Thursday, May 31, 2007

Menerima Anugerah Kecemerlangan SPM di Wisma Darul Iman

Gambar ni diberikan kakakku,k.baity yg bekerja di Indah Design sbg graphic designer..dia cakap ada kawan sekerja dia mendapati gambar ini digunakan utk buat cover buku cenderamata.Sebenarnya gambar ni diambil mungkin oleh wartawan sinar harian or adala org2 penerbitan.Ana duk belakang je..yg duk atas kerusi roda tula kwn ana..nama dia fahmi mustaffa dr aliran thanawi.Dia memang bagus..dapat 10A dlm SPM2006.Dia akan lanjutkan pelajaran di UIAM dlm course lawyer.Insyaallah,jadi lawyer OKU yg terbaik di Msia.Gambar ni pernah disiarkan dlm akhbar sinar harian tp gambar ana yg menyibuk xadala..just ada gambar fahmi & MB.

Wednesday, May 30, 2007

Tips kejayaan dalam pelajaran.

Ibnu Jama’ah Alkanani berkata :

“ Waktu yang paling baik untuk menghafal pelajaran – tengah malam ”

“ Waktu yang paling baik untuk mendapatkan pelajaran - pagi-pagi lagi ”

“ Waktu yang paling baik untuk menulis – tengah hari “

“ Waktu yang paling baik untuk mempelajarinya – malam “

Al-Khathib Al-Baghdadi berkata :

Tempat yang paling baik untuk menghafal ialah ruangan bilik & tempat-tempat lain yang jauh dari hiruk-pikuk / keramaian.

Umar Al-Khattab R.A :

Dalamilah pengetahuan agama sebelum kalian menjadi pemimpin.

Perkara yang mendorong kepada kegagalan :

1. Malas

2. Malu tidak bertempat

3. Tiada keyakinan diri

4. Terlalu manjakan diri

5. Terlalu beremosi

6. Cepat puas hati

7. Suka menangguh, ambil mudah

8.Terlalu pentingkan hiburan

9. Pengurusan masa lemah

10. Harga diri rendah

11. Tiada kemahiran & strategi belajar.


Kekuatan tidak bermakna tanpa beban,dan usaha tidak bermakna tanpa kesungguhan –Osman Affan

Pernahkah anda terfikir bahawa anda sering bernasib malang kerana sering ditimpa masalah? Satu pengajaran yang ingin saya kongsikan di sini, bagi setiap masalah yang melanda, pastiada peluang yang menanti disebaliknya. Ini semua terpeluang kepada cara anda melihat kepada masalah tersebut.

Jika anda fokuskan kepada masalah itu sahaja, fikiran anda akan dipenuhi dengan masalah tersebut dan anda pasti tidak akan dapat menyelesaikannya. Tetapi anda fokuskan kepada apakah kelebihannya jika anda berjaya menyelesaikan masalah tersebut, anda pasti akan mendapat jawapannya da menikmati hasil.


Budaya couple antara keinginan & syariat.

1. Semakin banyak kemanisan yang kita teguk dalam pergaulan

bebas sebelum berkahwin, maka semakin tawar & hambar pula

pergaulan itu.(Sebagai suami isteri selepas berkahwin)


2. Pengalaman menunjukkan betapa pasangan suami isteri yang

menjaga pergaulan sebelum berkahwin, selalunya lebih

bahagia, lebih kekal & mendapat keberkatan dalam rumah

tangga berbanding mereka yang mengabaikannya. Usia

perkahwinan sampai ke anak cucu. Kalau ada yang bercerai,

sangat sedikit bilangannya. Tetapi bagi yang tidak menjaga

pergaulannya sebelum berkahwin bukan setakat tidak sampai

ke nak cucu..kadangkala sebelum menjejak gerbang

perkahwinan pun sudah putus cinta, frust & kecewa.


3. Bolehkah bercouple??

Ø Tidak mengapa..silakan tetapi hendaklah mengikut peraturan Allah.

