Saturday, June 7, 2008

Experience is the best teacher....

Alhamdulillah..semalam baru je ana balik daripada Rusila selepas mengendalikan Mini Karnival Waja anjuran Jabatan Pembangunan Remaja Terengganu. Pengalaman melibatkan diri dalam mesyuarat penyelarasan, sebalik tabir (urus poster, persiapan tempat pasang kanopi, bukak gerai, jadi urusetia pendaftaran semua kawasan negeri), ceramah umum, kutip dana, teknikal. dan postmortem memberi pengalaman berharga mengenai jerih payah apabila kita mengendalikan sesuatu program.

Sememangnya kita perlu berkorban dari segi wang ringgit, tenaga, & masa yang kita ada untuk membangunkan diri melalui pengisian program seumpama ini. Pengalaman seumpama ini mengajar kita supaya apabila kita dalam kesusahan kita ada cara untuk survival tidaklah kita terkontang-kanting apabila ditimpa susah.

Tahniah kepada Ust. Alga, abg aeman & kepada semua jawatnkuasa yang mengendalikan Mini Karnival Waja pada kali ini. Ini mungkin program terakhir bagi ana di Terengganu (dah tak ada di bumi Terengganu) kerana selepas ini ana dah sibuk untuk persiapan ke USIM bagi menerusakan perjuangan di peringkat Ijazah. Chaiyok bagi abg aeman yang menyimpan cita-cita untuk menjadi Exco Belia sukan negeri Terengganu, realisasikan hasrat itu supaya selepas ini pihak JPR dapat menganjurkan Karnival Waja yang lebih berprestij di negeri Terengganu.

Setakat tu je la kot..malam ni ana akan bertolak ke kampus untuk menghadiri program Perkaderan Pendakwah Muda USIM anjuran Canselori USIM selama seminggu (8-15hb) maybe seminggu la takde posting pun, anyway after the program i will post interesting stories potraying the incidences in the program.

Maaf untuk posting kali ni takde gambar nak diupload because my sister had remove all the picture from my laptop ni (HU2...dia dah burn dalam CD )..ok..wassalam...

No comments: