Friday, December 23, 2011

Saluran daingfadzil89 di Youtube

Segala Puji Bagi Allah, saya berjaya memwujudkan satu lagi ruang interaksi dan dakwah di saluran Youtube. Dengan menaip http://www.youtube.com/user/daingfadzil89 , kita boleh melihat beberapa slide yang telah saya tukarkan kepada video ringkas untuk perkongsian ilmu.

Slide ini merupakan usaha kecil saya untuk mengongsikan idea dan pengalaman melalui titipan di slide powerpoint dan youtube. Ada beberapa video yang diupload, telah ditulis dalam bentuk artikel di blog ini.

Moga memperoleh sedikit manfaat.

Monday, December 12, 2011

Catatan Perjalanan "pembelajaran" di School of Life (SoUL)

School of Life (SOuL) atau dalam bahasa Arab Madrasat-ul-Hayaah (MH) ialah satu program yang sudah bermula pada 2004 di Johor. Ia dilaksanakan dengan kelolaan Tuan Fazrul Ismail dan kemudian diteruskan oleh beberapa pihak lain dengan sedikit pertukaran kepada nama dan konsep - tetapi masih berasaskan nama Madrasat-ul-Hayaah.

Konsep program ini berfokuskan kepada ilmu dan aplikasi dalam kehidupan seharian. Bagi SOuL 2011, kali ini ia berfokuskan kepada pembinaan kejayaan atau legasi masing-masing di kalangan peserta.

Kali ini, 2 orang instruktor utama akan dihadirkan untuk membantu peserta mendapat latihan dan coaching:

  1. Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
  2. Tuan Fazrul Ismail

TEMPOH PROGRAM

2 bulan (3 Disember 2011 - 3 Feb 2011)

Saya sedang mengikuti program ini dan segala catatan perjalanan saya di dalam program ini boleh dilihat melalui pautan di bawah. Semoga bermanfaat. Kongsikan dengan rakan-rakan yang lain ya.

Tuesday, November 15, 2011

Setangkas Suluhan Ilmu Prof. Tariq Ramadhan Buat Anak Muda

Melonjak motivasi apabila mendengar kata-kata motivasi daripada Prof. Tariq Ramadhan di dalam satu key note address (Ucaptama) yang beliau sampaikan di persidangan The Islamic Society of North America (ISNA) 2010 di Rosemont suburb of Chicago, Illinois. Pantas rasanya jari-jemari ini untuk menekan papan kekunci untuk berkongsi hikmah yang disampaikan. Untuk mengetahui latarbelakang Prof. Tariq Ramadhan, bolehlah berkunjung ke pautan laman sesawang berikut :

http://www.tariqramadan.com/BIOGRAPHY.html

http://en.wikipedia.org/wiki/Tariq_Ramadan

Saya nukilkan nukilan yang telah disampaikan oleh Prof. Tariq Ramadhan dalam video di atas, moga beroleh manfaat.

1-Never Worship Knowledge.

2-Chines Proverb say

“When the wise man is pointing out the moon, the crazy guy looking at the finger”

3-Use our knowledge in order to worship better.

4-To change our attitude towards our scholars by respecting but with the critical approach.

5-If we are not coming with deep question, we will have superficial answers.

6-The critical distance is not to be emotional . “ SPIRITUAL INTELLIGENCE”

7-Use the skills od questioning.

8-Conflict of egos.

9-Ask very essetntial question from the very beginning “What is our INTENTION?”

10-"We are not reading enough. You have books, but you don't read. If you just come here to get knowledge, you will get very superficial knowledge, and this is just a fashion, new trend. You need to come here to nurture your mind and heart with a deep question because tomorrow you will have to go back to books. This gathering to give you the essence of need for more knowledge, then come back home and buy books. This is heavy, qaulan saqilan. It is about knowledge. If you want to change the world, change your mind and built your intellect first."

(Klik pada gambar untuk besarkan)

11-The muslim should go with ‘7 C’s’

CONFIDENCE

Islam is the religion from Allah. So be confidence. How? Don not react aggresively but calm and in tranquility act.

