Dengan ini eden mengishtiharkan, mak bulan x jadi bersalin, maka raya ditangguh ke bulan hadapan...Penyimpan mohon2 besar Negara Ulam Diraja
Alhamdulilah, pada pagi ini ana menjejak kaki di bumi Terengganu setelah hampir 4 bulan tidak pulang bercuti. Menaiki bas tambahan daripada Kajang, berkelana seorang diri menjadi kebiasaan bagi ana memandangkan sahabat2 Terengganu yg lain pulang menaiki "Bas Percuma" tajaan Kerajaan Negeri Terengganu.
Kisah Rezeki seorang pelajar
Ana bertolak daripada Kolej Sutera Indah pada jam 5.30 petang, pada mulanya ingin memohon sahabat menghantar ke Stesen KTM Nilai namun mungkin sahabat ni keletihan maka dia tertidur. Maka ana perlu berjalan hampir 200 meter sebelum ditumpangkan seorang "Pak Cik Misai" yg membawa van (prebet sapu), ditumpangkan hingga ke KTM Nilai "PERCUMA." Menaiki KTM ke UKM & naik teksi ke Stesen Kajang. Sesampainya di stesen Kajang mulalah mencari kedai makan untuk berbuka puasa nanti. Makan di Kedai Mamak (Bistro) mungkin menjadi pilihan ke-2,ke-3 bagi pelajar yg berbajet mini namun memandangkan hari terakhir berada di "bumi asing" dibuat keputusan berbukalah di situ. Nasi, lauk & air minuman yg diorder mungkin menjangkau RM7 namun alhamdulilah, terima kasih kepada seorang pak cik driver Kelantan yg makan semeja maka hari itu juadah itu "PERCUMA" kerana telah dibayar beliau. TERIMA KASIH KEPADA KALIAN YG MEMBERI MAKAN KEPADA PELAJAR DI BULAN RAMADAN YG PENUH BARAKAH.
1 Syawal
Berpagi2 menyiapkan diri untuk ke masjid untuk solat sunat hari raya menjadi kelaziman kepada muslimin muslimat Umat Islam seantero dunia, maka ana mengikuti sunnah Rasulullah memulai mandi sunat aidilfitri, makan sedikit di pagi hari & terus ke masjid bersama keluarga. Alhamdulilah, masjid di kampungku (Masjid Kubang Durian) semakin cantik & transformasi kepada sistem penyampaian khutbahnya membanggakan ( Memberi peluang kepada orang muda untuk menyampaikan khutbah : Tak mengantukla org kampung lepasa ni, penuh bersemangat !!!)
3 comments:
hi! i'm cg sha from smaasza, ingat cg lagi tak? entah macam mana cg terjumpa blog daing ni...cg sebenarnya sedang cari maklumat untuk booklet yang sedang cg buat..anyway..raye sakan nampak!bila nak beraye kat smaasza?blog daing lening lebih bagus kalu nok banding dgn zmn daing 6rendah dulu!!!
terima kasis cg...sg yg didik sy, maka jadilah sy macam ini.. terima kasih cikgu !!
terima kasis cg...sg yg didik sy, maka jadilah sy macam ini.. terima kasih cikgu !!
Post a Comment