Saturday, August 22, 2009

Ekspresi'09 & Ramadan di USIM


Alhamdulilah...hari ini bermulanya ana mendaftar di Universiti Ramadan. Tidak seperti kebiasaan, hari pertama dalam ramadan dapat bersama keluarga namun kekangan program di USIM memerlukan ana mebuat sedkit tadhiyah (pengorbanan) untuk berpuasa di bumi Nilai. Seperti tajuk posting kali ini "Ekspresi'09," - Eksplorasi Pemerkasaan Sahsiah ialah satu program anjuran Sekretariat Pendakwah Muda (spmm) USIM.

AJK Tugas-tugas Khas + AJK Disiplin + Peserta
Memandangkan mahasiswa/i USIM berada dalam mood bercuti di kampung masing2 sementelahan pula program ini dilaksanakan beberapa hari selepas kami mula bercuti. Walaupun peserta hanyalah seramah lebih kurang 30 orang, namun komitmen para urusetia & peserta berjaya menunjukkan output sebagai daie yang berkualiti.
Ana ditaklifkan sebagai AJK Tugas2 khas, AJK Disiplin & memandangkan peserta yg tidak ramai bilangannya maka "tumpang sekaki" sebagai peserta.

Mood Ramadan
Apabila Ramadan menjelma maka bertalu2lah hanset di "tembak" dengan mesej2 salama ramadan almubarak ( terima kasih kpd semua sahabat2ku sekalian). "Prestasi Ibadat ditingkatkan, pencapaian di akhirat diutamakan" inilah antara gubahan kata2 yg diterima sebagai motivasi di dalam menjalani ibadat puasa.

"Meningkatkan prestasi taqwa di dalam universiti Ramadan 1430H"

Memandangkan ada beberapa kerja lagi yg perlu diselesaikan rasanya setakat ini sahaja yg mampu dicoretkan, i.allah ana akan cuba menulis peristiwa2 yg berlaku dari semasa ke semasa.

Salam Ramadan diucapkan kepada keluarga tercinta (Ma, Abah, K.Long, K.Ngah, Apiz, Jojet), sanak saudara, sahabat handai & semua muslimin muslimat di seantero dunia !

2 comments:

nasikerabupetro said...

Selamat Berpuasa...

Bila balik?

Ibnu Latif said...

Selamat Berpuasa...

I.allah 2 hari sblm raya, tapi lorni kalut nak cari tiket..ingat nak balik melaka tp ma tepon semalam kata nak beraya kat ganu pulak..anyway ramadan karim !!!