Thursday, August 13, 2009

''Bingung = Am I on track??'' (edited title)


Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani....dah lama ana tak menulis di ruangan blog peribadi ni, mungkin org lain menganggap ana terlalu sibuk tetapi bagi ana diri sengaja ''buat-buat sibuk.'' Pelik tapi benar...Tulisan ini ditulis di bilik gerakan SPMM sewaktu menunggu kunci bilik milik peribadi dipulangkan oleh sahabiah pada jam 20:15pm.....Dengarkan sedikit celoteh diri ini.

Are me on track??
Apabila menyebut rahsia kejayaan seseorang pasti seorang pelajar yg cemerlang meletakkan sesuatu objektif di hadapannya untuk dicapai, diusahakan dgn bersungguh2 & penuh konsisten supaya kejayaan itu dapat digapai. Begitu jugalah diri ini, selepas mendapat keputusan utk tahun 1 di USIM, keputusan itu bagai mengejutkan dari lena tidur yg panjang. Apa tujuan aku ke USIM?? Adakah aku nak terus berperangai lama seperti di sekolah menengah dahulu??

Mungkin ramai sahabat-sahabiah yg pernah bersekolah dengan ana dahulu mengenali perangai diri ini, aktif maksimum sampaikan selalu ponteng kelas dsb, namun alhamdulilah suasana di sekolah bukanlah di kampus yg mana jika aktif di sekolah diri masih mampu menempatkan diri dalam golongan yg terbaik. Namun apabila perangai ini ana bawa ke kampus, lain pula jadinya, rupa2nya suasana di kampus perlu kita muhasabahkan diri kita, apakah prioriti kita di kampus?Bagaimanakah pengurusan masa kita di antara akademik & kegiatan luar?Yg mana perlu diutamakan??

Mungkin ana terpana dengan satu artikel Ust Hasrizal yg bertajuk lebih kurangnya,'' Jenayah Aktivis Dakwah di kampus-escapism melalui program2 yg disertai. Iaitulah sesorang yg aktif dlm kegiatan luar, mengambil kesempatan utk ''melepaskan diri dari ''kesengsaraan'' belajar melalui penyertaan program luarnya shgg melebihkan masa utk berprogram berbanding akademik. Mungkin ada sangat aktif dlm kegiatan & dlm akademiknya juga boleh diseimbangkan. Alhamdulilah, org sebegini dikurniakan Allah dgn anugerah yg memang tidak ternilai.

Aku seorang legasi pewaris generasi profesional Islam
Ana selalu terfikir di dlm kuliyah & kelas, apabila tidak dapat menjawab soalan yg rakan2 lain dapat jwb, mendpt markah yg tidak memuaskan brbanding rakan2 & dsb, perkara ini kembali kepada diri ini utk menjawab, siapa yg patut dipersalahkan??? Adakah aku terlalu aktif?? Pengurusan masa terlalu lemah?? Keadaan sekeliling terlalu mendesak??

Seek first to be understand then to be understood. Inilah yg ana selalu pegang dlm diri, kita hendaklah memberi peluang untuk memahami barulah kita boleh difahami.
Mungkin ana perlu lebih byk belajar, memahami keadaan sekeliling, memahami org2 lain (Mintak maaf kpd shbt2 ana yg mungkin berfikir ana pentingkan diri-tapi cuba fahami diri ini juga), ana cuba meletakkan diri ini di atas landasan utk menjadi seorang ahli akademik.Ana sekarang perlu memberitahu kpd semua i want to be an excellent academician. Ana perlu cuba berkata tidak & berkata tegas ''Tidak'' kepada sesuatu pekerjaan yg mungkin ada shbt perlu ana bantu / kewajipan kerana semua perlu memahami di dalam keadaan ''mengiyakan'' sesuatu untuk dibantu sebenarnya ''menidakkan'' kemahuan yg tersimpan di dalam hati.

Sekian sedikit coretan yg mampu ditulis sbg penawar hati yg ''sombong'' ''keras kepala'' bagi sestengah org namun sebenarnya ingatlah seek first to understand then to be understood.

4 comments:

nasikerabupetro said...

My Brother...

Are u allright?
Angah tak pernah dengar ayat "Are me on track"...
Bukankah ayat yang betul ialah "Am I on track?"

Dah lama Angah bagi artikel SaifulIslam tu pada Ajil... baru perasan mesej yang ingin Angah sampaikan?

Now is the time!

Unknown said...

salam lembaran baru artikel

artikel yg tempias kdp rmai mnusia
ana pun terasa dgn atikel saifulislam
tp ape2 bkn salah aktvt, mayb byk faktor. diri sendiri, sekeliling. tp yg penting, PERJUANGAN tdk bersalah.
dan kita juga perlu memahami perkataan MAHASISWA n UNIVERSISTI
ap yg nta kta prioriti bgus. awlawiyat perlu ada dlm hdup. FIRST THING FIRST
i'allah kta di landasan btul, cume perlu servis skit, modified skit

||:: PeLaBuHaN KeReDHaaN ::|| said...

Slm perjuangan.
ana doakan nta berjaya dalam perjuangna di bidang akademik n bepersatuan.
ada hikmah disebalik semua yng berlaku.

Anonymous said...

daingfadzil.blogspot.com is very informative. The article is very professionally written. I enjoy reading daingfadzil.blogspot.com every day.
toronto payday loan
online payday loan