Wednesday, June 17, 2009

Perkara di luar pemikiran

16 Jun melakar beberapa sejarah penting, memahat di benak fikiran ana apabila berlaku peristiwa-peristiwa luar jangkaan. Ada yang meninggalkan kenangan & ada yang ‘’menggetarkan hati’’ ini. Peristiwa itu berlaku secara berderetan setelah ana pulang daripada kampus ke Kolej Kediaman Sutera Indah. Peristiwa bermula pada jam 6.30 petang…..


Spiderman Sutera Indah

Memang kelakar & tak tersangka2 ! Itulah yang dapat dipaculkan daripada bibir ini. Seperti biasa sebelum masuk ke bilik, ana akan terus menerjah melalui pintu utama namun pada hari itu pintu utama telah dikunci dengan sendirinya ! Mungkin ketika keluar ke kampus terlalu tergesa-gesa maka lupa akan pintu itu tombolnya telah rosak. Maka bagaimana nak masuk ke bilik sedangkan pintu terkunci ?? Maka ana tercarilah ‘’orang besar’’ Sutera Indah iaitu Hazimin (MatZan) untuk meminjam kunci pejabat moga-moga adalah kunci spare di situ. Namun hampa…kunci tiada.


Maka minda di bawah sedar mula aktif, mencari idea bagaimana hendak masuk ke bilik. Memandangkan hari hamper gelap & tiada orang disekitar maka diambil keputusan untuk membuat sesuatu yang amat menarik (bagi ana)!


But plese don’t try this at this your residential college.


Kalau melihat gambar di kiri, ana memanjat melalui tingkap mencapai saluran air & menerjah masuk melalui tingkap yang terbuka. Ana amat bersyukur kerana tubuh yg kecil & ringan membolehkan ana melakukan aksi sebegini. Sebenarnya ana dah banyak kali membuat aksi sebegini di kampus & kolej kediaman. Sebelum ini ketika nak memasang banner di tempat tinggi di stadium utama nilai (pintu masuk stadium-bagi yg dapat mengimaginasikan) , di kampus, & ketika hendak memasuki bilik yang terkunci di kolej kediaman, maka aksi ini amat digemari.hu2 (Paling tinggi pernah panjat 4 tingkat, tergantung tanpa bertali ). Sebenarnya ana memang suka memanjat & suka akan aktiviti lasak. Tapi janganla para pembaca menganggap ana suka pecah masuk rumah orang



Akhir kalam kepada para sahabatku bersabarlah dengan apa yang berlaku, sesungguhnya sebelum ini Allah telah banyak menolong kita dalam perjuangan kita maka mungkin ini caranya Allah menyayangi kita untuk kita lebih tsabat perjuangan. Allah akan menjadikan kita kuat dengan kita menghadapi segala ketentuan-Nya dengan kesabaran yang jitu.

5 comments:

nasikerabupetro said...

Ha-ha
Ggolek Angah suka...
Klako gambor pakai mask!

Unknown said...

malam tu sebenarnya ana lebih risaukan biskut kita.. hehe..

Mohd Hazimin Harun said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Hazimin Harun said...

Salam,

sahabat, setiap musibah yang berlaku terkandung hikmah besar.
sama-sama kita doakan tiada perkara buruk yang berlarutan.

p/s: pihak universiti seboleh2 tak nak hebahkan perkara ni kepada umum. Ini arahan bersama daripada jabatan kesihatan. H1N1 kini adalah pandemik di seluruh dunia. maka, tak perlu untuk diperbesarkan kerana khuatir akan wujud pihak2 tertentu yang cuba memburukkan keadaan.

Paling penting, doakan semua selamat.

IzWaN RaiF said...

Mantap giler aksi ko..
Aku nk try gak la kt uma sewa aku, haha.