Friday, March 27, 2009

Exam is around the corner

Biarlah senyuman daripada makhluk Allah yg kiut miut di atas menjadi tatapan pertama pembaca blog ini, moga2 antum pun turut tersenyum. Jangan marah2 sebab blog ni dah lama tak diupdate. Bukan apa, bila guna template baru tu jadi masalah nak explore dia punya finction. Di sebabkan kurangnya istiqamah untuk menjadi ''IT Savvy'' maka ambe ( slang trg bg sy) guna seadanya.

Apa cerita ambe skrg ye?

1. Baru je selesai petang tadi Presentation English ( Lecturer puji, alhamdulillah, Thanks Miss Dalila )

2. Semalam baru habis test 2 kalkulus. Okla tapi kena banyak buat latihan lagi.

3. Petang semalam baru habis ujian teori untuk pertolongan cemas lanjutan. Alhamdulillah boleh jawab kebanyakan soalan, ambe semakin menghampiri cita2 untuk menjadi jurulatih terlatih Bulan Sabit Merah USIM, start semester depan i.allah dapat jadi pembantu jurulatih maka elaun pun dapat. Bolehla nak mula mengumpul duit untuk masa hadapan.

4. 2 hari lepas baru habis test 2 statistik, tadi baru bincang jawapannya. Hm, ada sesuatu yang menarik dipelajari.

5. SPMM ?? He2, skrg ni SPMM tengah buat roadshow kat foyer FKP, tapi ambe sekarang tak molek benar dgn exco ambe ni ( krisis kecil ). Tp takdela smpai perang2 besar. Sesape exco SPMM baca posting ni jgn heboh2 pulak.

Apa plan esok?

1. Esok hari jumaat - satu ingat nak menghadiri Muzakarah FKP di DKP, ada perbincangan isu2 Islam.

2. Nak jumpa En Syafful nak bincang modul SPMM ala2 ESQ.

3. Petang persiapan unit pameran BSM USIM untuk hari kokurikulum pada 4 April (Sabtu)

4. Malam nak start mengulangkaji secara intensif untuk subjek2 core bagi exam final akan datang. Ini jadual ambe akan datang :

15 April 09 - Hubungan Etnik

23 April 09 - Calculus & Macroeconomy

29 April 09 - EST & Arabic

30 April 09 - Statistics.

Rasanya ni jela yg termampu nak ditulis, mungkin penulisan blog ni selepas ini bersifat santai & jika ada topik2 yg menarik akan ditulis secara ilmiah. Ila Liqa'

No comments: