Liqa'/halaqah/usrah atau apa sahaja nama yang diberi merujuk kepada kumpulan individu Islam yang beriman kepada Allah, berusaha untuk tolong-menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam (Ustaz Idris Ahmad,2007,Panduan Usrah). Saya yakin aktiviti seperti ini cukup meluas dijalankan di sekolah-sekolah dan universiti sebagai salah satu aktiviti pembangunan modal insan.
Orang yang paling penting menggerakkan liqa' ialah rais (bagi lelaki) dan raisah (bagi perempuan). Seiring perubahaan masa dan teknologi, dakwah Islam perlu sentiasa diberi nafas baru melalui inovasi dalam bentuk penyampaian supaya menarik audience yang menjadi sasaran. Dengan asbab itu, rais/ah perlu sentiasa membuat semakan terhadap tugas mereka dan sinergi dengan rais/ah lain amat perlu untuk mengeluarkan ijtihad yang menarik dalam dakwah mereka.
(Klik untuk paparan lebih jelas)
Saya melihat manhaj/modul / silibus yang perlu 'dihadamkan' oleh para rais/ah danaudiencemereka perlu diberi nafas kreatif melalui bentuk simulasi permainan / LDK / membuat perkaitan dengan hal ehwal semasa kerana ia penting untuk membina kefahaman bukan hanyamouth-feeding. Ini juga membina suasana komunikasi dua hala (2-ways communication) supaya tidak ada penyakit yang biasa 'menjangkiti' para rais/ah iaitu SS (Syok sendiri) dalam memberi pengisian.
(Klik untuk paparan lebih jelas)
Saya melihat liqa' perlu dijadikan satu mekanisme circle of power yang boleh membangunkan jiwa manusia yang tandus dan wadan siraman iman. Manusia boleh ditegur dan menerima nasihat dengan lebih berkesan apabila mereka berada dalam kelompok kecil kerana ia boleh lebih fokus dan terarah perbincangannya.
(Klik untuk paparan lebih jelas)
Pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit menjadi taruhan para rais/ah, mungkin rungutan demi rungutan menjadi satu gurisan hati kecil namun motivasi antara rais/ah juga perlu sentiasa disemai-subur supaya pelaburan dunia akhirat yang dilakukan ini sentiasa aktif melahirkan penggerak kelangsungan dakwah Islam diseantero dunia. Mengenang kesungguhan orang-orang terdahulu dalam berdakwah dan sentiasa berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan dan ikhlas dalam berdakwah akan melahirkan aura untuk dakwah inside-out.
(Klik untuk paparan lebih jelas)
RAIS/AH ADALAH ORANG HEBAT YANG MELAHIRKAN MANUSIA HEBAT !
HEBAT DI PANDANGAN MANUSIA DAN TUHANNYA !
No comments:
Post a Comment