CONSISTENCY

We should acknowledge the various, our weaknessess and muslims are not doing well. This consistency is important coming with oour critical mind, questioning our behaviour in the name of our principal/

COMMUNICATION

Be vocal in this society. Since the critical debate are now being removed from the picture. We have to come and encompass, organizing the debate not only on Islam, debate on anything. This activity can promote the intellectual creativity. Society will come with ideas & creativity. Then, come debate in schools and universities but not only in Islam. We will give the impression that we just not only care about Islam but muslims.

CONTRIBUTION

Our present is to give.

CREATIVITY

Get creative in asking and writing.

CONTESTATION

If we are loyalty to our country, we have to be critically loyalty to our country. There has no blind loyalty.

COMPASSION

Forgive and be compassionate. Spread salam (peace). Be positive.

Kredit video kepada iskandarfateh.com

Sunday, November 13, 2011

V-Log : Dakwah Melalui 3C (Updated)


Video Logging (V-Log) menjadi trend anak muda masa kini apabila mereka mengekspresikan isi hati mereka melalui kecanggihan teknologi gabungan idea kreatif iaitu video dan blog. Para pendakwah muda perlu menyahut kepesatan teknologi ini dengan mengemukakan idea yang sama dengan 3c berikut :

C 1 : Content (Kandungan vLog berunsur dakwah / pesanan / Islam)
C 2 : Characteristics (Uswah hasanah / penampilan yang baik ketika VLog)
C 3 : Caring is Sharing (Empati / Memahami dan sebarkan kasih sayang)

Entri ini juga akan menulis sedikit tips "Bagaimana membuat Video Logging (V-Log) yang mudah."

Tips :

1-Pastikan kita mempunyai alat rakaman visual dan audio iaitu WebCam (Di laptop) + Mikrofon ( Binaan dalam laptop / Mic luaran - boleh dibeli dalam harga RM19-RM 23 bergantung kepada jenis dan jenama). VLog saya menggunakan WebCam Laptop dan Mic luaran (Hands-Free).

2-Tentukan masa, tempat dan topik rakaman.

3-Buat skrip rakaman untuk memastikan kita tidak berulang-ulang untuk merakam.

4-Rehearsal dahulu untuk membuat check-up kepada kualiti rakaman audio dan visual.

5-Mulakan rakaman.

6-Hasil rakaman boleh di edit/dicantikkan dengan menambah caption/title/word ballon. Editing boleh menggunakan pelbagai software yang percuma di internet. Saya menggunakan software CyberLink Power Director untuk proses editing.

7-Bagi hasil editing yang mempunyai kapasiti memori yang besar boleh di'kecil' (compressed) dengan software yang sesuai. Saya menggunakan software Zwei-Stein. Kelebihannya ialah hasil rakaman & editing yang berkapasiti >50Mb boleh dicompress kepada <10Mb,maka ini memudahkan proses upload ke blog. Namun kelemahan yang ketara ialah kualiti audio dan visual akan berkurangan. (Saya masih mencari cara bagaimana untuk mengekalkan kualiti video tanpa menggunakan banyak ruang memori).

8-Setelah berpuas hati maka boleh diupload ke blog peribadi kita samada secara terus ke tapak blog dengan sedikit ulasan atau boleh upload dulu ke Youtube (Kita perlu ada account) dan membuat pautan ke blog kita.

Semoga anak muda sekarang mampu menjadikan masyarakat berkasih sayang melalui kecanggihan teknologi di sekeliling mereka. I.allah

SELAMAT BER 'V-LOGGING'

saya mengalu-alukan komentar para pengunjung blog mengenai video ini untuk penambahbaikan masa akan datang. Maaf atas kualiti audio dan video yang kurang memuaskan kerana perlu menjimatkan ruang memori.

Tuesday, November 8, 2011

Tarbiyah Tunjang Kekuatan Anak Muda

HUKUM NEWTON PERTAMA
Hukum gerakan Newton pertama yang ditemui oleh Sir Isaac Newton menyatakan mengenai sifat inersia sesuatu objek. Hukum gerakan Newton pertama menyatakan bahawa sesuatu objek akan kekal dalam keadaan asalnya, iaitu dalam keadaan pegun atau dalam keadaan halaju seragam jika tiada daya luar bertindak ke atas objek itu.

Sesuatu objek yang pegun akan tetap pegun. Oleh itu, untuk mengerakkan objek yang pegun itu, satu daya dari luar diperlukan.

