Tuesday, April 7, 2009

Berfikir sejauh infiniti, bekerja sekuat hati

Ana semalam mbaca sinar harian & terlihat kata2 ini, kata2 drpd Prof. Diraja Ungku Aziz :

'' Biarlah mahasiswa itu mencabar asalkan sambil mencabar mereka belajar.''

Cerita Mutiara Naga

Di dalam manga karya Akira Toriyama,''Dragon Ball'' manusia mengejar untuk mendapatkan biji2 mutiara
dipanggil mutiara naga, bilangannya ada 7 biji semuanya. Ada watak2 seperti Son Goku, Son Gohan, Pikor, Kurin & sebagainya.
Mutiara naga ini boleh menunaikan hajat oleh ''Dewa Naga'' selepas itu mutiara naga ini akan bertukar menjadi batu-batu biasa selama setahun.


Ibrah & kesan Tarbiyah

Mutiara naga ibarat ilmu-ilmu yang kita kumpul, kita mengumpul (menuntut ilmu) yang pelbagai. Mengumpul dengan bersusah payah, menyusahkan badan, siang malam tanpa jemu. Apabila sudah cukup ( graduate ) maka kita mohon kepada Allah ( manfaatkan ilmu-ilmu ) itu supaya kita dapat mecapai cita-cita kita.

Son Goku semasa kecil dipelihara oleh Datuknya Gohan, ibrahnya kita tengok ''tarbiyah'' yg diterima semenjak kecil melahirkan pendekar yang terulung dlm dunia pahlawan. Begitu juga kita, apabila kita daripada kecil diasuh & diterap niliai2 Islam yg mantap kita mampu menggegarkan dunia dengan Islam itu sendiri.

Pikor?? Ini watak syaitan, memang syaitan itu musuh yg nyata maka kita selalu mbaca ayat2 alquran & didlm doa semoga dilindungi drpd syaitan yg direjam.

Mehnah & Tribulasi

Son Goku menghadapi pelbagai dugaan sejak daripad kecil bersama2 rakannya seperti Red Ribbon, Robot No.17, Robot No.18, cell, Fliza,Bezita, Majin Buu & ramai lagi. Begitu juga kita dlm hidup ini kita ditarbiyah dgn pelbagai mehnah & tribulasi sprt nhadapan dgn orang mukmin yg dengki dgn kita, kafir, munafik, syaitan & nafsu. Kita boleh meneliti sifat2 musuh2 ini & cara mengatasinya di dalam kitab Bahtera Penyelamat karangan Ustaz Fathi Yakan.


Dunia akhirat

Memang ada dlm plot Dragon Ball menceritakan Son Goku yg telah mati & ceritanya di alam akhirat. Maka kita kita sebagai orang mukmin mmg kita wajib percaya kepada wujudnya alam akhirat seperti mana di dalam Rukun Iman. Kejadian syurga, neraka, azab seksa, hisab & sebagainya perlu dikukuhkan sebagai benteng iman daripada berbuat dosa.

Kacang Dewa

Dalam Mutiara Naga, Goku diberi oleh Dewa ( cam penditala ) kacang dewa utk memulihkan tenaga sekiranya mengalami kecederaan yg teruk . Kaitannya? Kita ada alquram & hadis, kita boleh rechargekan iman kita melalui pembacaan & tadabbur kepada makna2 alquran & hadis.



Begitulah serba sedikit idea yg ana dapat drpd Cerita Dragon Ball ini, kita mahasiswa Islam perlu pandai mengorek perkara positif drpd bahan2 pmbacaan kita, walaupun drpd bahan2 yg kebudak-budakan. Yg penting banyakkan pembcaan, lebih baik juga membca bahan2 mgenai sirah nabi & manhaj haraki nabawiyyah. Moga2 kita mendapat petunjuk di sana.

Selamat membaca !!

3 comments:

wearelearningparents said...

erm...aplikasi dragon ball dlm quality of life...kisah pendekar laut pula, bagaimana?

Ibnu Latif said...

Pendekar laut?? Dulu an baca gak tp takla sedetail dragon ball, namun an yakin kita boleh ambik intipatinya.So an xdpt nak komen psl pendekar laut.

Kita tak kesampingkan cerita para pahlawan Islam, namun bila kita try relate cerita manga/komik ni dgn sirah/Islam kpd muda-mudi skrg diorg lebih trtarik.

IzWaN RaiF said...

Alhmdllh, pndai ko relatekn kisah dragon ball gan dunia islam ek.

Disamping kte menonton tok mengisi masa lapang, dapat gak kita muhasabah diri sendiri, insyaAllah