Saturday, April 18, 2009

Mahasiswa Responsif Bukan Bersifat Pasif!


Beri ruang mahasiswa bersuara - Saifuddin

KUALA LUMPUR 17 April - Institusi pengajian tinggi (IPT) perlu menyediakan ruang secukupnya kepada mahasiswa dengan memberi peluang untuk mereka menyuarakan pendapat mengenai isu-isu semasa yang bukan berbentuk akademik.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, langkah itu penting dalam usaha kerajaan membentuk serta mengembangkan pemahaman dan potensi mahasiswa tentang realiti kehidupan sebenar.

Katanya, ruang itu boleh diberi dengan menyediakan beberapa tuntutan asas mahasiswa seperti mendengar pandangan dan idea serta mengiktiraf peranan mereka dalam berpersatuan.

''Pihak IPT perlu bertindak pantas memenuhi tuntutan-tuntutan asas tersebut agar ia dapat dipadankan dengan variasi kehendak golongan muda masa kini.

''Antaranya mengkaji semula fungsi dan penglibatan mahasiswa di bawah Jawatankuasa Kebajikan Pelajar (JKP) yang telah ditubuhkan mengikut Seksyen 20A Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU),'' katanya ketika ditemui pemberita di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Beliau sebelum itu menghadiri syarahan Naib Canselor UKM, Prof. Datuk Dr. Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin yang bertajuk Membina Momentum Menatar Keunggulan: Ekosistem Ilmu UKM Sebagai Wahana.

Menurut Saifuddin, berdasarkan pertemuannya dengan wakil-wakil mahasiswa, kebanyakan mereka yang mewakili JKP itu tidak diberi peluang untuk menyuarakan pendapat.

Malah, katanya, mahasiswa lebih banyak 'mendengar' daripada didengar pandangan dan kehendak mereka lantas dia menyeru agar pihak IPT mengambil inisiatif mengkaji semula peranan dan penglibatan mahasiswa menerusi JKP serta menyediakan saluran yang kondusif untuk mendengar suara mereka," katanya.

sumber

:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0418&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm

p/s

Kita lihat peruntukan dalam seksyen 20A. Mohon sesiapa yg berkepakaran di dalam perundangan untuk menafsirkan peruntukan yg di tetapkan dalam pindaan AUKU ini, ana nak tahu apakah yg sebenarnya ayat ini dimaksudkan??

( Kalo silap komen nanti silap fakta pulak, sensitif2)

Rujukan Pengetahuan mengenai Pindaan AUKU :

http://ppums08.wordpress.com/
http://www.uthm.edu.my/v2/images/info/taklimat%20pindaan%20auku%202009.pdf

Wednesday, April 15, 2009

Penangan di minggu peperiksaan


Alhamdulilah pagi tadi dgn jayanya berakhir baru satu kertas peperiksaan ( Hubungan Etnik ) & 8 hari mendatang bermulalah dengan subjek-subjek berat yg bakal mencabar minda & mendepani semangat pelajar Aktuari USIM ! Sedikit coretan untuk mengisi masa lapang...

Hubungan Etnik = Wakil Rakyat ( YB )
Lucu ! begitulah ungkapan yg an dpt ungkapkan ketika studi bersama-sama rakan sebilik ( A-3-5 Sutera Indah ), walaupun drpd berlainan course tapi ukhuwah yg dibina mjadi madu di kala duka ( pergh! ) Kenapa pulak ? Camni, biasala apabila hafal & memahami isi kandungan pelajaran Hubungan Etnik kita akn berasa sprt Yang Berhormat ( YB )/Wakil rakyat/ penggubal polisi kerajaan / pembodek kerajaan? dsb. Maka ana dptlah gelaran ''YB'' ketika studi dlm bilik, kuar2 dr bilik nak ambik angin ditegur mereka.''Ha YB camne?ok?'' Yela ape2 jela.

Mengungkap mengenai penggubal polisi ni, mahasiswa perlu tau peri penting asas pelajaran yg mereka pelajari dlm pelbagai subjek menjadi tapak kukuh utk mereka membina teori2 baru / polisi yg lebih baik utk masa hadapan.