Sesuatu objek yang bergerak dengan halaju seragam akan tetap bergerak dengan halaju seragam sepanjang garis lurus.Untuk mengubah keadaan itu, daya luar mesti ditindakkan ke atas objek itu.


Oleh sebab itu, kelesuan mahasiswa (anak muda dalam konteks ini) memerlukan kita mencari solusi kepada pemberi kekuatannya (Daya tolakan dalaman & luaran). Saya berkongsi kertas kerja yang tersimpan di dalam koleksi saya untuk rakan-rakan blogger yang setia dengan blog ini. Moga memperolehi manfaat. Walaupun isitilah ulasan di dalam kertas kerja ini menggunakan bahasa mahasiswa (gerakan mahasiswa) namun kita ertikan sekali maknanya untuk semua anak muda.

(Klik kanan ke tetingkap baru (New Window) untuk besarkan m/s 1)

(Klik kanan ke tetingkap baru (New Window) untuk besarkan m/s 2)


(Klik kanan ke tetingkap baru (New Window) untuk besarkan m/s 3)

BERSAMA MEMIMPIN KEBANGKITAN ANAK MUDA





Sunday, November 6, 2011

We lead the Change !



Meluncurkan sedikit coretan bersempena hari raya Eid Adha pada hari ini. Berada di dalam fatrah kuliyah memberi sedikit kekangan pada saya untuk menulis di dalam teratak ini. I.allah posting kali ini akan memberi sedikit untaian rasa dan kompilasi menarik aktiviti-aktiviti yang saya ingin kongsikan kepada para pembaca setia blog ini.

Apabila disebut anak muda, terbayang di kerangka pemikiran kita ialah seorang lelaki/perempuan yang berumur 18-40 tahun. Insan dalam usia ini mempunyai tenaga dan daya fikir yang sangat hebat di dalam pembangunan negara dan modal insan di sesebuah negara. Kita mengecilkan skop, bagi yang berada di menara gading, berumur lazimnya dalam lingkungan 19-25 tahun, suara mereka sentiasa mendapat perhatian di kalangan warga kampus dan masyarakat umumnya.

Suara anak muda sentiasa disantuni oleh masyarakat kerana golongan ini ialah golongan yang mendapat pendidikan tinggi yang diharap dapat pulang ke pangkuan masyarakat, berbakti untuk anak bangsa, agama dan negara. Gelombang kebangkitan rakyat di Mesir, Tunisia, Libya, Syria dan Yaman juga dimulai oleh anak muda. Di Malaysia juga tidak terkecuali, saban hari isu sosial, politik dan kemasyarakatan sentiasa diwarnai oleh pendapat dan penglibatan anak muda. Ada yang berpencak dalam lapangan aktivis dakwah dan politik di bangku universiti, mereka ini dilihat sebagai peneraju kepada kepimpinan negara akan datang kerana pembinaan karakter bermula daripada alam kampus akan membiasakan mereka untuk berpencak di lapangan masyarakat kelak.

Tuntasnya, lakukan apa yang kita minat secara bersungguh-sungguh, binalah karakter kita menjadi anak muda contoh dan bersama memimpin kebangkitan anak muda supaya kita melihat generasi akan datang lebih baik daripada sekarang. Win the heart, Lead the Change of Young People !

Saya memaparkan sedikit gambar-gambar aktiviti yang telah saya lakukan di kampus USIM sepanjang bulan September-November baru-baru ini.

Sementelahan tiada gambar daripada pihak penganjur BSMM USIM, saya membuat capture kepada slide pertama saya iaitu program Sharing Moment Bersama junior mahasiswa/i USIM tahun 1 yang menyertai badan uniform BSMM USIM semester ini.




Menyampaikan pidato berkenaan Palestin di Speaking Corner Special anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM.

Berkongsi idea melalui khidmat sebagai moderator dalam Bicara Ilmiah "Akademik Vs Persatuan" di dalam Karnival Mahasiswa 2011 (KARSIS'11)



Di media cetak, akhbar Berita Minggu di dalam ruangan Nasional (Perihal Anak Muda) muka surat 13 bertarikh 6 November 2011 (Ahad) memaparkan pandanganku di Facebook (FB). Ternyata pandangan anak muda di media baru juga mendapat tempat di hati masyarakat.