Ø Jika sebelum bernikah kita buat sesuatu yang diharamkan kecuali pasangan yang telah berkahwin (fahamkan?) kawallah diri. Jagalah batas-batas itu. Tetapi sekiranya sudah tidak sanggup menahan diri, maka bernikahlah secara sah!

Ø Peraturan daripada Allah bukan untuk menyekat tetapi untuk mengawal .

Ø Analogi : Tanda-tanda di jalan raya bukan untuk sekatan tetapi menyelamatkan kita, hanya manusia yang tidak siuman rasa sebagai satu sekatan. Kita perlu terima untuk bantu kita sampai ke mana-mana destinasi dengan selamat.


4. Bagi mereka yang tidak bercouple jangan keluh-kesah melihat

Orang lain sudah bercouple kerana biarpun majoriti telah buat

perkara itu tetapi tidak bererti perkara itu baik.

“ Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik & lelaki yang baik untuk perempuan yang baik “ (An-Nur 24:26)


5. Yang sudah terlanjur bercouple?? Nak diputuskan??..Nanti ada

Yang merana Jika ingin teruskan??

ü Bercouple tidak salah tetapi ikutlah peraturannya. Yakinlah dengan janji Allah melalui lidah kekasih-Nya Nabi Muhamad.

“ Jika seorang hamba Allah menahan keingiannya dari sesuatu yang haram (Kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya mengikut jalan yang halal.” (Hadis)


6. Yang penting tanyalah hati kita, untuk apa kita bercouple??

ü Berkahwin??

ü Suka-suka?? X (Syaitan jadi orang ke-3)

7. Jika benar-benar sayangkan pasangan anda, hormatilah dia,

Peliharalah dia & perlakukanlah sewajarnya seperti orang yang

Anda sayangi. Jangan hancurkan hidup pasangan anda kerana keseronokan yang sementara. Jika sayangkan permata, tempatlah

Ia dalam bekas selamat, dilindungi & dijaga.


8. Jangan sesekali didedahkan, disepah-sepahkan. Jangan

Manisnya dikecap, sepahnya dibuang.

TEPUK DADA TANYALAH IMAN!!

Dah berjaya dpt lesen kereta!!!Alhamdulillah...tapi..

Syukur ke hadrat Allah s.w.t atas kurniaanya..alhamdulillah hari ni 30 mei 2007 tercatatlah detik paling manis buatku dlm karier perjuangan di institut memandu bitara...ana dah lulus ujian kereta!!!Tapi...ada cerita disebaliknya...

Semalam...ana terjaga dari tidur 2,3 kali..yela x sedap perut hari ni test..tapi ana munajatkan kepada Allah agar mempermudahkan ujian kepada hambanya yg lemah ini.Pagi tadi lepas solat subuh ana bacala yassin sbb fadilatnya bila kita baca yassin waktu pagi insyaallah hajat kita pada hari itu akan tercapai.

Ana sarapanla dulu..pastu minta berkat dari parents then jam 7.15am ana bertolakla dgmn motor kesayangan.Jam 9am bermula ujian.Ujian bahagian 2,alhamdulillah naik bukit,parking,ujian 3 penjuru x ada masalah.

Ujian bahagian 3 ialah ujian jalan raya..ha!!ni yg ada masalah..kenapa??Ana dapt tester lelaki,pegawai pulak tu!!!Ana kena laluan B yg mana x adala sukar sangat tapi nak tau...sebenarnya ana dah kandas kerana ada satu jalan tu yg mana ana beranggapan nak elak lubang..ana terus elak tanpa beri isyarat...laju pulak tu..masuk pulak lorong orang!!

Apa lagi..pegawai tu suruh parking kereta tepi dan bermulalah cermah ringkasnya...nak ikut kat hatinya..mmg ana dah kandas tapi Allah taala dah lembutkan hatinya..ana dapat teruskan ujian.ALHAMDULILLAH!!
Bila sampai kat BITARA..fuh lega rasanya,,,ujian dah selesai!!Ana dapat tahu dr cikgu ana yg dia dpt tengok beberapa org calon yg baru bwk kerta kuar dah kena pusing balik..ada yg tester sendiri pandu pulang..maknanya kandasla tu.

