Thursday, April 12, 2012

Memberi Nilai Tambah Dalam Kehidupan

Apabila menyebut mengenai nilai tambah dalamn kehidupan, bukan bermaksud saya merujuk kepada tambah-nilai kepada telefon bimbit yang kita pakai atau sebarang produk komunikasi yang kita gunakan seharian. Saya cetusklan mengenai idea nilai-tambah ini sewaktu saya selesai membuat muhasabah perjalanan saya ke hadapan. Memakakan sebuah kehidupan untuk ilahi bermakna kita sedar hidup kita mesti memberi 'nilai-tambah' kepada orang lain.




Sekadar gambar hiasan



Tiada apa yang dapat diberi jika kita tidak menerima

Saya teringat dengan sebuah hadith Nabi S.A.W :

"Sebaik-baik di kalangan manusia ialah yang memberi MANFAAT kepada manusia yang lain"

Satu kaedah fiqh yang ingin saya kongsikan ialah ;

Faqidu Syai; La Yu'tih (Tidak ada sesuatu maka tidak boleh memberi)

Saya baru selesai membaca beberapa artikel di dalam beberapa buah blog dan forum yang membicarakan mengenai arahtuju selepas bergraduasi, samada ingin melanjutkan pelajaran peringkat Master atau bekerja. Pelbagai konotasi positif dan negatif terhadap dua aspek ini, pelbagai versi jawapan juga yang dapat dilihat.

Saya terlintas untuk menulis beberapa perkara mengenai perkara ini terutama apa yang ingin saya sebutkan 'Memberi makna dalam kehidupan.' Sukar untuk memberi jawapan yang tepat apabila saya juga ditanya soalan yang sama mengenai arahtuju selepas bergraduasi, walaupun saya hanya akan mula berpraktikal awal bulan Julai - November akan datang. Bagi saya, mula berfikir dan merancang lebih awal ialah idea yang terbaik untuk MEMBERI NILAI TAMBAH KEPADA DIRI SENDIRI.

Nilai Tambah Diri Sendiri

Analogi yang ingin saya berika ialah ;

'Apakah yang menarik perhatian seorang peminat gajet elektronik apabila ia mahu membuat keputusan mahu membeli atau tidak mahu membeli gajet tersebut?'

Saya pasti para pembaca artikel ini akan setuju, antara faktor utama ialah apakah fungsi atau nilai tambah yang akan diperolehi setelah membelinya? Begitulah manusia, mahu dipandang di mata manusia, tonjolkan apa kelebihan yang kita ada dan apa sumbangan yang boleh kita berikan. Semua ini memerlukan frasa kata ajaib iaitu KEMAHIRAN. Tanpa ada minat untuk membina kemahiran, tidak ada tambah-nilai yang kita bina untuk diri kita.

Setiap kali musim graduasi tiba, lambakan ribuan graduan yang dilahirkan oleh sesebuah universiti. Kini institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta yang tumbuh bak cendawan memaksa para graduan bersaing sesama mereka untuk menonjolkan diri siapa yang terbaik di antara mereka di mata para majikan yang 'liar' mencari graduan muda yang keluar daripada sesebuah universiti.

Nilai tambah seorang Hamba kepada Tuhannya

Manusia dilahirkan dengan sebaik-baik kejadian. Manusia hidup di dalam beberapa fasa alam seperti gambarajah berikut ;

Klik untuk besarkan imej

Allah menghantar Malaikat Raqib dan Atid untuk mencatat amal kebaikan dan amal kejahatan yang kita lakukan sepanjang kheiudpan kita di dunia ini. Kemudian, segala kitab amal kita akan dibentangkan di mahsyar kelak di neraca mizan sebagai hitungan amal yang menentukan adakah beratnya amal kebajikan kita atau beratnya amal kejahatan kita yang melayakkan untuk berada di dalam syurga atau neraka.