Hubungan Etnik retorik ?
Yap, ini pandangan ana.Dlm presentation di dlm kelas baru2 ni, pelajar perempuan mengungguli persembahan yg memukau ibarat pemidato di hadapan khalayak penyokong. Tapi mereka silap ! Pemimpin yg tidak merakyat akn ditolak ! Mereka mengulas isu2 kucar-kacir di Perak, isu politik semasa & pelbagai isu berkenaan hubungan etnik di Malaysia hanya berdasarkan buku! Mereka tidak cuba menganalisis melalui pelbagai media alternatif lain ( bukan nak kata suruh sokong pembangkang ) tapi cuba broaden our mind with those reading materials ! Jgn kata baca Harakah ahli Pas ! Tapi mahasiswa USIM perluu peka & berani berhujah dgn mgambil pendirian neutral utk mengulas isu2 semasa berdasarkan fakta yg betul !

p/s Ha3, td ana tulis Tajuk Cabaran2 Hubungan Etnik d M'sia smpai 3 page
( merapu jer tu ), Astghfirullahalazim 3x


Kita perlu berfikiran thinking out of the box & berani buat pembaharuan lebih kepada peubahan attitude tidak duduk dlm zon selesa ( bkn nak suruh buat demonstrasi ) tapi gunakn kemudahan yg ada di universiti utk menjadi pelajar yg lebih bermotivasi !!

Hm, dah byk ana mengarut kat sini elokla berenti sblm jd ape2 yg lebih teruk hu3, ok SELAMAT MENJALANI PEPERIKSAAN KPD SEMUA MAHASISWA/I SELURUH IPTA/IPTS DI SELURUH MALAYSIA ! MA'A TAUFIK WA NAJAH !

Monday, April 13, 2009

Paluan Gendang Perang telah dibunyikan ( 13 April - 4 Mei )

MA'A TAUFIK WA NAJAH DI UCAPKAN KPD SEMUA PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA YG AKAN MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SEMESTER 2 SESI 2008/2009 BERMULA 13 APRIL ( ISNIN )- 4 MEI ( ISNIN). BUAT YG TERBAIK & TAWAKAL KPD ALLAH UTK KITA BERJAYA I.ALLAH.

Friday, April 10, 2009

Key Performance Indicator


Key Performance Indicator, kosa kata ni an terdengar semasa membuat perbincangan di dalam satu perjumpaan 2 hari lepas. Sewaktu sesi soal jawab = round table, ada sahabat yg menyebut ungkapan ini,'' di dalam sesuatu organisasi, apakah key performance indicator terbaik untuk mengukur prestasi organisasi itu?''

Maka secara retorik & semberononya ( kurang faham lagi istilah ni waktu tu ), ''kita akan tengok melalui perjumpaan akan-akan datang perubahannya,'' itulah ayat yg terkeluar di bibir ketika itu. Apakah takrifan bagi KPI?? Mari kita lihat definisi di dalam wikipedia :

Key Performance Indicators (KPI) are financial and non-financial measures or metric used to help an organization define and evaluate how successful it is, typically in terms of making progress towards its long-term organizational goals

Maka terngiang-ngiang kalimah ini di benak minda ini sejak petang tadi memaksa diri untuk menulis sesuatu. Memandangkan minat yg begitu mendalam di dlm bidang kepimpinan & pentadbiran maka ana mengambil inisiatif utk explore lebih dalam perkaitan KPI di dlm pengurusan organisasi melalui internet.

Sejak daripada sekolah menengah, key performance indicator kepada seorang pelajar ialah peperiksaan. Apabila baik pencapaiannya maka itu menunjukkan satu indikator yg baik kpd individu itu. Di dalam organisasi pula, bagi pendapat anala, indikator yang terbaik ialah melalui prestasi yang ditunjukkan oleh amilin yg bekerja setiap kali program. Sebagaimana yg kita tahu, setiap kali habisnya sesuatu program, kita akan mengadakan post mortem maka melalui post mortem yg dibuat dapat dibuat penambahbaikan kpd program yg akan datang