Alhamdulillah..sekali lagi ana nak pesanla kat kwn2 yg nak ambik lesen..xkira motor ke,kereta ke,kapal terbang ke..pandu cermat jiwa selamat ingatlah org tersayang & ingatlah jika kita kandas duit kita akan melayang,masa kita kan terbuang.Buatlah yg terbaik.

Itulah sedikit cebisan suka duka hari ni.Ha,x lupa buat ayahanda bonda yg mengeluarkan belanja..Paksu yg mengajar sy..& bestfriend(eishah) yg bagi support.:-) Syukran jazilan!!

Tuesday, May 29, 2007

Lambang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)




Menghitung hari...

Syukur ke hadrat Allah yg esa...ana baru pulang dari latihan akhir utk menduduki ujian lesen kereta JPJ di Institut Memandu Bitara..insyaallah esok (30hb Mei 2007) ana akan mjalani ujian JPJ.Hmmm...berdebarlah rasanya..mana xnya esok merupakan pghitungan samada ana layak x dpt lesen kereta...yelah ..masa latihan semua ok..biarlah mcm2 kena tengking dek cg tp itu utk kebaikan kita..Insyaallah ana harap ana masuk ujian itu sekali je pastu lulusla...xnkla kena ulang2 byk kali sbb bila kena ulang duit kena bayar,nak kena dtg tahun depanla pulak...ana pun nak gi masuk pusat Tamhidi USIM ahad ni tp nak gi balik melaka dulula hari jumaat ni kot.Esok selesaila urusan lesen..barang2 semua dah siap...borang suma dah isi...USIM nantikan kedatanganku!!!

Sunday, May 27, 2007

Gambar2 kenangan di Tingkatan 3 2004

Ana memegang jawatan pengawas pusat sumber(unit multimedia)sejak di tingkatan2,tingkatan3 dan tingkatan4 sebagai otainya...tapi tingkatan 5 dah jadi pengawas sekolah.


Aksi para pahlawan taekwondo SMAASZA...ana berada di tengah2..skrg ni ana pegang talipinggang merah...budak2 ni pun dah naik tatalipinggang semua...


All the English Language Society committes member are captured a memorable picture with the principal and teacher advisers. I sat at the left...


Kelas tingkatan 3A1 yg diterajui oleh Cikgu Sakinah Bt Ibrahim...ana berada di bahagian hadapan kanan sekali...

Friday, May 25, 2007

Pengalaman fasi di SK Banggol Peradong

Bismillah...hm,dah lama x menaip ni...pagi tadi ana gi ke SK Banggol Peradong di Manir,dijemput kelab fasi terengganu utk jadi fasi kem solat.He2,main dgn budak2 darjah 1&2.Ana bersama 3 org lagi rakan seperjuangan drpd smaasza:-Rohanizan,Aishah & Farhana Azmi.Kitaorg bermula jam 8 pg dgn sesi taklimat ringkas kemudian ditugas utk memegang sekelas masing2.Ana pegang kelas darjah 1c.Hm,budak2 ni kena rasuah baru nak ikut cakap kita!!Tapi inila pendekatan psikologi budak2,bila bagi sesuatu sbg ganjaran barulah diorg nak buat yg terbaik.Mula2 teori bacaan dlm solat kemudian praktikal wudu' kemudian buat praktikal solat.Alhamdulillah semua berjalan lancar..Tapi yg kesiaannya kat ustazah2(title free utk rakan sperjuangn)kita...punyalah rasanya diorg yg dilanyak budak2 tu!!Sabarlah ustazah oiii...nilah asam garam kita bila nak mg'handle' sesuatu kumpulan sasaran semsa jadi fasi ni.Ana nasihatkan kpd diri ana,sahabt1 n suma org yg mbaca blog ni...dalam kita mengejar kcemerlangan akademik,kita x boleh lari daripada hidup bersosial dlm masyarakt.Menjadi fasilitator merupakan kaedah paling berkesan utk kita mendekati sesorang..fasi perlu bersifat empati kepada anak buahnya.Selami diri diorg,kita akan mengenal tabiat seseorg.

Dalam kebejatan akhlak yg berlaku dlm masyarakat kita,kita generasi pemuda pemudi skrg,jgnlah kita pikir diri kita je.Maksud ana bila kita belajar..belajarlah cemerlang,tapi ingat org disekeliling kita.Mereka juga manusia yg memerlukan bimbingan drpd kita yg mempunyai ilmu agama...Dunia xkn aman selagi org yg mpunyai ilmu tidak mengamalkan ilmu mereka utk masyarakat sekeliling.

Saturday, May 19, 2007

Ulama Saudi larang nada dering azan, ayat Al-Quran

RIYADH: Ulama Arab Saudi melarang laungan azan dan bacaan ayat suci Al-Quran dijadikan sebagai nada dering telefon bimbit kerana ia dianggap menjejaskan kesucian Islam.Sheikh Saleh Al-Shamrani berkata, perbuatan itu bersifat makruh apalagi jika deringan itu berlaku ketika pemiliknya berada dalam tandas atau pada premis hiburan seperti disko.
"Ayat suci Al-Quran amat tinggi nilainya dan tidak tepat direndahkan tahapnya sebagai nada dering telefon bimbit. Paling rendah hukumnya adalah makruh," katanya kepada akhbar Arab Al-Sharqul Awsat, kelmarin.
Beliau yang juga pensyarah Akademi Ilmiah Universiti Islam Raja Mohamed Saud, membuat ulasan itu berikutan semakin ramai umat Islam menjadikan laungan azan dan bacaan ayat suci Al-Quran menggantikan irama muzik moden sebagai nada dering.Sheikh Saleh berkata, larangan menggunakan ayat suci Al-Quran dan azan dibuat atas ilat atau alasan ia sememangnya tidak boleh digunakan berdasarkan banyak sebab, termasuk tempat.
"Ia seperti deringan ketika pemilik berada di tempat kotor seperti tandas atau tempat tidak sesuai seperti disko atau majlis apabila ketika itu orang ramai sedang ketawa," tegasnya.Seorang lagi ulama, Suad Afif mahu satu garis panduan diwujudkan khusus mengenai penggunaan ayat suci Al-Quran dan azan.
"Kita tidak mahu di tengah kegilaan ramai mendapatkan nada dering diminati,aspek kemurnian agama Islam itu pula tercemar. Kita juga tidak mahu keindahan dan kemurnian ayat suci dan azan itu diperlekeh baik secara sengaja atau tidak," katanya.
Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata nada dering ayat suci Al-Quran dan laungan azan, dari satu aspek mengingatkan umat Islam mengenai ibadat, seperti kewajipan menunaikan solat.
"Memanglah ia baik untuk umat Islam tetapi dari satu segi, jika nada dering itu didengar dalam tandas, tidak baik. Walaupun kita tidak nampak tulisan ayat Al-Quran, ia tidak baik untuk didengar dalam tandas.
"Ayat suci Al-Quran tidak boleh dibawa ke tempat kotor dan najis. Walaupun nada dering, ia kalau didengar di tempat seperti itu merendahkan kesucian Al-Quran," katanya.Beliau menasihatkan umat Islam supaya berhati-hati dalam memilih nada dering telefon bimbit bagi mengelakkan melakukan dosa.
Wallahua’lam

The wonders of the world

1. Statue of Liberty (USA)

The Statue of Liberty was given to the United States as a gift of friendship from the people of France. Originally known as ‘’Liberty Enlightening the world,’’ the statue was proposed by France to commemorate the Franco-American alliance during the America Revolution. Designed by French Sculptor Frederic Auguste Bartholdiv the 151 feet staue was the form of a woman with an uplifted arm holding a torch.