Allah memberi kita banyak pilihan di dalam menambah nilai pahala kebajikan kita, antaranya melalui ibadah khusus dan ibadah umum. Ibadaj khusus seperti solat, puasa, zakat dan haji ialah perkara yang wajib dan sudah diketahui difahami muslim namun ibadah umum selalu dipandang kecil. Seorang muslim perlu memandang bagaiman ibadah umum yang dilakukan seharian sebenarnya 80% lebih banyak di dalam kehidupan seharian berbanding 20% ibadah khusus yang kita lakukan. Contoh ibadah umum ialah bekerja bersungguh-sungguh dengan penuh integriti, belajar kerana Alalh mencapai kecemrlangan, bergaul dengan keluarga dengan cara yang baik, sahabat handai dan masyarakat. Inilah tambah-nilai yang sangat berharga yang memberatkan amalan kita di neraca mizan sekaligus melayakkan kita mengecapi syurga yang kekal abadi.

Konklusinya ialah cara pandang kita mengenai bagaimana kita mahu meletakkan aspek nilai tambah di dalam kehidupan kita akan melayakkan kita menjadi insan yang terbaik di sisi Allah dan insan yang cemerlang di dalam masyarakat. Insya-Allah.


kredit : saifulislam.com



















Saturday, April 7, 2012

Sunnatullah psikologi kanak-kanak dan remaja


Saya sudah berkecimpung dalam dunia latihan dan motivasi sejak daripada sekolah menengah sehingga menjejak dunia menara gading. Saya suka memerhatikan perilaku para jurulatih atau dipanggi trainer di dalam sesuatu program latihan dan motivasi mengendalikan peserta mereka. Trainer akan mengendalikan silibus latihan dan motivasi konsultan masing-masing berdasarkan kesesuaian pemikiran dan umur audien mereka.

Seperti mafhum hadith nabi S.A.W :

خاطب الناس على عقولهم

'Berkata-katalah kepada manusia mengikut aras pemikiran dan kefahaman mereka'

Sekolah Kehidupan

Berada di dunia kampus sangat menyeronokkan bagi saya kerana dunia menara gading bukan sahaja melambakkan kita dengan ilmu di di dalam bilik kuliah tetapi bagi saya, guru 'kehidupan' memberi pengajaran yang lebih bermakna berbanding teoretikal di dalam bilik kuliah. Di kala cuti panjang semester tahun 2011, saya mengambil kesempatan bekerja part-time sebagai guru kafa dan pentadbir. Sangat melucukan apabila mengenang kembali kisah ini.

Saya sangat berterima kasih kepada adik-adik di KAFA TAHFIZ MINDA CERAH kerana menjadi 'guru kehidupan' saya.



Saya mengakui hari pertama saya masuk ke bilik darjah mengajar mereka, emosional sangat menguasai diri mengakibatkan saya tidak dapat mengawal suasana bilik darjah pada hari berkenaan. Walaupun di dalam bidang latihan dan motivasi, saya boleh mengawal peserta yang berada di dalam lingkungan umur yang sama, namun bagi saya saya kurang menguasai ilmu sunnatullah Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.

Bidang saya di universiti ialah mengenai matematik untuk industri insurans dan perbankan namun setelah menghadiri banyak program motivasi kekeluargaan dan remaja, saya mengakui untuk mendalami ilmu luar bidang yang kita belajar iaitu saya namakan ia sebagai ilmu alat untuk kehidupan. Maka saya mengambil insiatif untuk meminjam dan berdiskusi dengan rakan sebaya dan orang yang lebih tua mengenai psikologi kanak-kanak dan remaja juga kekeluargaan.

Saya juga suka meminjam buku-buku berkenaan psikologi dan self-help daripada perpustakaan, memandangkan kebanyakan buku genre ini banyak di pasaran tapi mahal harganya maka saya lebih suka bahan bacaan yang 'percuma' daripada perpustakaan.

Alhamdulilah, berdikit-dikit memahami ilmu psikologi kanak-kanak dan remaja, suasana setiap program latihan dan motivasi dan pendidikan di dalam kelas yang saya kendalikan, para peserta dan murid yang saya kendalikan bertambah baik.

Berikut ialah antara video program kepimpinan pelajar sekolah yang telah saya kendalikan.



Santunilah kanak-kanak dan remaja kerana mereka akan menjadi guru kehidupan kita yang bermakna untuk kita.