / pesanan / Islam)
C 2 : Characteristics (Uswah hasanah / penampilan yang baik ketika VLog)
C 3 : Caring is Sharing (Empati / Memahami dan sebarkan kasih sayang)

Entri ini juga akan menulis sedikit tips "Bagaimana membuat Video Logging (V-Log) yang mudah."

Tips :

1-Pastikan kita mempunyai alat rakaman visual dan audio iaitu WebCam (Di laptop) + Mikrofon ( Binaan dalam laptop / Mic luaran - boleh dibeli dalam harga RM19-RM 23 bergantung kepada jenis dan jenama). VLog saya menggunakan WebCam Laptop dan Mic luaran (Hands-Free).

2-Tentukan masa, tempat dan topik rakaman.

3-Buat skrip rakaman untuk memastikan kita tidak berulang-ulang untuk merakam.

4-Rehearsal dahulu untuk membuat check-up kepada kualiti rakaman audio dan visual.

5-Mulakan rakaman.

6-Hasil rakaman boleh di edit/dicantikkan dengan menambah caption/title/word ballon. Editing boleh menggunakan pelbagai software yang percuma di internet. Saya menggunakan software CyberLink Power Director untuk proses editing.

7-Bagi hasil editing yang mempunyai kapasiti memori yang besar boleh di'kecil' (compressed) dengan software yang sesuai. Saya menggunakan software Zwei-Stein. Kelebihannya ialah hasil rakaman & editing yang berkapasiti >50Mb boleh dicompress kepada <10Mb,maka ini memudahkan proses upload ke blog. Namun kelemahan yang ketara ialah kualiti audio dan visual akan berkurangan. (Saya masih mencari cara bagaimana untuk mengekalkan kualiti video tanpa menggunakan banyak ruang memori).

8-Setelah berpuas hati maka boleh diupload ke blog peribadi kita samada secara terus ke tapak blog dengan sedikit ulasan atau boleh upload dulu ke Youtube (Kita perlu ada account) dan membuat pautan ke blog kita.

Semoga anak muda sekarang mampu menjadikan masyarakat berkasih sayang melalui kecanggihan teknologi di sekeliling mereka. I.allah

SELAMAT BER 'V-LOGGING'

saya mengalu-alukan komentar para pengunjung blog mengenai video ini untuk penambahbaikan masa akan datang. Maaf atas kualiti audio dan video yang kurang memuaskan kerana perlu menjimatkan ruang memori.

5 comments:

Hafsah said...

Menarik sekali...saya cdgkan agar saudara boleh wat satu bengkel untuk students agar mrk dpt maklumat mengenai V-LOG ini dgn lbih mendalam lagi...syukran

Fadzil said...

Syukran ats cdgn yg baik kpd Mutiara Kasih.i.allah saya akan melihat kpd peluang kerjasama dgn blogger2 & rakan2 yg ada. Moga mberi manfaat kpd semua.

Ruqaiyah Yusof said...

boleh la masuk dlm utube spmm ni..huhu...

Ruqaiyah Yusof said...

hmm, setuju juga dgm mutiara kasih...Vlog ni, ana pon tak brape taw scra detail...mungkin anta boleh share2 tips nak buat vlog...

Ibnu Latif said...

Saya telah mengupdate entri ini dengan memasukkan sedikit tips bagaimana mahu menghasilkan video logging yang mudah. Moga bermanfaat.(^_^)