2. Leaning Town of Pisa (Italy)

The tower of Pisa is the bell tower of a Cathedral. Its construction began in the August of 1173 and for about 200 years, in full fidelity to the original project, whose architect is still uncertain. In the past it was widely believe that the inclination of the Tower was part of the project ever since it’s beginning, but we now know that it is not so. The tower was designed to be ‘’vertical’’ and started to incline during its construction.

3. The Great Pyramid (Egypt)

The Great Pyramid was built on the west bank of the Nile River at Giza during the 4th Dynasty ( about 2575 to about 2467 B.C ). The oldest of the 7 wonders, the pyramid is the only one remaining nearly intact today. The Great Pyramid is also known as the pyramid of King Khufu. Ten years were required to prepare the site and 100,000

labourers worked thereafter for 20 years to complete the pyramid, which contains the king’s tomb.

4. Great Wall Of China ( China)

The Great Wall of China, just like a gigantic dargon, winds up and down across deserts, grasslands, mountains, and plateaus stretching approximately 6,700 kms (4,163 miles) from east to west of China. With a history of more than 2000 years, some of the sections of the great wall are now in ruins or even entirely disappeared. However, it is still one of the most appealing attractions all around the world owing to its architectural grandeur and historical significance.

5. Eiffel Tower ( France )

The tower is 300 meters tall. not including the 24 meters televisions antenna on top, and weighs 10,100 tonnes. It was the world’s tallest structure for 40 years. According to the official website for the tower, the summit is reached by 1,665 steps and not, as popularly believed, by 1,792 steps ( the same as the year of the First French Republic ).

6. Taj Mahal ( India )

Taj Mahal stands on the bank of River Yamuna, which otherwise serves as a wide moat defending the Great Red Fort of Agra. It was built by the fifith Mughal emperor , Shah Jahan, in 1631 in memory of his second wife , Mumtaz Mahal, a Pesian princess. She died while accompany her husband in Burhanpur in a campaign to crush a rebellion after giving birth to their 14th child.

7. Empire State Building (USA)

The Empire State Building was the tallest building in the city before the construction of the WTC. Its construction was hurried to completion , in order to take the title of ‘’World’s tallest building’’ from the Chrysler Building. The building rise to 1,250 feet or 381m at the 102nd floor. A broadcasting tower added in the 1950s brings the total height to 1,455 feet or 443.5 m.

Sajak untuk guru2 SMAASZA

Sajak sempena Hari Guru 2007

Seorang guru muda di meja temu duga,
Sanggupkah kau bekerja tanpa mengira masa?
Walau di mana jua?
Tanpa banyak bicara,
Dia menganggukkan kepala,
Aku rela demi anak bangsa.

Kini dia mula bekerja,
Nun jauh di desa,
Bertemankan unggas rimba,
Namun berbekalkan kekentalan jiwa,
Semangat yang membara,
Guru muda mampu senyum gembira,

Meskipun jutaan halangan menghadang jalan,
Danau, ranjau kau redah jua,
Untuk kau sampai ke puncak cita,
Dikerahkan segala kudrat,
Tulang empat kerat,
Diluahkan segala yang tersirat,
Dari minda keramat,
Ayuh…bangunlah,
Bangkitlah anak-anak bangsaku,
Sahutlah seruan gurumu,
Usah berteleku menongkat dagu,
Kuburkan, lanyakkan segala sifat malu,
Agar kau sampai ke puncak maju.

Guru desa mula dimakan usia,
Kini kau sudah mula berumah tangga,
Hati mula bergolak rasa,
Antara cita dan cinta keluarga,
Namun semangat di dada masih membara,
Tidak terpadam dek usia,
Tidak ranap dek cinta dara,
Kau bisikkan kata-kata keramat,
Keluarga bukan penghalang hasrat,
Bahkan penguat semangat jihad,
Kepada Allah tempat munajat,
Agar hidayah-Nya menjadi sahabat,
Pembawa berkat.