Semoga aktiviti-aktiviti sebegini mampu memberikan sedikit ruang kepada kita menyumbang sesuatu kepada pembangunan idea dan modal insan di dalam masyarakat.





Friday, August 26, 2011

Begin In The End Of Mind : Bijak Berbelanja

Artikel ini ditulis pada 26 Ramadhan 1432 H, umat Islam akan menyambut hari lebaran beberapa hari sahaja lagi. Tidak dapat dinafikan, emosi kegembiraan untuk menyambut 1 Syawal membuak-buak melalui pemerhatian saya di bandar apabila melihat pasaraya dan kedai-kedai pakaian juga barangan runcit diserbu ribuan manusia untuk mendapatkan keperluan dan kehendak masing-masing.

Ramadhan bakal melabuhkan tirainya, syawal bakal menjelma. Kesedaran untuk berbelanja secara berhemah perlu dipupuk supaya tidak ada yang menangis setelah beberapa hari raya berlalu, bukan kerana Ramadhan yang ditinggalkan tetapi menitiskan air mata kerana ketirisan duit akibat berbelanja secara membuta tuli.


Slide ini merupakan sebahagian slide Bijak Urus Wang : Satu Panduan Praktikal untuk para pelajar.
(KLIK UNTUK BESARKAN)

Saya berpesan kepada diri saya dan kawan-kawan, pastikan kita

  • PANDAI MENGURUS WANG
  • TAHU BAGAIMANA UNTUK BERJIMAT DI HARI RAYA INI
  • JIHAD EKONOMI = JIHAD NAFSU = LAWAN NAFSU YANG INGIN BERBELANJA BESAR

Kepada rakan-rakan yang masih belajar ingat ye

Slide ini merupakan sebahagian slide Bijak Urus Wang : Satu Panduan Praktikal untuk para pelajar.
(KLIK UNTUK BESARKAN)


Pastinya setelah beberapa hari raya berlalu, kita akan berfikir untuk perbelanjaan untuk semester baru universiti yang akan dibuka, bagaimana nak menyelesaikan hutang tertunggak dan bagaimana untuk cover semula over budget yang telah dibuat.

JADI TEPUK DADA, TANYA IMAN !
JANGAN KITA JADI SAUDARA SYAITAN PULA YEA.


Slide ini merupakan sebahagian slide Bijak Urus Wang : Satu Panduan Praktikal untuk para pelajar.
(KLIK UNTUK BESARKAN)

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI MAAF ZAHIR BATIN ~




Friday, August 19, 2011

Peranan Rais/ah Liqa' beri Terapi jiwa mukmin

Liqa'/halaqah/usrah atau apa sahaja nama yang diberi merujuk kepada kumpulan individu Islam yang beriman kepada Allah, berusaha untuk tolong-menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam (Ustaz Idris Ahmad,2007,Panduan Usrah). Saya yakin aktiviti seperti ini cukup meluas dijalankan di sekolah-sekolah dan universiti sebagai salah satu aktiviti pembangunan modal insan.

Orang yang paling penting menggerakkan liqa' ialah rais (bagi lelaki) dan raisah (bagi perempuan). Seiring perubahaan masa dan teknologi, dakwah Islam perlu sentiasa diberi nafas baru melalui inovasi dalam bentuk penyampaian supaya menarik audience yang menjadi sasaran. Dengan asbab itu, rais/ah perlu sentiasa membuat semakan terhadap tugas mereka dan sinergi dengan rais/ah lain amat perlu untuk mengeluarkan ijtihad yang menarik dalam dakwah mereka.


(Klik untuk paparan lebih jelas)

Saya melihat manhaj/modul / silibus yang perlu 'dihadamkan' oleh para rais/ah danaudiencemereka perlu diberi nafas kreatif melalui bentuk simulasi permainan / LDK / membuat perkaitan dengan hal ehwal semasa kerana ia penting untuk membina kefahaman bukan hanyamouth-feeding. Ini juga membina suasana komunikasi dua hala (2-ways communication) supaya tidak ada penyakit yang biasa 'menjangkiti' para rais/ah iaitu SS (Syok sendiri) dalam memberi pengisian.


(Klik untuk paparan lebih jelas)

Saya melihat liqa' perlu dijadikan satu mekanisme circle of power yang boleh membangunkan jiwa manusia yang tandus dan wadan siraman iman. Manusia boleh ditegur dan menerima nasihat dengan lebih berkesan apabila mereka berada dalam kelompok kecil kerana ia boleh lebih fokus dan terarah perbincangannya.


(Klik untuk paparan lebih jelas)

Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit menjadi taruhan para rais/ah, mungkin rungutan demi rungutan menjadi satu gurisan hati kecil namun motivasi antara rais/ah juga perlu sentiasa disemai-subur supaya pelaburan dunia akhirat yang dilakukan ini sentiasa aktif melahirkan penggerak kelangsungan dakwah Islam diseantero dunia. Mengenang kesungguhan orang-orang terdahulu dalam berdakwah dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan ikhlas dalam berdakwah akan melahirkan aura untuk dakwah inside-out.


(Klik untuk paparan lebih jelas)


RAIS/AH ADALAH ORANG HEBAT YANG MELAHIRKAN MANUSIA HEBAT !
HEBAT DI PANDANGAN MANUSIA DAN TUHANNYA !








Thursday, August 18, 2011

Maza Ya'ni Intimaai Lil Islam : Satu manual mukmin hebat !

Al-marhum Dr.Fathi Yakan meninggalkan banyak khazanah ilmu untuk tatapan orang Islam. Antara bukunya yang mashyur ialah buku Maza Ya'ni Intimai Lil Islam yang sering kalo diguna sebagai teks usrah saya sejak sekolah menengah hingga ke peringkat kampus. Tak kenal maka tak cinta,maka Jom kita kenal tokoh kita ini !


(Klik untuk paparan lebih besar)

Secara ringkas, kitab kecil ini mengandungi 2 bahagian iaitu :

(Klik untuk paparan lebih besar)

Dan


(Klik untuk paparan lebih besar)

Entri yang sangat baik yang saya cadangkan sahabat-sahabat untuk dirujuk sebagai ulasan mengikut suasana kontemporari ialah salah satu artikel daripada Ustaz Hasrizal Abd Jamil (Saifulislam.com).

(Klik untuk paparan lebih besar)

Ternyata banyak khazanah ilmu Allah yang perlu kita dalami sebagai satu ibrah (pengajaran) yang kita perlu ambil sebagai pedoman dalam meningkatkan kualiti hidup kita sebagai seorang mukmin yang sejati.

Selamat membaca dan mengambil ibrah !


Wednesday, August 17, 2011

Ebook : Sukses berpersatuan di universiti

Kecintaan terhadap ilmu kepimpinan dinukilkan sebagai hadiah untuk para mahasiswa baru yang akan menjejakkan kaki ke alam menara gading sebagai pedoman mengembangkan potensi diri.(^_^)


(Klik untuk paparan lebih jelas)

Ebook PERCUMA ini menggunakan gaya bahasa yang mudah untuk difahami. Khas untuk mahasiswa/i USIM kerana disedia mengikut keadaan di USIM namun menjadi panduan untuk semua universiti umumnya. Kepada mahasiswa/i USIM yang berminat boleh mendapatkannya daripada wakil Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USIM Sdr.Ibrahim Hussin (YDP USIM) atau Sdr.Razif Fuad (S.U Sekretariat Pendakwah Muda M'sia (SPMM)) atau tinggalkan email anda dibahagian komen posting ini.

I.allah beberapa ebook mengenai pengurusan kewangan dan kepimpinan sedang disusun dan akan dilancarkan dalam masa terdekat. Moga dipermudahkan. Sebarang penambahbaikan terhadap ebook yang dihasilkan amat dialu-alukan dan komen boleh juga dihantar ke email saya di daing_fadzil@yahoo.com.

IQRA', U'LL FIND IT VERY POWERFUL !



Thursday, May 12, 2011

Buku Senaman Khusus Untuk Umat Islam


Penerbit : MMP Communications
Tajuk buku : Senaman Tauhid & Asmaul Husna
Penulis : Ustaz Raflis Sabirin
Bil m/s : 172 muka surat
Harga : RM 18 (Semenanjung M'sia)
RM 20 (Sabah Sarawak)

Buku sudah berada di pasaran & juga boleh diperolehi dengan menghubungi :

Sdr.Afendi (013-391 1299)
Sdr.Rizal (013-357 4473)






Isi kandungan buku :
1) Penerangan gerakan senaman dalam bentuk grafik dan gambar

2)Penerangan senaman popular di dunia seperti Yoga,Taici,Pilates (senaman lantai) dan tekan tubi.