Sewaktu ana mula berkecimpung di dalam arena pidato dalam tingkatan 2, di situ indikator yg ana guna ialah melalui pertandingan. Bermula daripada tingkatan 2 hingga 3, tiada pencapaian yang baik ditunjukkan maka indikator kepada prestasi pidato ana ketika itu amat sederhana. Namun setelah berada di dalam tingkatan 4 dan 5, alhamdulilah ana berjaya bergelar juara pidato sehingga ke peringkat negeri maka indikator ketika itu berada di peringkat amat baik. Apa yg hendak disebut ini ialah contoh KPI yg boleh dibuat. Di dlm organisasi, kita perlu mempelajari kaedah2 & mendalami strategi pengurusan organisasi yg baik supaya kita dapat memandu suatu organisasi mengikut track yg betul. Di USIM sendiri ana banyak mempelajari kaedah Management By Objective ( MBO ), SWOT analysis,PESTEL, PEST & sebagainya
Alhamdulilah sehingga ana sendiri boleh mengumpulkan semua itu di dalam sebuah buku untuk pengurusan organisasi Bulan Sabit Merah Universiti Sains IslamMalaysia. Pada mulanya BSM USIM yg langsung kosong dengan tiada sistem yg khusus maka kini ada sistem yg dpt dimanafaatkan untuk adik-adik akan dtg


Yang patah tumbuh hilang berganti, apabila habis suatu semester maka pada semester akan datang kita akan tengok kepimpinan baru memacu sesuatu organisasi, maka diharapkan organisasi itu dipacu oleh orang yang betul2 layak mengetahui selok belok pengurusan pentadbiran.


Tuesday, April 7, 2009

Berfikir sejauh infiniti, bekerja sekuat hati

Ana semalam mbaca sinar harian & terlihat kata2 ini, kata2 drpd Prof. Diraja Ungku Aziz :

'' Biarlah mahasiswa itu mencabar asalkan sambil mencabar mereka belajar.''

Cerita Mutiara Naga

Di dalam manga karya Akira Toriyama,''Dragon Ball'' manusia mengejar untuk mendapatkan biji2 mutiara
dipanggil mutiara naga, bilangannya ada 7 biji semuanya. Ada watak2 seperti Son Goku, Son Gohan, Pikor, Kurin & sebagainya.
Mutiara naga ini boleh menunaikan hajat oleh ''Dewa Naga'' selepas itu mutiara naga ini akan bertukar menjadi batu-batu biasa selama setahun.


Ibrah & kesan Tarbiyah

Mutiara naga ibarat ilmu-ilmu yang kita kumpul, kita mengumpul (menuntut ilmu) yang pelbagai. Mengumpul dengan bersusah payah, menyusahkan badan, siang malam tanpa jemu. Apabila sudah cukup ( graduate ) maka kita mohon kepada Allah ( manfaatkan ilmu-ilmu ) itu supaya kita dapat mecapai cita-cita kita.

Son Goku semasa kecil dipelihara oleh Datuknya Gohan, ibrahnya kita tengok ''tarbiyah'' yg diterima semenjak kecil melahirkan pendekar yang terulung dlm dunia pahlawan. Begitu juga kita, apabila kita daripada kecil diasuh & diterap niliai2 Islam yg mantap kita mampu menggegarkan dunia dengan Islam itu sendiri.

Pikor?? Ini watak syaitan, memang syaitan itu musuh yg nyata maka kita selalu mbaca ayat2 alquran & didlm doa semoga dilindungi drpd syaitan yg direjam.

Mehnah & Tribulasi

Son Goku menghadapi pelbagai dugaan sejak daripad kecil bersama2 rakannya seperti Red Ribbon, Robot No.17, Robot No.18, cell, Fliza,Bezita, Majin Buu & ramai lagi. Begitu juga kita dlm hidup ini kita ditarbiyah dgn pelbagai mehnah & tribulasi sprt nhadapan dgn orang mukmin yg dengki dgn kita, kafir, munafik, syaitan & nafsu. Kita boleh meneliti sifat2 musuh2 ini & cara mengatasinya di dalam kitab Bahtera Penyelamat karangan Ustaz Fathi Yakan.


Dunia akhirat

Memang ada dlm plot Dragon Ball menceritakan Son Goku yg telah mati & ceritanya di alam akhirat. Maka kita kita sebagai orang mukmin mmg kita wajib percaya kepada wujudnya alam akhirat seperti mana di dalam Rukun Iman. Kejadian syurga, neraka, azab seksa, hisab & sebagainya perlu dikukuhkan sebagai benteng iman daripada berbuat dosa.