Guru desa,
Di kala guru kota bergembira,
Membeli-belah di pasaraya,
Menjamu selera di restoran ternama,
Dikau pasrah,
Mendidik anak bangsa,
Menulis, mengira,
Air kelapa penghilang dahaga,
Mkan nasi berulam pegaga,
Namun dikau tetap ceria,
Kesunyianmu lenyap,
Bersam kegelapan malam.

Guru….
Teruskanlah perjuangan sucimu,
Kunyahlah, telanlah segala kerenah muridmu,
Junjunglah Sunnah Rasulmu,
‘’Al-Ulama’Warasatul Anbia’ ‘’
Genggamkam erat-erat,
Hrapan nusa hasrat Negara,
Pendidikan Berkualiti Pemangkin,
Kegemilangan.

Nasyid SMAASZA

Di tepi pantai

Lautan ilmu padamu

Sekolahku-sekolahku

Bagimu kasihku dan hatiku

Aku gembira berada padamu

Wahai sekolahku SMAASZA aku menyayangimu

Engkau mengajarku dan membimbingku

Ke jalan petunjuk engkau membawaku

Sekolahku-sekolahku

Bagimulah kasihku dan hatiku


Friday, May 18, 2007

Penjelasan isu pelajar SMK Belara merusuh pada hari guru

Firman Allah dlm surah hujurat ayat 6 :

Wahai org2 yg beriman!Jika dtg kpd kamu seorg fasik mbawa sesuatu berita,maka selidikilah(utk mbawa mnentukan)kbnrnnya,supaya kamu tidak menimpakan ssuatu kaum dgn perkara yg x diingini-dgn sebab kejahilan kamu(mgenainya)shgg mjadikan kamu menyesali apa yg telah kamu lakukan.

Pada hari ini kita sering menerima bulat2 berita yg disampaikan oleh pemberita dlm akhbar.Cerita mgenai pelajar SMK Belara telah mggemparkan Malaysia sbyk 2x,yg mana kali pertama kisah pergaduhan pelajarnya mggunakan pedang samurai!!Sebenarnya,ini hanyalah KISAH XBENAR YG DISENSASIKAN OLEH AKHBAR!!

Bukanlah ana nk jadi backup kpd pelajar2 itu ttp inilah sbnrnya hakikat cerita sebenar yg ana dgr drpd sahabat ana yg mana ibunya itu mengajar di sekolah tersebut.Memang ada pergaduhan ttp tidaklah seganas yg dilaporkan oleh media!

Akibatnya,semasa sambutan hari guru di sekolah itu baru2 ni,ada pelajar yg digambarkan melempar batu ke kawasan sekolah!Sebenarnya,kalau kita fikir dgn akal yg waras pun,x mungkin para pelajar tu nk merusuh semberono.Hakikatnya mereka geram dgn wartawan sebuah akhbar yg mensesasikan kisah sekolah itu sebelum ini.Sebab tu mereka melempar batu ke arah wartawan tersebut.

Namun hakikatnya,perbuatan pelajar tersebut memang salah..hari guru yg sepatutnya kita mengenang jasa para guru kita,dicemari dgn insiden yg memalukan ini.Kita kembali kepada Islam,ana sebut ayat quran di atas yg mana menyeru kita bila kita baca akhbar tu,kita jgnla terima bulat2 ta[i siasatla dulu kebenarannya..akibatnya kita salah tafsir mcm2.

Para pelajar pulak mestilah berakhlak seumpama yg dianjurkan oleh Rasulullah,sbagaimana hadis baginda-''Tidaklah aku diutuskan kecuali utk menyempurnakan akhlak''.

Wednesday, May 16, 2007

Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali..


Innalillahhiwainnalillahhiraajiun...kelmarin seorg sepupu ana telah kemabali ke rahmatullah.Allahyarhamah Nurul Husna Hairanie Bt Yusof telah mhgembuskan nafasnya yg terakhir setelah koma selama 2 bulan akibat terlibat dgn satu kemalangan motor..ana cukup rapat dgn allahyarhamah yg mana beliau merupakan rakan sepermainan sewaktu ana kecil.sekolah tadika sama2,sekolah rendah sama2,ana belajar kereta sama2..ana cukup2 kenal akan dia tetapi apabila ajal tiba kita x boleh menolaknya.Tengah hari tadi allahyarhamah selamat dikebumikan ditanah perkuburan kg gelugor...sama2lh kita hadiahkn ala-fatihah supaya rohny berada di kalagan org2 yg beriman..Al-Fatihah...

