Syukur ke hadrat Allah s.w.t atas kurniaanya..alhamdulillah hari ni 30 mei 2007 tercatatlah detik paling manis buatku dlm karier perjuangan di institut memandu bitara...ana dah lulus ujian kereta!!!Tapi...ada cerita disebaliknya...
Semalam...ana terjaga dari tidur 2,3 kali..yela x sedap perut hari ni test..tapi ana munajatkan kepada Allah agar mempermudahkan ujian kepada hambanya yg lemah ini.Pagi tadi lepas solat subuh ana bacala yassin sbb fadilatnya bila kita baca yassin waktu pagi insyaallah hajat kita pada hari itu akan tercapai.
Ana sarapanla dulu..pastu minta berkat dari parents then jam 7.15am ana bertolakla dgmn motor kesayangan.Jam 9am bermula ujian.Ujian bahagian 2,alhamdulillah naik bukit,parking,ujian 3 penjuru x ada masalah.
Ujian bahagian 3 ialah ujian jalan raya..ha!!ni yg ada masalah..kenapa??Ana dapt tester lelaki,pegawai pulak tu!!!Ana kena laluan B yg mana x adala sukar sangat tapi nak tau...sebenarnya ana dah kandas kerana ada satu jalan tu yg mana ana beranggapan nak elak lubang..ana terus elak tanpa beri isyarat...laju pulak tu..masuk pulak lorong orang!!
Apa lagi..pegawai tu suruh parking kereta tepi dan bermulalah cermah ringkasnya...nak ikut kat hatinya..mmg ana dah kandas tapi Allah taala dah lembutkan hatinya..ana dapat teruskan ujian.ALHAMDULILLAH!!
Bila sampai kat BITARA..fuh lega rasanya,,,ujian dah selesai!!Ana dapat tahu dr cikgu ana yg dia dpt tengok beberapa org calon yg baru bwk kerta kuar dah kena pusing balik..ada yg tester sendiri pandu pulang..maknanya kandasla tu.
Alhamdulillah..sekali lagi ana nak pesanla kat kwn2 yg nak ambik lesen..xkira motor ke,kereta ke,kapal terbang ke..pandu cermat jiwa selamat ingatlah org tersayang & ingatlah jika kita kandas duit kita akan melayang,masa kita kan terbuang.Buatlah yg terbaik.
Itulah sedikit cebisan suka duka hari ni.Ha,x lupa buat ayahanda bonda yg mengeluarkan belanja..Paksu yg mengajar sy..& bestfriend(eishah) yg bagi support.:-) Syukran jazilan!!
No comments:
Post a Comment