Kacang Dewa

Dalam Mutiara Naga, Goku diberi oleh Dewa ( cam penditala ) kacang dewa utk memulihkan tenaga sekiranya mengalami kecederaan yg teruk . Kaitannya? Kita ada alquram & hadis, kita boleh rechargekan iman kita melalui pembacaan & tadabbur kepada makna2 alquran & hadis.



Begitulah serba sedikit idea yg ana dapat drpd Cerita Dragon Ball ini, kita mahasiswa Islam perlu pandai mengorek perkara positif drpd bahan2 pmbacaan kita, walaupun drpd bahan2 yg kebudak-budakan. Yg penting banyakkan pembcaan, lebih baik juga membca bahan2 mgenai sirah nabi & manhaj haraki nabawiyyah. Moga2 kita mendapat petunjuk di sana.

Selamat membaca !!

Friday, April 3, 2009

Cabar Diri, Cabar Minda

An memang ''kipas susah mati=Hard Fan Club'' kepada cerita Dragon Ball, maka beberapa hari lepas sticker2 dragon ball memenuhi fail & kalkulator kesayangan. Berkenaan posting kali ini ialah '' Cabar Diri, cabar minda.''

Kisah Naruto & Usrah

* Bahan bacaan untuk mereka yang membaca Naruto

“Sistem usrah ini umpama kumpulan-kumpulan ninja dalam cerita Naruto.” Saya menyeluruhi semua wajah ahli usrah.

Semuanya juga merupakan naqib yang bermaksud ketua usrah dalam sekolah tersebut. Saya menerima tanggungan untuk membawa usrah bagi sekumpulan naqib di salah sebuah sekolah berasrama di Gombak.

Objektif yang perlu dicapai adalah supaya mereka semua boleh membawa usrah sendiri dengan baik. Zaman sekolah dulu tidak pernah saya pegang tanggungjawab sebegitu.

“Hehe. Naruto lagi,” balas Faiz.

“Ala. Kamu semua pun tengok, kan?”

Saya menyambung, “Siapa yang hendak usrahnya jadi serius sikit-sikit, boleh ikut stail pakcik Asuma. Kalau hendak yang ceria sikit boleh ikut stail pakcik Kakashi dan pakcik Gai.”

“Lagi… lagi…”

Menetapkan matlamat dalam berusrah

“Apabila kita berhadapan dengan anak usrah, anggap mereka ini ninja-ninja yang kita ingin latih. Apa matlamat yang ingin kita capai dalam setiap sesi latihan tersebut.”

“Maksud abang Azree?” Soal Imran.

“Maksudnya setiap sesi latihan kita perlu ada matlamat apa yang ingin kita sebagai naqib ingin capai. Dan kita juga perlu ada matlamat jangka panjang apa yang kita ingin capai dalam usrah tersebut.

Sebagai contoh, matlamat abang dalam usrah dengan kamu semua ini adalah ingin membimbing kamu semua supaya menjadi pelajar contoh di sekolah. Bukan setakat baik dalam sahsiah, tetapi juga baik dari segi pemikiran. Cuma jangan baca komik Naruto banyak sangat sudah.” Terang saya sambil disambut gelak.

Malam semakin gelap. Saya berkira-kira dalam hati untuk pulang lebih awal pada malam tersebut. Pertama kerana masih belum makan malam sedangkan perut mula memulas. Kedua kerana jarak rumah yang agak jauh daripada sekolah tersebut.

“Ada ciri-ciri lain lagi dalam sistem usrah versi Naruto ini?” Soal Faiz lagi yang memang menggemari Naruto.

Mengambil tahu perkembangan ahli usrah

“Yup. Ada lagi. Siapa naqib pertama Naruto?”

“Erm. Iruka!”

“Apa yang Iruka buat apabila dia hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi?”
“Erm. Macam tak buat apa-apa pun. Cuma kadang-kadang Iruka akan bertanya Kakashi tentang perkembangan Naruto.” Jawab Nasir yang sedari tadi hanya angguk-angguk dan senyum-senyum sahaja.