Friday, May 11, 2007

Secangkir kenangan di hari2 akhir2 di SMAASZA

Alhamdulillah...baru2 ni ana check UPU,ana dapat tawaran utk masuk tamhidi(matrikulasi) sains&teknologi di USIM(nama lama KUIM).geng ana yg lain mcm ruzaimi,kudin,muin & lain2 x dpt U.Ana cukup bersyukur ke hdrat Ilahi di atas pemberiannya ini.Insyaallah ana akan daftar pada 3 Jun 2007 tp kelmarin khamis 10 mei 2007 mrupakan hari akhir ana di SMAASZA.Kelmarin ana melalui hari2 dgn biasa,x ada apa yg luarbiasa cuma ana menanti saat2 akhir di dlm kelas shgg hbis waktu persekolahan dgn cukup perasaan sedih coz kita dh betul2 hbis saat bangku persekolahan sek men.Pas ni xdedah.Kesian...dlm kelas ana just tinggal bbrapa kerat pelajar yg terus bristiqmah utk kekal d 6Rendah STAM utk mgambil STAM thn depan.Ana mdoakan kalian mdpt kejayaan yg cemerlang.Geng2 sebilik dgn ana pun ramai yg dpt U,ramainya UIAM la.Sblm balik kelmarin ana sempat brjumpa bbrapa org guru yg mgajar,ana cukup2 brbangga dgn diorg yg berjaya mdidik ana shhg ana berjaya skrg.Semapena hari guru yg akan dtg ana nk mgucapkan SELAMAT HARI GURU kpd semua guru2 SEKOLAH MEN.AGAMA(ATAS) SULTAN ZAINAL ABIDIN,KUALA TERENGGANU.

Saturday, May 5, 2007

Hari2 terakhir di SMAASZA....

Bismillah..hm,mulai esok dh boleh check UPU.Maksudnya,ana dh x lamalh kat SMAASZA.Tapi pepatah mengatakan setiap pertemuan ada perpisahan brsyukurlah kita ada pertemuan.Dah 5 tahun 5 bulan 5 hari ana mcari ilmu d bumi ulamak,smaasza yg tercinta.Minggu ni agaknya habisla kot kisah ana di smaasza tp x semestinya berhenti setakat ni.Ana mpunyai cita2 yg tinggi,ana nak mengenggam segulung ijazah dlm bidang sains kemudian ana nk mengenggam juga sgenggam ijazah dl bidang agama di azhar,Ramai pemimpin skrg just ada ilmu dunia tp ilmu ukhrawi kurang.Sebab tu bila seorg pemimpin mtadbir,seorg peguam brtugas,sorg doktor mrawat pesakit berlakulah plbg penyelewengan.Ana dpt tawaran ke Matrikulasi tp ana rasa syg nk tinggal bhs arab walaupun sthun & bila kt matrikulasi ni mehnah & tribulasi yg mggugat iman iaitulh kurangnya biah solehah di sana.Jd moga2 ana mndpt Universiti yg boleh ana teruskan perjuangan menggalian ilmu mgangkat darjat diri serta mncari mardhotillah.Buat sahabat-sahabati di SMAASZA,teruskan prjuangan antum antunna suma,bukanlah bererti bila kita berada di sek.men kita hanya di gelar BUDAK SEKOLAH,tp biarlah pemikiran kita menorobos seantero dunia peka dga keadaan sekeliling.Buat shbt yg bakal melanjutkan pelajaran ke universiti kelak,pd masa yg masih ada ni penuhkan ilmu agama yg mjadi benteng keimanan kita,jgn trpengaruh dgn plbg dakyah yg x elok bila kita mlangkah ke alam baru.