3) Penjelasan fatwa larangan senaman yoga, keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan sebab-seba diharamkan

4)Senaman alternatif kepada umat Islam :
  • Senaman 10 minit (3 x sehari)
  • Senaman tegang urat
  • Senaman solat
5) Bahagian Bab Senaman Tauhid dan Asmaul Husna :
  • Tatacara dan peraturan senaman
  • Adab sebelum bersenam yang bermula dengan wirid dan doa
  • Gerak pemanasan badan
  • Manfaat dan fadilat senaman
Sumber penulisan di atas diperolehi daripada Majalah Milenia Muslim keluaran Mei 2011 muka surat 22.

Thursday, April 28, 2011

Bait kalam di atas kertas menajamkan minda yang kusut

Di kampus USIM sekarang mahasiswa/i USIM bergelut dengan peperiksaan akhir semester 2 sesi akademik 2010/2011,siang malam buku menjadi teman setia tatapan mata dan jamuan jiwa untuk dikunyah dan dihadam sebelum dilumat dalam kertas peperiksaan. Bagi yang mempunyai gap antara subjek yang panjang maka masing-masing merancang untuk ke sana ke mari bagi mengisi senggang masa dengan semanfaat mungkin.

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 atau Kuala Lumpur International Book Fair 2011 (KLBIF'11) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 22 April-1 Mei akan datang pastinya mencuri tumpuan para pencinta objek segi empat tepat (buku).

Maklumat lanjut mengenai KLBIF'11 boleh diperolehi daripada URL berikut


Statistik Membaca

Masyarakat yang membaca ialah masyarakat yang terkehadapan dalam segala-galanya. Dr.Raghib al-Sirjani mengetengahkan satu statistik membaca dalam kalangan masyarakat Jepun, Eropah dan Arab seperti berikut :

(Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas)

Satu kajian yang dilakukan pada tahun 1996 mendapati rakyat Malaysia membaca 2 buah buku setahun. Pada tahun 2005, satu lagi kajian yang dijalankan terhadap 60,441 orang mendapati tiada perubahan pada tabiat membaca rakyat Malaysia. Kajian mendapati mereka masih membaca 2 buah buku setahun.

Jenis bahan bacaan yang dibaca pula adalah seperti berikut :
Surat khabar 77.4 %
Majalah 3 %
Buku 3 %
Komik 1.6 %

(Sumber: The Star, 16 Julai 2006)

Walaupun ada yang mempertikaikan statistik membaca di Malaysia, hakikatnya kita masih jauh ke belakang berbanding Jepun yang membudayakan iqra' di mana jua mereka berada.

Semoga dengan adanya KLIBF seumpama ini mampu merancakkan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia.

Tuntasnya, motivasi pembudayaan ilmu berteraskan iqra' perlu disemai-suburkan dari semasa ke semasa.


"You are what are you read !"

"Read,you'll conquer the world"

"zikir dan fikir"






Saturday, April 2, 2011

Kerangka sikap dan pemikiran profesional muda

Usai Konvensyen Profesional Muda Melayu Peringkat Kebangsaan 2011 sehari suntuk (2 April 2011) di Dewan Auditorium Kolej Universiti Antarabangsa Selangor (KUIS) jelas memberi tahu generasi muda yang bakal bergelar/sudah bergelar profesional muda untuk kembali menitip dan memuhasabah apakah yang telah disumbangkan kepada agama,bangsa dan negara.

Pencerahan yang cukup bermakna daripada pengucaptama dan pembentang kertas kerja juga panel-panel forum cukup padu melonjakkan motivasi untuk lebih berdaya saing. Terasa kerdil apabila yang hadir ialah profesional-profesional muda (kebanyakannya) telah berjaya datang daripada pelbagai konglomerat besar Malaysia.

Banyak perubahan paradigma yang rasanya perlu dikongsikan. I.allah cuba menyusun sebaik mungkin catatan yang diperolehi daripada program tersebut.