“Sebenarnya apabila Iruka hendak menyerahkan Naruto kepada Kakashi, Iruka telah memberi semua maklumat berkaitan Naruto kepada Kakashi seperti tingkah laku Naruto dan apa tindakan yang perlu diambil Kakashi seterusnya.

Kemudian Iruka akan tetap mengikuti perkembangan Naruto walaupun Naruto bukan lagi di bawah tanggungjawabnya.

Begitu juga apabila Kakashi menyerahkan Naruto kepada Datuk Jiraiya. Dia juga akan menjelaskan apa yang perlu dan mengambil tahu tentang perkembangan Naruto,” jelas saya yang sudah lama tidak menggunakan cerita Naruto sebagai analogi dalam setiap isu yang ingin diutarakan.

Kadang-kadang sengaja saya memasukkan analogi-analogi berunsur kekartunan sedikit. Sedikit sebanyak dapat mengimbangi suasana antara ceria dan serius.
“Oh, begitu. Faham.”

“Jadi, kamu semua apabila sudah habis SPM, keluar daripada sekolah ini jangan pula lupa kepada ahli-ahli usrah yang pernah menjadi tanggungjawab kamu semua. Kerana itu abang lebih suka menetapkan matlamat dalam usrah supaya setiap ahli usrah abang akan boleh bawa usrah lain pula. Jadi, perkara ini akan berterusan.”

“Ciri-ciri yang lain lagi?”

“Eh, asyik abang saja yang bagi. Cuba kamu semua pula bagi.”

Keistimewaan pada naqib

KAKASHI NAQIB USRAH NARUTO

Semua pandang-memandang sesama sendiri. Faiz memandang ke syiling. Mungkin sedang cuba mengingat sesuatu.

“Mungkin boleh juga dikaji kenapa usrah si Naruto, Sakura dan Sasuke ini ceria. Sedangkan kita juga tahu yang perangai Naruto dengan Sasuke cukup berbeza. Naruto dengan perangai main-main dia, Sasuke pula lebih serius. Jadi, bagaimana pakcik Kakashi ini boleh mengawal ahli-ahli usrah dia dengan baik?” Faiz cuba mengemukakan pandangan. Saya sendiri berkerut dahi sambil wajah cuba mengukir senyum.

“Hurm. Menarik untuk dibincangkan. Bagaimana kita sebagai naqib boleh mengawal ahli-ahli usrah yang pelbagai ragam? Kamu ada idea, Faiz?” Saya cuba mencelah.

“Saya tidak ada jawapan lagi tentang persoalan ini. Cuma mungkin ini terletak kepada setiap ahli usrah untuk memberi komitmen terhadap usrah mereka,” jawab Faiz.

Suasana perbincangan menjadi hangat. Saya merenung wajah setiap ahli usrah. Menanti sama ada mereka masih ada idea untuk dilontarkan.

“Mungkin juga sebab ada sesuatu ilmu daripada Kakashi yang ingin dipelajari oleh Sasuke. Pada awalnya kan Kakashi ini merupakan seorang yang penuh teka-teki.

Teka-teki bagaimana dia ada mata Sharingan, sama seperti Sasuke. Mungkin itu yang menjadi daya penarik bagi Sasuke untuk memberi komitmen kepada kumpulan ‘usrah’ tersebut.” Imran melontarkan pandangannya.

“Betul… betul… betul… Setiap orang sebenarnya ada keistimewaan masing-masing. Cuma kita rasa rendah diri apa keistimewaan kita. Jadi, apabila kita menjadi naqib, sebenarnya ilmu atau keistimewaan kita itulah yang menjadi daya penarik kepada ahli usrah kita.” Saya cuba menjawab apa yang termampu.

“Ok. Minggu depan kita sambung cerita lain pula

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kisah Dragon Ball ?? = Tunggu posting akan datang '' Tarbiyah melalui siri teladan komik''

Wednesday, April 1, 2009

Tarbiyah bukan untuk orang yang manja

'' Menyertai jamaah & mlaksanakan gerak kerja jemaah bkn krana SEMANGAT, bkn krn sahabat, bkn krna ktinggian ilmu mahupun kemahiran & bukan kerana keturunan. Ttp kerana AQIDAH. Fahami erti kata aqidah nescaya xkan LARI dr perjuangan...surah arrum.69 : Dan org2 yg berjihadutk mcr keredaan Kami, Kami akn tunjukkan kpd mereka jln2 kami n sungguh, Allah bserta org2 yg bbuat baik.., jgn lafazkan kalimat JIHAD, andai diri takut utk ber JUANG.''

An nukilkan kembali mesej yg ana terima daripda seorang sahabat sebentar tadi, agak terkesan daripada mesej yg diterima, mungkin ini adalah satu muhasabah kpd diri, sebagai seorang pejuang agama Allah,motivasi ini perlu sentiasa disematkan di dalam hati. Kepada sahabat ini, ana nukilkan kembali tinta di bawah sebagai pedoman bersama ( panjang sgt xdpt nak tulis dlm handphone )

Tarbiyah bukan untuk orang yang manja.

Tarbiyyah bukan untuk orang yang malas.
Da’wah bukan untuk orang yang takut nak bergerak dan mencabar diri.
Tarbiyyah bukan untuk orang yang cepat bosan, lari, lompat-lompat, sekejap down-sekejap up, cepat terasa..
Tarbiyyah bukan bagi orang yang memilih program untuk dia ikuti-yang senang dan mudah join, yang penat, bersusah payah elak.
Bukan untuk orang yang mencari tarbiyyah hanya bila terasa diuji oleh tuhan. Kalau tak, batang hidung pun tak Nampak.
Bukan bagi yang meletakkan da’wah hanya untuk mencari calon akhawat sebagai sang isteri,

-yang join hanya untuk meminta tolong teman-teman pencerahan bila dia dalam kesusahan.
Tapi kesenangan dan kelebihan yang dia dapat, tak share pun dengan orang lain..
-yang cepat mengalah,
-yang meletakkan mabit, qiamullail, daurah, dan tathqif dalam diari hanya selepas ditolak dengan semua agenda dan upacara-upacara ‘penting’ yang lain.
-yang hanya pandai cakap (dan menulis), tapi amal kosong
-yang hanya tahu compare jamaah itu dengan jamaah ini, yang boleh jarah wa ta’dil harakh ini dan itu.

Da’wah bukan untuk orang yang ikut liqa hanya kerana nak disebut sebagai ahli dalam harakah ini dan itu, jamaah ini dan itu.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh diberi tugasan last minute.
Da’wah bukanlah untuk orang yang tak nak keluarkan duit, infaq di jalan Allah.
Da’wah bukan untuk orang yang tak boleh sesekali tidur lewat, terpaksa berjalan jauh.
Da’wah bukan bagi orang yang kalau ada program untuk ikut terlibat, mesti naik motokar besar dan mewah, yang air-cond, dan laju. Yang tak nak naik bas, public transport, dan yang kena berpeluh-peluh.
Tarbiyah bukan untuk orang yang kena contact dan info dia setiap masa tentang perkembangan terkini sedangkan dia kena macam boss, hanya tunggu information.
Pencerahan bukan bagi mereka yang hanya nak berkawan dengan orang berduit dan berharta, yang hidup mewah, dan mengelak berkawan dengan orang susah, miskin, dan pakai comot.
Da’wah bukanlah untuk orang yang setiap masa dan ketika, kerja nak beri alasan ini dan itu. Penat, mengantuk, susah, banyak kerja, keluarga tak bagi keluar.

Tarbiyyah bukanlah segala-galanya. Tapi segala-galanya bermula dengan tarbiyyah.

Tanpa anda, orang yang sering beralasan ini, da’wah akan terus berjalan.
Islam akan tetap berjaya. Ummah akan tetap terpelihara.

Cuma tanpa pencerahan,
Tanpa tarbiyyah,
Tanpa da’wah,
Belum tentu kita akan Berjaya di mahsyar nanti.

Tak mengapa. Teruskan hidup anda seperti biasa. Da’wah tak memerlukan anda. Tiada siapa pun yang rugi tanpa kehadiran anda. Berbahagialah seadanya.


Pesanan kpd diri sendiri & para sahabat, perlu disematkan sentiasa di dalam hati, hidup ini ialah satu proses tarbiyah & jikalau kita berdukalara maka jadikanlah Allah sebagai pengubat kita....Wallahualam...