Tuesday, June 24, 2008

Perjuangan bersambung kembali


Mungkin pelik bagi yg melihat gambar di atas..apa pekdahnya letak gambar ni,ish3..sebenarnya ni adalah antara gambar kenangan terakhir di makmal biologi Pusat Tamhidi USIM. Di peringkat tamhidilah menjadi tempat terakhir ana menjejakkan kaki kali terakhir dalam makmal. Selepas ini di peringkat ijazah, angka akan menjadi sahabat setia menemani ana selama 4 tahun pengajian.

Ramai yang skeptikal termasukla ibu bapa & family ana sendiri, ''bakpela mung ambik ijazah sains aktuari & pengurusan risiko ni?'' ''Dahla pelik2 doh bunyinya, mung nak kerja menda kekgi, wak business? insurans?Toksoh bengla lerni orang nak kerja kerajaan belaka...'' Ayat-ayat seterusnya tak dapat ditulis kerana ayat tersebut kekadang boleh meluluhkan jiwa, kekadang meningkatkan motivasi.

Entahla..ibu bapa zaman sekarang lebih suka anak-anak mereka mengikut kehendak apa yang mereka impikan. Apabila anak-anak itu mempunyai cita-cita sendiri, ibu bapa sering memandang enteng terhadap keputusan anak mereka, seolah-olah keputusan itu salah.
Ana memetik kata-kata Sayidina Umar Al-Khattab :

''Didiklah anak-anakmu itu berlainan dengan keadaan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan zaman engkau.''

Bila ana kemukakan quote di atas bukanlah bermaksud nak menyalahkan family ana, dioragla yang banyak bagi support masa ana studi di USIM masa tamhidi tapi mintala agar diorang faham kehendak hati anak mereka, kekadang sukar untuk dibawa bicara sesuatu yang baru/asing didengar pada keluarga kita tapi kita faham untuk diri sendiri. I.allah ana sebenarnya ada planning sendiri untuk peringkat ijazah ni, walaupun asalnya bukanlah sampai bercita-cita untuk menggapai gelaran Pakar Aktuari, tetapi melihatkan kepada keadaan semasa dunia, ana berminat untuk meneliti aspek analisis ekonomi, statistik & kewangan. Walaupun bidang memerlukan kemahiran matematik yang tinggi & ana tak mencapai tahap tu, tapi Puan Fatimah (Guru Matematik Tamhidi) memberi galakan penuh agar pelajar Melayu Islam sekarang berani menceburinya. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan, betul tak?

HU3...pakai lab kot buat kali terakhir di Tamhidi...lepas ni kalo budak2 foodtech ajak masuk makmal bolehla nak pakai balik...takpun apply jadi pembantu makmal untuk budak Tamhidi, best gak tu.

2 comments:

Durratul Akhyar said...

Salam..

Perancangan manusia tak dapat menandingi perancangan Allah kerana perancangan Allah itu lebih hebat daripada hambanya. Bersyukurlah dengan apa yg telah diperolehi kerana Allah tahu di mana kekuatan kita.

Selamat Berjuang dalam menempuhi pembelajaran yang baru..

. said...

Yeah... I was there when mom say like that... Angah tau, mama ada sikit2 perli Angah... but don't worry Ajil, rezeki di tangan Allah, cuma kita perlu berusaha...