Friday, February 20, 2009

Part 2 : Aku, Dakwah, & Bandar Baru Nilai

Dakwah Individu & berkumpulan

Tanggungjawab beramal dan bekerja untuk Islam, dilihat dari sudut ianya sebagai suatu kewajipan taklif syarie, dapatlah dianggap sebagai satu tanggungjawab fardi (individu). Samalah keadaannya dengan kewajipan dan tanggungjawab syarie yang lain, di mana ganjaran pahala hanya akan diperolehi dengan melakukan kewajipan dan tanggungjawab ini, begitu juga balasan seksa akan ditimpakan dengan meninggalkannya.


Firman Allah: “Tiap diri akan bertanggungjawab atas apa yang diperbuatnya.”

(Al-Muddatsir: 38)

Dan firman Allah:

“Dan tiap-tiap mereka akan datang kepada Allah pada hari kiamat dengan bersendirian.”

(Maryam: 95)

Dan firman Allah:

“Jika kamu berbuat baik (bererti) kamu berbuat baik untuk dirimu sendiri.”

(Al-Isra’:7)

Firman Allah lagi:

“Dan barang siapa yang berjihad, maka sesungguhnya jihadnya itu adalah untuk dirinya sendiri.”

(An-Ankabut: 6)

Supaya semua muslim itu turut serta dalam usaha-usaha membina dan mencipta kemajuan, dalam usaha membina kehidupan dasar yang hak dan memajukannya dengan cara Islam telah menjadikan semua manusia ini bertanggungjawab untuk berkorban dan memberikan sesuatu dalam batas kemampuan dan, keupayaan masing-masing, selagi manusia itu berada dalam keadaan baligh, berakal dan berkuasa. Ini membuatkan masyarakat itu merupakan aset yang hidup dan bernyawa, setiap individu yang wujud di dalam masyarakat itu turut membina dan beliau memandang berat soal-soal pembinaan. Setiap individu yang wujud dalam masyarakat itu akan turut memberi dan berlumba-lumba untuk membuat sesuatu.

Bertolak dari keadaan ini, dapatlah difahami bahawa beramal dan bekerja untuk Islam itu adalah merupakan amal individu, samalah dengan taklif syarie yang lain juga merupakan suatu kewajipan individu dalam Islam.

( Artikel di atas di ambil daripada suatu sumber untuk mukadimah )

Artikel di bawah ini ditulis pada waktu pagi, aku menjadikan kelaziman pada waktu pagi untuk menatap satu kisah daripada buku Tokoh-tokoh Gerakan Islam Abad Moden karangan Zainudin Hashim & Riduan Mohamad Nor. Pagi ni aku membaca kisahDr. Abdul Aziz Rantisi - Sang Doktor Pembawa Obor Jihad. Semangat aku membara setelah membaca kisah-kisah bagaimana para syahid yang membawa obor Islam menjalani kepayahan dalam hidup mereka. Aku cuba mengimplementasi kesusahan mereka sebagai cara aku mendepani kehidupan di kampus USIM Nilai ni.

As-syahid Dr. Abd Aziz Rantisi bersama As-Syahid Sheikh Ahmad Yassin

Umur bukan penentu
Semalam aku pergi jogging lagi & seperti jangkaan aku, aku terjumpa lagi dengan pakcik Cina tu. Mula-mulanya aku tak bertegur sapa kerana terjumpa dia dalam keadaan aku berlari-berlari anak, dia pun nampak sedang berjalan cepat. Tapi dalam perjalanan trek tu agak sentiasa mengaktifkan kepala otak aku ni dengan persoalan dakwah fardiah aku kepada pakcik tu.

Ketika je aku nak sampai kat kolej kediaman, aku terserempak lagi dengan pakcik tu! Maka kali ni aku ambil peluang untuk bercakap lebih lama dengan dia. Rupa-rupanya pakcik ni memang rutin dia untuk berjogging pada petang hari. Dia duk tak jauh dari kolej aku. Yang aku respeknya dia ni, dia cakap umur dia dah 60 lebih, boleh jogging jauh2 !!

Mungkin itu antara rahsia orang cina sentiasa cergas walaupun umur dah lanjut. Aku mengambi peluang ni nak bertanya mengenai keluarga dia tapi sampai sekarang aku tak tau apa nama dia. I.allah kalau ada masa lagi aku akan jumpa dia lagi. Aku berazam peluang ni aku akan jalankan dakwah fardiah agar sesuatu aku dapat sumbang kepada persoalan di benak fikirian aku.

Itulah coretan yang aku dapat nukilkan kali ini. I.allah akan datang ada sambungan mungkin isu lain yang lebih menarik.

Note : Aku terbaca kat Berita Harian semalam artikel Bersikap profesional boikot produk
Yahudi, AS .Tulisan Mohd Ali B. Muhamad Don. ( Tindakan pulau barang harus
ambil kira kedudukan syarikat dimiliki umat Islam). Keberkesanan ( berjaya )
kempen boikot ke atas restoran makanan segera. Kempen yang umat Islam di
Malaysia buat amat berjaya. Namun dalam artikel ni dia seru kita bila nak
memboikot sesuatu syarikat yang kita katakan produk Israel tu kita tengok balik,
adakah itu syarikat milik Bumiputera yang majoritinya Islam. Contohnya KFC
yang dikatakan milik ( pemegang saham terbesarnya ialah Johor Corporation,
diterajui Tan Sri Muhammad Ali Hashim). Artikel yang agak panjang namun membuat aku terfikir panjang seketika.







2 comments:

akhi harir said...

salam..jemput melawat ke blog yang baru siap dibina.

Anonymous said...

Yes indeed, in some moments I can say that I approve of with you, but you may be making allowance for other options.
to the article there is stationary a without question as you did in the go over like a lead balloon a fall in love with delivery of this solicitation www.google.com/ie?as_q=cuteftp 8.2.0 professional ?
I noticed the axiom you have in the offing not used. Or you use the black methods of development of the resource. I suffer with a week and do necheg