Selama hampir 8 bulan dalam jabatan pemasaran di sebuah institut pendidikan tinggi kemahiran (IPTK), banyak perkara mengenai teknik pemasaran dapat saya pelajari secara hands-on (sebenar). Kombinasi antara pengetahuan yang pernah dipelajari mengenai Business Model Canvas (BMC) yang pernah saya tulis di Blok-blok dalam model bisnes dan pengalaman di tempat kerja saya ringkaskan dalam artikel ini.
Berikut ialah pemerhatian terhadap kombinasi blok-blok dalam model bisnes terhadap IPTK yang dicerap.
BMC merupakan antara 'model semak dan imbang (check& balance)' yang baik untuk menyemak plan perniagaan kita.
Ini pula Pelan Pemasaran secara bertempoh (E.g : dua bulan sekali) secara spesifik kita lakarkan secara SMART (Spesifik,Boleh ukur,Boleh Capai, Realistik,dan Bertempoh) penjanaan kepada Revenue Stream yang ingin kita cipta.
Pelan pemasaran bertempoh yang kita hasilkan perlu ada laporan aktiviti dan perbelanjaan di akhir tempoh akhir pelaksanaan bagi mengukut tahap keberkesanan dan satu penilaian semula (penambahbaikan dan pengukuhan) terhadap pelan pemasaran lampau dilakukan.